Alaska 101: Autumn in Alaska

Ini merupakan antara post post akhir aku menulis tentang Alaska. Sebab, seperti Barnacle Goose, tibalah masa kami suami isteri berhijrah ke kawasan lain yang lebih bermatahari dan suam. Alaska mula mendung seawal September, kaca jendela mula membeku dan daun daun berwarna kekuningan gugur berterbangan tak sampai dua minggu menceriakan suasana. Memang benar kata botak, winter merupakan musim depresi bagi penduduk tetap di sini. Musim sejuk memang indah, tapi terlalu panjang untuk aku dari Malaysia laluinya lagi dan agak sukar bagi botak mencari rezeki.

Tapi aku puas hati, sebab aku berjaya experience autumn in Alaska on my last stay here. My first visit to Alaska was summer 2013. I went through Spring and Summer and always went back to Malaysia before Autumn. Jadi aku sentiasa terlepas melihat keindahan musim luruh di Alaska.

Aku tak kata Autumn di Alaska tercantik di dunia. Tapi aku personally tak pernah experience autumn di mana mana negara luar dalam sejarah pengembaraan aku. My first trial to experience Autumn in South Korea last year October was a total failure. I went there too soon and the leaves were barely change yet.

autum-in-alaska-40

Autumn di Alaska pun hanya kuning. Tak ada daun merah dan oren mahupun pink. Hanya kuning semata mata. Cuma, apabila sesekali di sambar cahaya matahari, kuningnya membara and it looks almost unreal, macam pokok plastik. Pemandangan indah ni hanya boleh di lihat di kawasan utara Alaska, lagi sejuk sesuatu kawasan tu, lagi meriah kuningnya.

autum-in-alaska-39

Too bad, it was a cloudy day when I went out to take pictures of Autumn in Alaska. Mendung memang lah musuh utama aku yang hanya berbekal kan SLR kamera berlensa standard dan skill nan hado, maka outcome dia jadi tak seindah mana. Sedih. Tapi bantai je lah kan. Janji dapat aku kongsi kat pembaca belog ni.

autum-in-alaska-36autum-in-alaska-35autum-in-alaska-34autum-in-alaska-33autum-in-alaska-32autum-in-alaska-31

Tapi kali ni lajak sampai ke Eureka. Aku pernah tulis pasal Matanuska Glacier dan Glenn Highway ni (Baca Sini) sebab ia salah satu a must experience ‘scenic drive/ highway’ di Alaska. Kalau korang nak ke Canada dari Alaska, memang ini lah highwaynya. Dah kira bersebelahan dah tu. So bila melalui Glenn Highway ni, korang dah boleh bayangkan keindahan British Columbia di Canada.

autum-in-alaska-30autum-in-alaska-29autum-in-alaska-28autum-in-alaska-27autum-in-alaska-26autum-in-alaska-25autum-in-alaska-24autum-in-alaska-23autum-in-alaska-22

Musim luruh di Alaska paling terpendek aku rasa. Sebulan je kut. Salji macam dah tak sabar sabar nak tutup. Memang certain area dah pun dilitupi salji. Tapi kalau sesiapa berhajat untuk datang ke Alaska, aku sarankan in between hujung August to middle of September. Because you can experience Alaska State Fair, Aurora Borealis and scenic Autumn view at the same time. 3 in 1 gitu.

autum-in-alaska-18

Eureka ni bandar kecil. Lagi kecil dari Talkeetna. Paling happening pun kedai kopi ni je lah.

autum-in-alaska-16

Dan tiang coffee shop ni. Dah macam kena penyakit utut pula aku tengok.

autum-in-alaska-17autum-in-alaska-19

Autumn di Eureka dah kering bertukar coklat. So macam dah tak berapa indah la kat sini.

autum-in-alaska-20autum-in-alaska-21autum-in-alaska-37

autum-in-alaska-38

Dalam seminggu lagi aku akan memulakan Roadtrip yang agak panjang. Pada sesiapa yang berminat untuk mengikuti update kembara aku, boleh lah follow aku di Instagram sebab itu tempat aku live update dan diikuti belog ni sebulan selepas tu. Hahahaha.

autum-in-alaska-10autum-in-alaska-9autum-in-alaska-8autum-in-alaska-7autum-in-alaska-6

autum-in-alaska-1autum-in-alaska-2autum-in-alaska-3autum-in-alaska-4autum-in-alaska-5

Kalau kau tanya aku, sedih tak nak tinggalkan Alaska?

Of course. Alaska banyak mengajar aku merendah diri dan menghargai kehidupan. Tapi aku harap penghijrahan aku ketempat baru nanti, tetap bermanfaat dalam membentuk jati diri.

8367150290_f64071bebb_o3

Glenn Highway

Comments

comments

Leave a Reply