Aku Suka Kuala Terengganu

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE.

Cerita aku melawat Seward, Alaska setitik pun belum keluar idea. Sebab gambar berjuta. Tiba tiba cerita benda lain. Sebab gambar dia sikit je.

Korang tahu kan aku dah ada kat tanah air yang tercinta ni dah lebih dekat 2 minggu. Terharu juga sempat menyaksikan detik bersejarah Ringgit Malaysia jatuh hingga ke 4.003 dalam hayat hidup aku ni, time aku pulang sebentar ke sini. Dulu ingat lagi, 4.5, 5.5 ni Ringgit Malaysia against Euro je kut. Insyaallah, dengan pucuk pimpinan yang kita ada sekarang, moga merasa lagi rate tu, tapi against USD. Hahahaha.

Pada sesapa yang follow aku dekat Facebook/ Twitter, aku sekarang ni dalam projek makan makanan paling best je sepanjang sebulan aku kat sini. 1St week aku demam je. Jangkit kuman selsema sapa la kan dalam flight. Aku tak kata aku demam sebab Malaysia panas ok? Sebab aku balik je, hujan hari hari kut. Nyaman je bagi aku. Tak cukup dengan tu, aku fly ke Pulau Redang, Terengganu, sebab aku rasa Kuala Lumpur ni matahari dia tak cukup panas bagi aku. Tapi, malangnya, kat Pulau Redang tu pun hujan lah!

Trip to Kuala Terengganu - Redang 2

Masa aku sampai Kuala Terengganu, aku kesiangan sangat malam sebelumnya. Jadi aku tak cukup tidur. Dekat Kuala Terengganu, tak banyak tempat aku dapat explore. Tapi dalam mengantuk mengantuk aku, aku nak jugak pegi tengok Masjid Kristal Kuala Terengganu. Memang sangat cantik. Aku pernah datang Kuala Terengganu 15 tahun yang lalu kut, masa join kawan kawan Guthrie Treasure Hunt dari KL ke Kuala Terengganu. Tapi tak banyak tempat aku lawat masa tu. Tapi sekarang, aku akui, Kuala Terengganu ni memang cantik dan bersih bandar dia. Airport dia pun sangat cantik. Kelas gila airport dia. Kalau orang Terengganu nak berlagak pun aku boleh terima. Memang bandar dia sangat kelas lah. Kelas maksud aku, memang fit for Tourism. Pelancong masuk memang tak malu. Bukan macam Jalan Sultan Ismail tu. Aku tengok jalan sepanjang hotel Concorde KL tu dah macam Guantamala Prison kut. Construction sana sini. Aku orang Malaysia pun tak selesa. Ini kan pulak pelancong kan. Aku tak sabar nak bawak Mike datang sini. Dia mesti suka sangat. Orang orang Terengganu peramah dan aku perasan mereka ni agak moden kalau nak dibandingkan dengan negeri lain di kawasan Pantai Timur dan agak kurang Talibannya. Macam classy la pulak orang Kuala Terengganu ni. Aku pakai jeans koyak kut jalan jalan di Kuala Terengganu. Sorang pun tak heran.

Trip to Kuala Terengganu - Redang 1

Trip to Kuala Terengganu - Redang

Trip to Kuala Terengganu - Redang 3

Tapi disebab kan sakit kepala keletihan dan tak cukup tidur, aku ambik keputusan untuk stay saja dalam bilik hotel. Adik adik aku yang melalak sekitar bandar Kuala Terengganu siap berbekam lagi. Balik hotel siap bawak balik buah salak, sotong, udang celup tepung bagai. Adik adik aku ni bagus dok ada. Aku tak dapat ke Pasar Payang hari tu, jadi mereka bawak balik Pasar Payang balik ke bilik hotel bagi aku merasa. Esoknya sempat lagi kami ke Masjid Putih Kuala Terenganu sebelum ke Jeti. Belakang hotel kami je kut. Aku memang respect la Bandaraya Kuala Terengganu mampu maintain bangunan putih macam masjid ni kekal putih. Sebab aku tahu even perabut putih dalam rumah pun susah nak maintain. Nampak sangat kerajaan negeri Terengganu ni buat kerja. Oh, kami pun sempat la breakfast di Pasar Payang! Aku order la laksam kan Tapi malang sekali Laksam tu sangat tak sedap.

Trip to Kuala Terengganu - Redang 4

Trip to Kuala Terengganu - Redang 5

Trip to Kuala Terengganu - Redang 6

Sampai di Pulau Redang dalam pukul 2 petang, resort yang kami duduk tu terputus pulak bekalan letrik dia. Kata 5 minit. Tapi sampai pukul 9 malam kut tak ada letrik. Resort lain ada generator sendiri. Tapi resort ni cikai sikit. Depa bergantung semata mata dekat TNB. Kami dan beberapa penguni lain siap ke kaunter la kan, tak puas hati. Kami memang ingat nak check out mintak refund malam tu jugak. Tapi sebelum tu, adik aku, dulu EX TNB, dengan secara sivik minded yang teramat tinggi, call TNB pakai hand phone dia check status bekalan letrik terputus di Pulau Redang ni. Kau tahu apa? Tak sampai seminit, TNB turn on balik conection letrik. Rupa rupanya management resort ni bukan reti nak follow up report siang tadi. Tunggu je keajaiban terjadi. TNB pulak, bila technician dia dah repair kabel ke apa, bukan reti nak petik balik suis tu ke apa. Memang tunggu follow up call jugak dari sang peng report. Aku rasalah, kalau aku dan adik aku tak stay di resort tu, sampai tahun depan kut depa tu bergelap dan terus tutup resort. Resort tersebut ialah Redang Lagoon Beach Resort. Jangan cakap aku tak sampaikan cerita tak best ni.

Trip to Kuala Terengganu - Redang 7

Trip to Kuala Terengganu - Redang 8 Trip to Kuala Terengganu - Redang 9

Trip to Kuala Terengganu - Redang 10

Trip to Kuala Terengganu - Redang 11

Sepanjang 3 hari aku kat Pulau Redang, aku melepek dalam bilik. Sakit kepala dan badan pulak. Tak tahu sebab apa lah kan. Tapi adik adik aku enjoy la snorkeling 3 – 4 kali trip. Aku punya tak sihat, sampai breakfast, dinner semua terpaksa adik adik aku bawak naik ke bilik. Aku sihat hari check out je. So sempat la mandi laut depan resort tu dalam satu jam sebelum naik ferri balik ke Kuala Terengganu.

Trip to Kuala Terengganu - Redang 12

Trip to Kuala Terengganu - Redang 13

Trip to Kuala Terengganu - Redang 14 Trip to Kuala Terengganu - Redang 15 Trip to Kuala Terengganu - Redang 16 Trip to Kuala Terengganu - Redang 17

Sampai di Kuala Terengganu, aku pick up balik semua akiviti yang aku miss masa hari pertama sampai. Aku pergi Pasar Payang, beli souvenir untuk kakak dan adik ipar aku di Alaska. Aku belikan mereka baju kelawar batik you olls. Cantik sangat. Keropok ikan Kuala Terengganu memang terbaik. Lepas aku makan yang adik aku hantar ke Alaska sebelum puasa hari tu, aku terus mengigau nak lagi. Jadi aku beli beberapa paket untuk mak dan kakak aku sekali. Lepas tu kami makan durian longgok. Tak cukup longgok, top up pulak dengan sepeket D24.

Trip to Kuala Terengganu - Redang 18

Tapi acara yang paling best yang aku takkan lupakan ialah pengalaman beratur dan makan sotong celup tepung Kuala Terengganu. Aku memang heran kenapa tak ramai orang yang pegi Terengganu cakap pasal ni. Atau mereka tak jumpa? Kawasan kedai kedai dia di sepanjang jalan Pantai Menggabang Telipot, iaitu berdekatan dengan Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Mengikut kata adik aku, kalau musim cuti sekolah, memang beratur berkilometer pengunjungnya. Mungkin sebab itulah mereka tak kisah sangat untuk comerciallized sotong celup tepung ni diperingkat antarabangsa. Tapi aku memang akan bawak Mike kesini satu hari nanti.

Trip to Kuala Terengganu - Redang 19 Trip to Kuala Terengganu - Redang 20 Trip to Kuala Terengganu - Redang 21

Sotongnya sangat besar. Paling kecil pun 20cm. Saiz sekaki pun ada. Dah la sedap dan fresh, murah pulak tu. RM10 – RM15 seekor. Makan sotong celup tepung ni cicah dengan sos khas dia. Kalau aku kat Alaska berpengalaman makan King Crab, di Kuala Terengganu pula, King Squid gitu. Sepatutnya rakyat Kuala Terengganu berbangga yang mereka punyai hasil laut yang boleh disamakan dengan Alaska! Udang celup tepung dekat sini pun best. Fresh sangat. 3 ekor RM5. Memang petang tu kami tak makan nasi. Makan sotong dengan udang saja.

So, itu je lah cerita aku kali ni tentang Kuala Terengganu dan Pulau Redang. Jangan kata aku tak support tourism negara sendiri.

Tapi aku memang dah start suka Kuala Terengganu. Kalau aku kaya macam ahli politik di Malaysia, aku nak beli hartanah dan retire di Kuala Terengganu.

Kuala Terengganu, Malaysia

Comments

comments

Leave a Reply

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com