Ada apa di Busan? Ke Bosan?

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE

Bosan ke?

Bosan lah kalau kau pegi sehari semalam setelah 10 hari lemau berjalan di Seoul dan Pulau Jeju. Ini merupakan last post aku pasal Korea. Lepas ni aku dah boleh beralih ke post jalan jalan di sekitar California.

Kami pilih untuk include Busan dalam lawatan South Korea kami hari tu. Tapi sehari semalam je. Sebab kami luangkan banyak masa di Jeju (itu pun macam tak cukup). Dari Busan ni, kami fly terus ke Los Angeles.

Sebenarnya kan, Busan ni tak lah bosan. Banyak tempat menarik untuk dilawati kalau datang ke Busan. Tapi bila sehari semalam, tempat lawatan agak limited. Lagipun kami dah keletihan dengan walking tours semasa kami di Seoul dan Pulau Jeju. Dah la naik flight dari Jeju ke Busan flight paaaalllling awal sekali, pukul 7am kut rasanya. So, boleh teka lah kan pukul berapa kami check out hotel. 3 AM. Dah delay pulak flight tu. Penat duduk menunggu di airport. Sampai sampai je di Busan, heret luggage kami keluar masuk train dan turun naik tangga subway. Check in hotel je terus menganga dua dua ekor tidur kepenatan. Serious aku cakap kau. Pada tahap ni aku rasa memang sengsara. Aku nak trip ni berakhir je lah. Tak enjoy langsung.

busan yang bosan

Mood nak explore tu memang dah tak ada. Tapi masa kami datang Busan ni, mereka tengah ada Firework Festival (23 – 24 Oktober) yang mana, mereka adakan setiap tahun di Gwangalli Beach. Kami pulak tak buat research betul betul. Pegi ambik hotel jauh dari kawasan festival. Kami stay di area Seomyeon. So naik train dia dekat sejam jugak lah. Tapi aku cakap kau, memang sengsara gila. Kau tahu aku memang bab bab perayaan, konsert dan demonstrasi ni aku alergi sikit. Sebab aku tak tahan dengan ramai orang. Aku pun tak lah sangka sampai begini rupanya sesak…

Busan firework festival

Satu benda aku lupa nak highlight keadaan di South Korea ni. Dari pemerhatian aku, seluruh rakyat South Korea dah mencapai kepada status zombie. Semua menghadap henfon. Dari tua sampai lah ke muda.

Busan firework festival 1

Tapi kami gagahkan jugak sebab
1) Bukan selalu datang sini
2) Orang Korea sopan beratur tak de tolak tolak
3) Aku hantu bunga api

Busan firework festival 2

Tapi sejam jugaklah aku berdiri dalam train. Huhuhu..usaha ke masjid menunaikan fardhu ain pun aku tak sejihad ini aku cakap kau. Memang macam lahanat kan. Ampunkan aku ya Tuhan. Anyway, kalau korang datang Busan, cari la penginapan di area Gwangalli Beach ni. Macam Gold Coast gitu area dia. Penuh dengan shopping mall dan restaurant. Tapi pantai dia tak lah boleh berenang aku rasa.

Dalam train, kami terbersembang pulak dengan satu mat salleh ni. Mat salleh ni memang kerja di Busan. Kami pulak gatal pegi dengar saranan dia untuk turun ke stesen train sebelum dan selepas hentian Gwangalli. Katanya, waktu macam ni memang sesak kalau turun stesen tu. Dan walau turun satu stesen sebelum dan selepas Gwangalli, short distance je jalan kaki. Hhhmm sudahnya, sengal jugak kaki aku menapak cari jalan. Lupa lak yang ‘short distance’ bagi mat salleh tu dalam 5 kilometer kan. Hampeh.

Makan makan di Busan

Menapak sampai lapar. Dah la Busan ni tak sepopular macam Seoul. Senang nak cari kedai makan yang halal. Last last dah tak boleh tahan, kami bantai makan dekat kedai vegetarian. Bukan apa, harum semerbak bau minyak bijan kuah sup ramen dia. Walaupun.. bila dah order.. tawar macam minum air suam letak mee je. Boleh lah.. murah. KRW 3,000 semangkuk besar tu. Sekor pelancong pun tak ada kat kedai tu. Masa order, pelayan dia bukak google translate untuk describe menu. Sepatah haram tak reti cakap Inggeris. Very the local experience you.

Busan firework festival 3

Lepas makan kami menapak lagi. Alang alang dah sampai, pegi terus lah dekat tempat bunga api tu. Pesanan mat salleh masa dalam train tu kami dah malas nak ikut. Dia ada pesan, tengok dari jauh pun ok sebab bunga api tu besar dan liputan area dia agak besar. Tapi kami tetap jugak menapak masuk ke tempat festival tu. Free pun, tak payah bayar.

Busan firework festival 4

Busan firework festival 6

Busan firework festival 7

Busan firework festival 8

Memang besar la sambutan dia kalau orang siap berkemah chup tempat sebegitu rupa. Siap bawak tikar, bakul picnic bagai. Mak aih.. Jadi kami terintai intai spot yang baik. Tapi masa kami sampai, pertunjukkan bunga api sejam lagi. Tak mampu la pulak nak duduk gitu saja. Lainlah kalau bawak tikar bakul piknik bagai kan. Hhhmmm.

Busan firework festival 5

Aku pulak boleh nak terkencing time time tu. Kau tengok lah betapa siksa nya panjang barisan beratur. Terkepit kepit aku dibuatnya. Toilet lelaki lengang je tak de queue. Masa tu aku rasa betapa bertuahnya jadi lelaki. Tapi kan, walau panjang gituhal barisan wanita kekencingan, public toilet dia tetap bersih dan harum. Kalau kat KL, kau rasa?

Last sekali aku dapat la spot sempit. Itu pun mintak ihsan mamat korea ni. Aku duduk BAWAH TRIPOD KAMERA DIA OK? Tak ada tempat lahhhhhh. Aku tak boleh bergerak sangat nanti terkena pulak kaki tripod dia tu kan. Kejung macam taik kering aku dibuatnya. Sengsara betul lah pengalaman trip aku kali ni. Mike memang malas nak layan aku, dia berdiri seberang jalan.

Maka, show pun bermula.

Busan firework festival 9

Busan firework festival 10

Busan firework festival 11

Busan firework festival 12

Busan firework festival 13

Bunga api ni pertunjukan dia selama sejam. Tapi ada break selepas 30 minit. Masa 30 minit pertama, bunga api dia tak la hebat mana. Setempat je. So aku dan Mike dah mula nak blah. Macam tak berbaloi. Lagipun kami boleh bayangkan betapa sengsaranya kalau tunggu nak naik train dengan jutaan orang ni sekali gus. Mampuih. Tapi lepas kami dah separuh jalan nak balik, wahhh kemain lagi bunga api dia. Meletup letup utara selatan timur barat. Satu jambatan Gwangalli Diamond Bridge tu dibakarnya. Sakit pulak hati aku. Tapi kami teruskan jugak langkah kaki ni. Bagaikan nasi sudah menjadi bubur. Memang tak dapat nak ambik clear shot of the bunga api. Penuh dengan kepala orang lah.

Busan firework festival 14

Busan firework festival 15

Struggle jugak la kami nak naik train walau kami blah awal. Queue dia panjang luar dari subway lagi. Polis, sukarela semua berjaga lah kan. Tapi aku puji la sistem dia. Still la tak lama kami kena beratur. Dia release dalam 20 orang dalam group untuk turun ke bawah subway. Karang ramai ramai, sesak nafas pulak dalam subway tu.

Busan firework festival 16

Berikut video kami menentang arus manusia untuk pulang ke pangkal jalan.

Peh, memang sengsara betul pengalaman datang ke Busan. Salah siapa kalau kau sendiri yang mencarik kan.

The end.

 

8367150290_f64071bebb_o3

Busan, South Korea

Comments

comments

Leave a Reply