Agak Penting – Birth Plan

Salam minggu 37 weeks (of pregnancy).

Memang abandoned gila belog ni. Nampaknya memang tak ada ciri ciri akan meriah (meriah ke) updates macam dulu. At least dulu masa belum pregnant, dapat la sebulan sekali up post paling kurang. Bukan tak ada cerita. Banyak je cerita yang nak diceritakan. Tapi mood tu memang susah nak sampai. Sakit belakang jangan cerita lah. Masa yang aku betul betul luang dekat laptop ni pun hanya untuk buat kerja kerja rasmi yang boleh dapat gaji.

Alhamdulillah, kandungan aku dah pun 37 minggu. Botak pun dah ada disisi standby untuk sambut anak dara dia ni. Sabar menanti anaknya pun. Mana tidaknya, mak nya setiap hari cakap “tunggu daddy” dengan linangan air mata. Orang kata, ibu mengandung sangat sensitive perasaannya. Kalau iya, aku ni pulak tambah dengan mengandung tanpa botak di sisi pada third trimester. Orang nampak happy, senyum saja. Sedangkan hati, hanya tuhan yang tahu.

Anak aku dalam perut ni seakan tahu. Jadi dia betul betul ikut buku. Siap siap menonggeng kebawah standby semua. Terima kasih anak, kerana senangkan perasaan ibu. Bacaan tekanan darah, Hemoglobin dan detail scan baby pun tunjuk semua normal. Except, result minum air gula kali kedua maknya diabetes lah. Makan sedap barangkali.

Klinik untuk bersalin pun dah decided. Aku pilih Hospital Umra di Seksyen 13 Shah Alam. Memandangkan dalam banyak banyak hospital yang aku baca review dari mommies berpengalaman, Umra nampaknya leading dalam good reviews. Harga packagenya pun somewhat affordable. Yang penting, queue tak panjang.

Aku nak share kepada mommies yang memilih klinik swasta untuk delivery. Selain dari pada bilik yang elok, queue yang pendek, flexibility dan doktor yang fixed untuk attend kau dari awal sampai beranak, ada satu lagi kelebihan yang aku tak pasti yang korang tahu bila pilih hospital swasta. Iaitu BIRTH PLAN PROPOSAL. Dalam bahasa mudah, senang cerita – your special requests semasa bersalin dan selepas bersalin. Kalau di hospital kerajaan, agak susah sedikit unless kau memang bersaudara dengan doktor dan nurse. Lagi pun mereka kena attend berpuluh mommies dengan pelagai kes. Jadi mereka tak boleh pilih bulu bagi kau layanan lebih. Semua kena sama rata.

Apakah itu Birth Plan? Contoh nya as per attached below.

Ini adalah birth plan / special request aku dan botak yang kami bentangkan kepada doktor kami masa consultation. Cara ini lebih teratur dan kau tak boleh expect doktor dan nurse tu hafal / ingat hanya dengan cakap cakap mulut. Benda ni kena discuss, tengok whether the doctor will approve it or not. Once approved, salinan mesti buat dua copy, hand out pada nurse pada hari bersalin di dalam bilik bersalin in case mereka terlupa, maklumlah, list requestnya agak panjang juga.

Kau boleh download birth plan list ni di internet. Atau create sendiri. Tapi sebelum kau nak request macam macam, kau kenalah banyak membaca. Baru kau tahu apa nak request. Contohnya, potong tali pusat selepas 3 minit baby keluar, bukan immediately – research found that Kalau potong terlalu awal less than 1 minute boleh contribute in low iron deficiency dan jaundice. Skin to skin pun sangat bagus. It calms baby down and creates bonding lagi kuat. Dan kalau ada niat nak breastfeed, memang kena bagi tau hospital juga. Sebab mereka tend to bottle feed anak kau dengan formula. Sedangkan baby mampu bertahan tanpa susu few hours after keluar. Kalau boleh, masa perut baby tengah kosong, yang mula mula masuk dalam badan dia ialah colostrum dari ibu. Colostrum (susu awal) tak putih, tapi jernih kekuningan, mengandungi imunisasi yang terhebat ciptaan Tuhan untuk newborn. Tak ada formula dalam dunia ni dapat copy penghasilan colostrum ibu. Dan baby pulak, once dah masuk formula, memang payah lah nak ajak dia usaha balik ke breastfeed.

Antara yang lain lain, ialah special request dari si Botak. Dia memang berhajat untuk potong tali pusat anak dia sendiri dan memandikannya (dengan pengawasan nurse). Aku rasa itu sangat istimewa bagi seorang bapa. Menjadi orang pertama yang handle anaknya sendiri sebaik sahaja keluar dari rahim isterinya. Ini aka jadi kenangan terindah bagi botak yang akan buat air mata dia menitik bila dia serahkan anak nya kepada jejaka lain untuk menjaganya anaknya suatu hari nanti. Anyway, benda ni bukan baru bagi orang barat. Di Barat, step ini memang normal. Cuma bila di Malaysia, kami terpaksa letakkan nya under special request.

Itu je lah setakat ini benda yang aku mampu share. Sebab benda ni pun sangat baru bagi aku. Aku pun tak pernah dengar pasal birth plan ni until aku baca buku yang aku dapat semasa 1st consultation aku dengan care provider di Alaska. So aku rasa ini satu step yang aku rasa sangat bagus bagi orang kita start pakai. Yang lain lain aku rasa korang mesti dah tahu.

Next post, must be the experience of giving birth to my first born dan review pasal Hospital Umra ni lah kan. Menghitung hari sangat sekarang ni… Seram jangan cerita lah. Moga impian aku untuk rasa normal delivery dimakbulkan Tuhan.

Comments

comments

10 Comments

  1. Sa Ra on Facebook

    March 22, 2017 at 2:42 pm

    Da Counting days.. ?Moga dipermudahkan nanti.. insyallah

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      March 22, 2017 at 2:42 pm

      Lebih dari counting dah ni. Risau macam tak nak keluar je ni.. Haish.

  2. Anna Jamaludin on Facebook

    March 22, 2017 at 2:52 pm

    Alamak Normi… u kene diabetec time preggy ke or b4 ths dh ade? Coz I plan nk preggy gak tp tetiba disahkan diabetec early ths yr…. trus cam tkt nk preggy.. :'(

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      March 22, 2017 at 4:37 pm

      I kena diabetes masa preggy.. Masa dah masuk 7 bulan pregnant.. Sejak balik Malaysia la. Sebab makan sedap sangat… Tak de Sapa control hehe

    2. Anna Jamaludin on Facebook

      March 23, 2017 at 2:55 am

      Oooo.. thn normal la.. mostly preggy mom slalu kene diabetec. .. dont worry everythg gonna be fine.. 😉

    3. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      March 23, 2017 at 3:00 am

      U ambik treatment tak untuk diabetes u… U muda lagi.. Masih boleh. Cuma treat that diabetes first.

    4. Anna Jamaludin on Facebook

      March 23, 2017 at 3:04 am

      On medication la now.. kene gi mnthly medical c/up… time mula2 kene tu kene mkn 3 ubat, now reduced to 2 ubat je… hopefully lps ni blh stop ubat tu.. Mne de muda, msk 40’s da, hikhikhik

    5. Suzarina Ibrahim on Facebook

      March 23, 2017 at 11:55 pm

      InsyaAllah. Takda apa. Saya pun kena masa ngandung yg last ni.

  3. Normi Kahar Goodwin on Facebook

    March 22, 2017 at 4:38 pm

    Belum overdue. Tapi dah 38 Minggu. Kalau 40 Minggu tak keluar jugak kena induce lah.

  4. Wiween Mihad on Facebook

    March 22, 2017 at 4:47 pm

    Baby nak dok lama skit dlm perut ibunya hehe. InshaAllah semoga dipermudahkan kak.yg penting abg botak dah ada dgn akak. Mesti excited nak tggu anak dia kuar kan. Hehe

Leave a Reply

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com