11 Masakan Malaysia Yang Aku Rindui Bila Di Perantauan

Ini bukan post mengada. Hanya post luahan hati tentang kerinduan yang tipikal terhadap tanah air tercinta ku Malaysia terutamanya MAKANAN. Ye lah, 2 hari lepas ada pulak blog reader aku mengusik dengan mengTAG kan gambar JM Beriyani yang sememangnya kegemaran di Facbook wall aku. Tiba tiba sayu hati ni mengenangkan betapa sedapnya makanan kegemaran aku di tempat tanah tumpah darah aku tu.

Aku kuat makan. Aku tak jaga body dengan tahan makan. Rugilah. Tapi, aku ni sebenarnya agak cerewet bab makanan juga. Menurun ikut perangai mak aku. Tapi, bila dah suka, dok ulang itu je lah sampai entah bila. Sampai jumpa kepala tikus dalam masakan tu kut baru aku berhenti. Boleh dikatakan, makanan yang aku listkan di bawah ni aku makan tiap tiap minggu masa aku di Malaysia dulu. Tak ada kawan nak makan pun, aku tetap pegi makan sorang sorang sebab tekak punya pasal. In fact, masa aku dok melancong lancong dulu, walau 5 hari, bila balik Malaysia, memang makanan ni lah aku cari dulu.

1. KFC Malaysia
Hahahhaha. Aku cakap KFC Malaysia sebab, KFC negara lain, lain menu dia. Jangan tak percaya. Aku makan fastfood. Tapi bukan semua. Tapi KFC memang buat aku gila. Paling gemar Nugget ayam dia sama Hot and Spicy Chicken dia. Satu masa dulu, boleh dikatakan aku singgah DRIVE THROUGH KFC Seksyen 2 Shah Alam SETIAP HARI lepas balik kerja, bungkus untuk makan malam sampai budak lelaki yang jaga tingkap hulur makanan senyum dekat aku, dan tanya aku ‘kak, tak jemu ke makan KFC hari hari?’. Punyalah aku malu, macamana lah dia boleh cam aku niiiiiii. Aku terpaksa cari KFC drive through lain. Sepatutnya KFC bagi reward dekat aku sebagai salah seorang pemakan tetap produknya.

Makanan Malaysia yang sedap dan dirindui

 

2. JM Beriyani
Hooooiiiii… ini memang makanan lepas dapat GAJI. Kalau dapat duit tepi dan bonus, aku memang makan lunch selang sehari! Aku mula mula diperkenalkan dengan JM Beriyani ni 13 tahun yang lalu oleh boss aku (orang JB) masa aku kerja di USJ 21. Masa tu JM Beriyani tak ada cawangan lagi. Cuma ada di Subang Jaya SS18. Dia punya nasik, gebu gebas boleh dimakan begitu sahaja! RM 9.50 je kut sepinggan. La ni, RM20. Masa aku balik Malaysia bulan 8 tahun lepas, turun KLIA ja, tak tukar baju tak gosok gigi apa, terus cari JM Beriyani dulu. Masa tu pukul 11 pagi, aku cakap dekat kedai tu aku sanggup tunggu. Nasib dia nak layankan dan hidang jugak dekat aku pukul 11.45 pagi.

Makanan sedap malaysia

3. Kueytiaw / Meetiaw Basah
Hat ni aku tak ada specific kedai. Kalau dekat pasar ramadhan yang harga RM3.50 tu sedap, aku bantai 2 bungkus. Kueytiaw / meetiaw tersebut mestilah ada ayam dan sawi. Basah berlikat dengan sos tiram dan telur. Peergghhhh. Merecik satu baju pun tak apa. Cili jeruk mestilah selonggok.

Makanan sedap malaysia 4

4. TOMYAM BERSANTAN RESTORAN JEMARI
Haaa.. ini memang aku specific. Di Restoran Jemari. Mula mula aku kenal tomyam ni masa aku start kerja di Kelana Jaya tahun 2010. Tukang masak dia orang Thailand katanya. Kena betul lah sebab tomyam dia sebijik macam di Thailand. Kadang kadang tomyam aku makan dekat Phuket pun tak sesedap di Restoran Jemari! Kau boleh tanya budak office aku, betapa gila aku dekat Jemari ni walau kadang kadang, boss dia macam lahanat. Sombong nak mampuih. Tapi aku hadap kan jugak tomyamnya. Dia ada bukak cawangan belakang rumah aku di Seksyen 7, Shah Alam. Boleh dikatakan semua staff dia kenal aku. Sampai yang transfer ke seksyen 7, terbuntang mata dia tengok aku makan dekat branch dia di hari minggu. “eh akak!” Lepas tu tak berani nak sambung lagi sebab aku pun suka marah marah depa ni. Servis lembab. Tapi aku hadap juga taw. Mungkin sebab tu boss/ owner dia eksyen kut.

Makanan sedap malaysia 7

5. Jerangkung Ayam
Haaaaaaaa ini memang gila. Macam gilanya aku terhadap KFC. Aku start makan jerangkung ni masa aku buat diploma 3 tahun di Uitm Manjung, Perak tahun 1995. Masa tu sekor harga RM1.00. Sekarang RM6 sekor. Puih. 20 tahun aku makan jerangkung ni tahu? Asal ada pasar malam, memang aku takkan miss beli jerangkung ni. Aku bila beli jerangkung ni, aku beli extra sebab aku tak nak orang sentuh aku punya. Aku nak makan sorang sorang, sekor. Orang lain boleh kongsi yang extra tu ya. Begitulah betapa gilanya aku terhadap jerangkung ni. Now, bila aku balik Malaysia, kakak aku buatkan dekat rumah. Dia dah tak bagi aku makan yang dekat Pasar Malam. Katanya minyak tak bersih dan ayam busuk. Hhhmmm patut la sedap. Hahahhaha.

Makanan sedap malaysia 1

6. Johnny Steamboat
Ini pun makanan lepas dapat gaji. Kadang kadang, aku pau kawan kawan aku yang jenis berduit belanja aku makan di Johnny ni. Kalau ada orang nak belanja ja, terus aku cakap aku nak makan Johnny Steamboat. Dia punya sos memang sedap di hirup begitu sahaja. Aku sanggup duduk makan sorang sorang sebelanga ni bila tekak nak sangat dan tak ada kawan nak join. Elok pun, tak payah kongsi. Aku selalu tukar tukar lokasi, kadang kadang aku makan dekat Summit USJ, kadang kadang di 1 Utama, Jadi staff dia tak cam muka aku. Hhahhahaa.

Makanan sedap malaysia 12

7. Sushi King!
Aku tahu ini bukan masakan tradisi Malaysia. Tapi Sushi King ni tiap tiap minggu aku makan. Kalau aku serabut, atau tekanan kerja, aku akan rasa tenang lepas makan sushi Entah kenapa pun aku tak tahu. Bagi aku la kan, sushi king ni paling sedap di dunia. Walau aku pernah makan authentic sushi di Jepang, still tak boleh lawan Sushi King Malaysia!!! Si botak pun setuju.

Makanan sedap malaysia 13

Makanan sedap malaysia 10

8. Nando’s Chicken Peri Peri
Sekali lagi, bukan masakan tradisi Malaysia. Botak amat menyampah bila aku cakap nak makan Nandos. Bukan dia tak suka, tapi bagi dia, seekor ayam baru dia rasa kenyang. Tapi seekor tu macam mahal la kan. Oooo gilanya aku pada Nandos ni hinga ke tulang. Sila order bahagian thigh tu.. oooooo memang kena order 2 ketul! Segala sos yang dia ada, dari herb ke extra spicy, semua aku gaul sekali. Aku amat dukacita Nandos Halal tak ada di USA. Dah la tu, mana ada Nandos di Alaska ni pun. Di Australia, bukan main lagi ada Nandos Halal ok??!!! Ini tak adil!

Makanan sedap malaysia 5

9. Meatball IKEA
Eh? Ini macam dah kearah selera barat la pulak. Apa apa je lah. Tapi memang ini salah satu yang aku rindu. Tak ada sapa pun dalam dunia ni boleh buat meatball sesedap orang dekat dapur IKEA ni buat lah! Aku sanggup cari parking macam haram di Ikea tu semata nak makan meatball ni. Jem ke Damansara Mutiara satu hal, Beratur dekat kaunter dua hal, nak dapat meja tiga hal, tengok sampah rakyat Malaysia sepah sepahkan tak reti nak clear meja lepas makan empat hal, terpaksa kongsi meja dengan couple ala ala hipster makan bersuap tapi makan bersepah macam dekat rumah dia lima hal. Tapi aku harungi ke lima lima hal tersebut demi tekak aku ni.

Makanan sedap malaysia 8

10. Roti Jala Tersedap di Dunia – Deli Teapot 2nd Floor SACC Mall.
Ini member aku baru perkenalkan bulan 10 tahun lepas masa aku di Shah Alam. Ooooiii… mahal nak mampus. Sekeping RM 3 tak silap aku. Paling sikit kau kena order 5 keping la nak bagi terasa dekat perut. Tapi SEDAP dia, memang tak boleh lupa. Tak cicah pun tak apa. Enak di makan begitu sahaja. Aku boleh kategorikan roti jala ni makanan lepas dapat gaji la ya. Kalau kau nak try makan ni, SILA PERGI AWAL. Cepat habis menatang ni. Seawal pukul 3 petang. Memang terkenal pun kesedapan dia seantero Malaya.

masakan malaysia

11. Masakan Air Tangan Keluarga dan Sahabat Handai.
Hmmmm ini betul betul buat hati ni sayu. Pergi lah ke ceruk mana pun, rasa masakan yang satu ni memang tak ada tandingannya. Ikan masin goreng bawang cili, Sayur putih, petai jeruk, Sup ayam, Laksa Penang, Ayam masak kicap, Asam pedas Ikan Pari, sup tulang… ohhhhh tidak. Tak ada kedai restoran dalam dunia boleh masak macam Mak,  Kakak dan kawan kawan aku masak. Ini memang extra extra limited edition. Aku ni datangnya dari kampung. Masakan kampung juga tetap aku rindui sangat sangat dari 10 makanan yang aku sebut dekat atas sebenarnya. Aku simpan gambar gambar ni dalam henfon aku, bila aku rindu, aku bukak belek satu satu… sayukan cerita aku ni?

Aku pernah cakap dekat Mike, mimpi paling best dalam tidur ialah mimpi yang bawak aku balik ke Malaysia. Semalam aku mimpi aku dekat rumah aku di Shah Alam… bukak peti sejuk.. cari makanan dalam tu. Mimpi balik kerumah adalah mimpi paling best dalam dunia ni sebab kau tak payah beli tiket kapal terbang untuk tu. Terubat rindu.

Huks. *kesat air mata*

Comments

comments

6 Comments

  1. Mazura Ahmad on Facebook

    February 15, 2016 at 1:10 pm

    OMG kak! Sorry okayyy . Akak blk sini kang dtg JB/BP, mkn beryani lg sedap dr JM okayyy

  2. Normi Kahar Goodwin on Facebook

    February 15, 2016 at 1:20 pm

    Tak terfikir nak buat. Macam payah jek.. Selalu dengar cerita orang bagi tau, bukan calang calang orang boleh buat roti jala gebu sampai kepetang rupanya hujan di tengah hari ni…

  3. OGie RaHman on Facebook

    February 15, 2016 at 1:33 pm

    sama aje resepi nya mcm buat lempeng….tepung ,telor n sedikit garam…cuma dia pki acuan …

  4. Ann Abdul Wahab on Facebook

    February 15, 2016 at 1:36 pm

    Xyah lenggang pun x per. Buat jer ala2 kuih ketayap. Hahaha yg penting kari mau power.

  5. NJ Arsat on Facebook

    February 15, 2016 at 5:02 pm

    Normi Kahar Goodwin senang je..nak buat aku pm resipi

Leave a Reply