Ada Apa Dengan Cinta? Memang Tak Ada Apa Pun !

Aku pasti sebagai seorang anak yang punya ibu, confirmed korang selalu dengar bebelan serta pepatah dari mak. Mostly bebelan, pepatah, pantun & syair yang Mak aku dendangkan masa aku remaja dulu seems like super boring and non sense especially bab jodoh pasangan. Contohnya :

Biar sakit dimata, jangan sakit dihati.

Cinta tak bagi kau kenyang.

Biar miskin & kurang rupa, asal jangan naik tangan.

Tapi biasalah, remaja. Mana nak dengar cakap orang tua. Boyfriend nak muka handsome saja. Dalam hati berbunga bunga nak cari suami kaya. Entah mana datang pemikiran tu aku pun tak pasti. Dulu zaman aku remaja mana ada slot Akasia mahupun cerekarama.

Walau bersusun kisah rumahtangga yang sadis aku saksikan sendiri jiran sebelah, Saudara mara, orang Kampung & wayang P. Ramlee, aku tetap bongak mengatakan, ia takkan  jadi pada aku. Konon orang lain tu sebab nasib dia malang. Aku ni tak akan semalang mereka tu semua. Gitu.

Last sekali aku memang mendapat lah. Aku pernah ada boyfriend handsome, ex steward, staff kwsp Shah Alam. Sekarang dah berpangkat Tuan di Majlis Pembandaran Klang. Dia punya playboy bawah sikit dari founder Playboy – Hugh Hefner. Dalam mengadap aku, phone dalam tangan balas puisi perempuan lain. Pernah juga melobi dengan aku tanya kalau dia nak pinjam RM 400 setiap hujung bulan untuk rolling sesuatu nanti awal bulan bayar balik. Masa ni umur aku dalam 26 – 27. Tapi kerjaya aku sebagai Akaun Eksekutif di Syarikat Konsultan Engineering menjadikan aku mempunyai ramai business contact. Hulur juga satu dia pada dia sebab masa tu dia ada buat business Team Building something like that. Pelik aku.. Time dating ambik aku bukan main tukar tukar kereta dari Kembara sampai lah ke Alpha Romeo. Rupanya kereta orang nak jual park rumah Adik dia. Dia ni orang Shah Alam seksyen 18.

Next, Dapat yang lulusan luar negara, tapi dia punya cemburu buta siap naik cekik tampar terajang aku. Sayang sangat dekat aku konon. Kuat modified kereta. Sport Rim lah, buah nenas lah, hujung bulan mesti aku kena hulur duit. Kau tau dia bayar macamana? Kontra dengan duit dia belanja aku makan or shopping time dating. Memang sempat merisik, hantar cincin bagai.. Mak aku reject sebab dia kurang ajar dekat Mak aku. Tapi aku ni bangang, cinta ada lah segalanya waklu. So rancang nak teruskan kawin tanpa restu. Kakak dia siap sanggup nak buat kenduri dekat rumah dia dan urus segala since family aku menentang. Tapi Allah Maha Kuasa. Satu hari dia belasah aku depan Mak dia. Mak dia siap sebelah kan anak dia lah. Dari situ aku terfikir. Belum kawin kena belasah depan Mak dia,  Mak dia hooray hooray kat situ. Aku esok dah la tak ada family, makin sedap la mamat ni buat lebih kurang dekat aku. Bila aku dah berpisah dengan dia, baru lah salah sorang dari member aku (lelaki) bagi tau dia ni mamat ganja. Dia cakap, sebatu dah boleh Bau ganja. Cuma aku ni lurus tak pernah tengok ganja. Ingatkan bau tengik tu bau stokin dia. Dia ni orang Shah Alam Taman Sri Muda.

Lepas tu kenal dengan orang Parit Raja Batu Pahat Johor. Memang buruk rupanya. Kalau kau pernah tengok cerita Shrek, macam tu la rupa dia. Sebijik. Tapi konon aku cuba pendekatan biar sakit di mata jangan sakit dihati. Sebab masa tu aku dah umur 30. Konon dah matured sikit lah. Janji dia sayang lebih dekat aku ni. Dia ni, kalau bersembang, soal agama tak pernah lekang. Khatam Quran 3 kali katanya. Setiap hari tak pernah fail call aku subuh pagi to make sure aku tak miss solat subuh. Ubah penampilan pemakaian aku. Beli kawan kawan aku, Beli family aku. Flower delivery paling busuk 2-3 kali setahun la dapat. Asal New Year je, ada je belikan gift. Sapa sangka orang Parit Raja romentik macam artis Hollywood.

Bila dah kawin, aku pindah Parit Raja konon jadi suri rumah sepenuh masa. Baru tahu dari anak jiran dia ni tak pernah jejak surau dekat Kampung dia. Puasa tak pernah, sembahyang Jumaat haram sekali. Aku ni macam bodoh dok tunggu dia ajar aku mengaji. Rupanya, Quran pun tak pernah khatam. Lepas tu aku dapat tahu yang dia dok belanja kawan kawan & Beli family aku tu, duit tu duit songlap dari bos tempat dia kerja. Kereta aku bagi mak pak dia pakai. Segala janji dia konon boleh sara aku sebab aku ni asal nya Eksekutif, Rumah, kereta sendiri dah ada. So dia janji sambung bayar lah segala commitment aku dengan bank since aku setuju berhenti kerja ikut dia ke Parit Raja. Kaya waklu. Lifestyle aku masa tu boleh tahan lah. Tapi kalau congak congak balik, perbelanjaan yang aku sendiri tanggung masa aku single dan cemerlang dengan duit gaji aku, lagi besar dari income dia kut. Bahlol. Aku memang terduduk. Masa tu surat hijau kuning merah dari bank semua aku dapat. Tertunggak. Kacau bilau hidup aku dibuatnya. Last sekali aku balik KL sehelai sepinggang, start kerja balik and say bye bye to him. Kau tahu kenapa aku cakap sehelai sepinggang? Aku sebelum kawin, rumah aku dah penuh perabot dan alat elektrik. Satu lori angkut pegi Parit Raja lah lepas kawin.  Konon tak payah beli perabot baru la. Harta ku, harta mu jua. Rumah aku di Shah Alam tu aku bagi sewa tanpa perabot. Last sekali aku yang sehelai sepinggang lepas berpisah. Yang paling best, aku dapat tahu dia Mandul. Sial.

Aku menjanda almost 8 years. Phobia, Ngeri usah ditanya. Gila kena kelentong dek lelaki sebangsa, seagama aku sendiri. Sejak tu aku kehulu kehilir dengan lelaki gay saja. Tambah pulak dengar cerita kawan kawan asik bergaduh dengan ipar duai dan mertua.

Tapi kebahagiaan tu hak milik setiap insan. Tag line kegemaran aku dari kosmetik yang namanya dah berkubur. Allah hantar kepada aku orang yang sangat sangat jauh dan sangat berlainan dari asal bangsa keturunan aku. Jauh nya tempat dia datang, tak pernah terlintas dalam mimpi dan doa aku untuk sampai kesana.

Aku tak kata dia dan bangsa keturunan nya ada lah terbaik dalam dunia. Tapi yang pasti, dia terbaik untuk aku. Walau pada masa tu, memang cinta tak berapa ada pun dalam diri aku. Dah habis, kering kontang. Cuma yang ada masa tu keserasian dalam cara kami memahami kehidupan secara keseluruhan. Apa pun, restu kedua belah keluarga sangat lah perlu. Cinta dan persefahaman sahaja tak cukup kalau orang tua tak berapa setuju. Paling penting, keluarga sendiri jangan belakangkan kalau kau tak nak diperlakukan lebih kurang oleh suami bila dah bernikah nanti. 

In addition, aku cukup tak berkenan dengan orang bercerita dekat aku atau di media sosial soal pasal keburukan mertua. Seolah dia tak nampak salah sendiri kenapa mertua bersikap macam tu. Lepas tu boleh pulak dia pertikaikan tindakan suami dia utamakan orang tua dia. Memang isteri  tanggungjawab suami. Tapi kau kena  ingat Sebelum dia jumpa kau, siapa yang beranakkan jodoh kau tu. So, seburuk mana perangai suami kau (yang kau pilih) dengan mak dia, bersekongkol buli kau, apa yang aku boleh cakap – padan muka kau lah. Yang kau boleh repair ialah pilihan yang kau boleh buat dan sila fikir kebajikan diri sendiri ya. Jangan lah berebut menghasut suami letak mak dia nombor 2 selepas kau. Sebab itu dah kira ciri ciri wanita Neraka tak silap aku. Pokok pangkalnya, kau tu kena buat pertimbangan sebelum kau nak kawin dengan seseorang. Kalau aku nak cerita pasal mak mertua aku yang Batu Pahat tu, macam ni lah – warna kain langsir yang aku nak pasang dekat rumah aku dan anak dia pun dia masuk campur. Sekian.

40 tahun. 40 tahun aku hidup. Baru aku belajar yang cinta, rupa paras, harta, agama, keturunan bukan penentu kebahagiaan dalam mencari pasangan. Hari ni baru aku tahu, apa yang buat aku bahagia bersama jodoh aku sekarang masih tak lepas dari kuasa kasih ibu yang melahirkan jodoh untuk kau (anak lelaki orang yang jadi suami kau tu lah). Bila menjadi kesayangan mertua, Insyaallah, kau dah kira game. Silap silap apa yang kau mahu atau tak berkenan, kau hello je dekat mak dia, dan mak dia akan hello kan dekat anak lelaki dia. Masa tu aku cakap dekat kau, dunia ni macam kau yang punya. Tapi sila berpada dalam menggunakan kuasa.

text-from-mother-in-law
Text message dari mak mertua setiap pagi dan malam, setiap hari.

Memang kira macam kau tikam jackpot lah. Kalau kau berlakon masa nak dapat anak dia pun takkan selamat kau di buat nya. Aku ni bengong bengong je pegi jumpa keluarga dia tanpa harap apa apa. Rupanya bila kita tak mengharap,  tak demand sangat, baru Tuhan tu buka pintu rezeki sebenar benar nya.

Jadi bagi mereka yang masih single, muda belia, tolong lah jangan letak harga diri rendah dari nilai cinta yang ada. Lambat atau cepat, jodoh kalau ada, memang akan datang sebaik baiknya. Once he/she did you wrong, just let him/her go. OR JUST LEAVE lah ok.

Lepas 2 tahun bernikah, Mak dia tanya aku, anak dia ada pernah berkasar, naik tangan ke dekat aku? Kalau ada, tolong bagitahu sebab dia tak pernah besarkan anak dia untuk berkelakuan begitu. Dan dia sendiri akan mintak suami dia angkat tangan dekat anak lelaki dia, kalau  anak lelaki dia buat lebih kurang dekat aku. Allahu.

Tapi kata orang, live life without regrets. Nak menyesal apanya. Semua warning dah diberi sejak awal awal lagi. Tapi semua dilanggar sebab percaya nasib setiap orang tak sama. Tapi kan ..tapi kan.. bila kau fikir balik, memang la tak sama… tapi LEBIH KURANG TU MEMANG ADA. So kira boleh jadi guideline jugak lah kisah aku ni.

Kepada jejaka jejaka yang pernah hadir dalam hidup aku sebelum ni, tapi masih ada di dalam Facebook Friend list dan terbaca post ni, maaf lah sekiranya anda tidak tersenarai di dalam chronology cinta tragis aku. You were a nice guy and didn’t cause so much damage to my life. For that, I thanked you for being apart of my bittersweet memoir.

Comments

comments

33 thoughts on “Ada Apa Dengan Cinta? Memang Tak Ada Apa Pun !

    1. Sorry ya…baru tau kisah you. Ingat kisah you macam drama. Bagaikan kan cerita sang puteri, hingga jumpa putera raja. Actually ur life story…jalan penuh berliku-liku & beronak duri. But respect to ur, coz tabah menjalani ujian kehidupan.okthxbai

    1. Same gos to my ex Ann Abdul Wahab Normi Kahar Goodwin .Cuma dia xteguk arak. Solat xtinggal.Porn porn dvd lucah boleh bukak kedai. And now mmg kalau tgk llaki yg ala2 beriman tahap ustaz i gelak aje. Sbb jenis ni lg jahat dari setan.okthxbai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *