A Little Town Called Beatty and Ghostly Sculpture

Selamat tahun baru 2019! Greetings yang agak basi tapi yang penting nya aku update blog ni. Kan. Post update tergendala seketika sebab kami balik Alaska sempena sambutan Krismas di rumah nenek dan atuk Athena Sophia selama 2 minggu. Then lepas tu kepenatan lah dengan acara bukak tutup luggage ni. Muak sungguh aku dengan acara tu.

View this post on Instagram

Helping grama decorating the tree 🌲🎄 #a #athenasophia #athenasophia #alaskanchristmas #alaska #family #winter #christmas2018 #love #cutemoment #memories #blogger #bloggermalaysia #malaysianblogger #blog

A post shared by Normi Kahar (@normikahar) on

Aku tak ada banyak update lah sepanjang aku di Alaska, sebab mostly semuanya aku dah cover sebelum ni masa aku duduk sana. Malas lah nak ulang ulang keluar tengok salji dan salji. Pada mereka yang berpeluang tinggal di luar negara especially area yang bersalji di hujung tahun akan faham perasaan aku ni. Tapi of course lah kami luangkan masa untuk Athena Sophia bermain main dengan salji. Suka benar dia. Tapi lepas tu berair hidung juga dia. Haha.

View this post on Instagram

Snow Sledding. Testing her Christmas gift from Titi Val. #a #athenasophia #alaska #winter #alaskawinter #winter2018 #cutemoment #memories #play #outdoor #snow #kidsplay #blogger #bloggermalaysia #malaysianblogger #blog #mixedbaby #justbabies #pink

A post shared by Normi Kahar (@normikahar) on

Ok, aku nak sambung serta habiskan cerita roadtrip kami bulan Oktober tahun lepas. Beatty ni adalah town yang paling last kami stop over dan over night sebelum kami sampai ke final destination kami, Laughlin.

Pekan Beatty ini ialah pekan kecik sangat. Penduduknya pun sekitar 1000 orang sahaja. Lokasinya 190 kilometer dari Las Vegas. Walau pun kecil, masih ada decent motel dekat sini untuk mereka melepas lelah pemanduan yang panjang. Sedikit info: Kalau korang melancong ke USA, tak perlu booking hotel gah gah, Rangkaian Motel 6 ini pun ok. Atau rangkain Super 8. Dekat USA ni tak ada istilah bilik sempit katil kecik. Semua nya besar dan luas.

Seperti yang aku nyatakan sebelum ni, selepas saja kau meninggalkan sempadan Oregon, pemandangan akan drastically bertukar kepada brownish grey. Gurun. Lagi lagi bila kau memasuki sempadan Nevada, kau akan lalu satu kawasan gurun dinamakan Death Valley. Death Valley ni merupakan salah satu area yang paling panas di dunia.

Walau di tengah tengah gurun “Death Valley”, masih terdapat ‘Oasis’ di dalam nya. Tempat kami singgah bermalam ni bukan saja ada motel yang bagus, malah ada fastfood restaurant ‘Subway’ dan juga kedai cenderahati yang mana lanskap nya dipenuhi dengan rimbunan bunga mawar…

Dan juga stesen untuk charge kereta letrik.

Masa ni bulan Oktober, bulan Halloween. Jadi dekorasi sempena halloween tu ada je di mana mana. Cuma yang menariknya, kedai ni more to kedai jual jajan dari cenderahati. Well, boleh je bagi jajan sebagai buah tangan kan.. cuma, kalau ada anak hantu jajan dan coklat tu, aku tak suggest korang masuk ke kedai ni.

Apa yang menarik nya pekan kecil ni? Pekan ni sendiri tak lah menarik sangat. Former miner town, but far better than Oatman in Arizona I must say. Nak baca pasal Oatman, boleh KLIK sini.

Tapi bagi sesiapa yang suka pada benda yang unik, one of a kind, unbeaten path, patut singgah atau melawat Pekan Beatty ni sebab dekat sini ada satu Muzium Terbuka (dan free entrance) di Goldwell, 7 kilometer dari pekan kecik Beatty. Iaitu di Ghost Town of Rhyolite. Korang boleh Google “Goldwell Open Air Museum” atau Rhyolite.

Dekat sini terdapat sculptures dan arca unik sumbangan beberapa artist (Bukan artis celebrity penyanyi pelakon tu.. artis… ART-ist) yang mana, “Instagram worthy” menurut golongan hipsters. Gitu. Background yang rare kata budak raver. Eh? Hahaha. Kalau kau tak caya, cuba kau bagi tahu aku, berapa orang dalam Instagram yang kau follow ada koleksi gambar ni walau mereka duduk atau datang USA berpuluh kali?

Haaa.. kalau setakat Hollywood Walk of Fame, Wax museum, Disneyworld USA, NY Times Square, Golden Gate Bridge tu bersepah la kan. So, kalau korang jenis kumpul koleksi gambar yang agak rare dari kebanyakan travel album orang yang travel, aku suggest korang kena masuk dan singgah pekan pekan ghost town (pekan koboi kata orang kita) bila datang USA.

Sculpture by Belgian Artist, Albert Szulkalski inspired by Leonardo Da Vincci “The Last Supper”

Ghost Rider by Albert Szukalski
The Beauty of Decay, The Puppet by Onny Huisink, Netherland.

Abaikan manusia di tengah tengah puppet kelihatan seperti tentera viking baru turun kapal laut. Installation ‘The Puppet’ ni ada di beberapa buah negara dan purpose dia. Dan setengahnya di rekod proses kemusnahan disebabkan oleh cuaca dan manusia. You can read the work behind this installation here

Lady Desert : The Venus of Nevada by Hugo Heyrman
Sit Here! by Sofie Seigmann
Icara by Dre Peters
( the boy in Greek mythology who flew too close to the sun )

Dan aku tak ada info pasal installation ni. Apa maksudnya pun aku tak tahu. Tapi setengah kasut kat sini, ada macam baru!

Ada lagi pelbagai installations dekat sini tapi sebab panas nak mati, kami lari masuk ke kereta. Hahaha. Dekat sini ada info center kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang sejarah muzium ni yang mana, aku tak masuk, cuba bergambar je ambik buat background. LOL

Kami sambung balik perjalanan kami menuju ke Laughlin. Jalannya lurus, kosong, sunyi. Aku ni boleh di kategorikan sebagai lone ranger, a loner. Walau kadang kadang nampak macam ramai kawan dan banyak cakap. Tapi, serious aku cakap kau, orang macam aku yang biasa makan dan tengok wayang sorang sorang, travel sorang sorang (sebelum menikah dengan Mike) pun hati boleh terusik sayu bila lalu dekat jalan di Death Valley….


The End.

Comments

comments

Leave a Reply