Alaska 101: Cerita pasal Ramadhan di Alaska.

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE.

Lama aku tak update blog ni konon konon macam busy je kan. Bukan apa, memandangkan bulan puasa, blog aku kira macam berpuasa jugak la. Blog alim alim kucing gitu. Tapi aku tahu ramai tertanya tanya bagaimana rupanya menyambut Ramadhan di Alaska ni. So, since bulan puasa dah sampai ke penghujungnya, kira post aku ni penutup Ramadhan la kan.

First, ramai tertanya tanya tentang timing puasa di Alaska. Ramai orang tahu dimusim summer di Alaska, waktu siangnya agak panjang dari malam. Langit cerah lebih kurang dalam 18-19 jam gitu. Aku install “Muslim Pro” apps di henfon aku dan kalau mengikut apps tersebut, waktu imsak di sini pada pukul 3 pagi dan berbuka pada pukul 11 malam. Kau mampu?

Ini merupakan kali pertama aku berpuasa di luar negara, dan kali kedua bagi Mike. Korang mesti ingat betapa cekal iman kami berdua berpuasa 20 jam sehari kan. Tapi, korang kena ingat, cekal tu satu, tapi dalam masa yang sama, agama Islam tu mudah dan tidak menyiksakan penganut dia. Tuhan tu maha adil, maka kami di sini dibenarkan berpuasa mengikut jarak masa di Makkah. Ramai la yang bangkang cakap cara aku salah. Aku pun sebenarnya tak pasti jugak. Tapi Mike menekankan sekeras kerasnya yang – jangan sekali kali dengar cakap orang. Kita ada Quran, rujuk balik di situ. Macam biasa dia bukak balik Quran bacakan seperanggan ayat tafsir tentang masa dan keadaan berpuasa pada aku serta beri situasi untuk back up ayat itu. Dia tanya aku balik – dah tu angkasawan berpuasa macam mana? Kalau dah gelap segelap gelapnya di angkasa 24 jam.. adakah mereka tak payah puasa langsung? Dan kalau mereka orbit bulan mengadap matahari, seterang terangnya 24 jam, adakah mereka puasa berbulan bulan tunggu sampai balik bumi baru berbuka?

Kawan kawan pun suggest aku pegi cari majlis agama Islam kat Alaska ni untuk pastikan waktu imsak dan berbuka. Aku memang tak kan dapat pegi sendiri sebab aku kesana kemari di sini, Mike yang bawak. Kau rasa, dia nak bawak aku cari Majlis Agama lepas dia dah bukak Quran kat aku? Aku pun bukak la website masjid di Alaska.

Ramadhan in Alaska 2015

Memang iya kat sini pakai waktu Makkah. Aku pun malu kat Mike sebab membangkang bangkang dia setiap kali dia putuskan sesuatu.

Berbalik kepada pengalaman dan keadaan berpuasa di sini. Well, kalau ikut agama Melayu la kan, Puasa ni tak lain mesti lah berkisar kepada Menu Masakan, Bazaar Ramadhan, Baju Raya dan Perabot Rumah serta berapa peruntukan duit raya nak bagi kat mak bapak serta anak buah. Kan?

Memandangkan aku Melayu, aku pun terbawak bawak la dengan agama Melayu aku ni. Tak lain tak bukan aku dok runsing bab makan. Sebagaimana yang aku dok bising dalam pos sebelumnya sehingga menarik simpati kawan kawan dan pembaca blog aku untuk mengepos kan bahan makanan Malaysia ke Alaska untuk aku. Aku betul betul terharu tau, bila dah sampai pembaca blog pun message aku di Instagram dan Facebook tanya nak apa, so that mereka tolong poskan. Aku terhutang budi sangat.

ramadhan in Alaska 3

First bungkusan datang dari adik angkat aku. Nak kata rasmi aku angkat dia tu tak la kut. Tapi kami pernah kerja sama satu office dulu. Dari situ kami agak rapat juga lah so sampai rasa macam adik sendiri pulak. Lagipun aku anak last, tak pernah ada adik. So nature aku memang senang dan suka beradik adik ni. ADIK YA. Bukan ANAK IKAN.

ramadhan in Alaska 5

Bungkusan ni sampai sebelum puasa lagi. Dia memang concern pasal sambutan Raya aku. So dia poskan Ketupat Nona, Serunding ayam dan daging serta keropok ikan termashyur dari Kuala Terangganu. Peh, memang keropok ikan tu sangat sedap. 2 bungkus dia hantar, tak sampai seminggu aku habiskan. Goreng pakai minyak zaitun. Maklumlah, rumah mentua aku tak pakai minyak jenis lain. Nasib lidah aku tak bertukar cakap Itali je.

ramadhan in Alaska

Tapi yang sedihnya, seruding timbang kati tu DIRAMPAS oleh pihak kastam Amerika. Aku tak tahu la macamana mereka test serunding tu sampai keluar report “Swine” dari Thailand. Khinzir betul lah. Last sekali aku dapat tahu, kalau nak pos makanan kering ke Amerika ni, mesti dalam pack komersial, ada list bahan pembuatan dan bacaan nutrisi. Timbang kati tak main la you olls. Jadi aku kempunan lah nak merasa makan serunding dengan ketupat Nona di Pagi Raya nanti. Ketupat Nona tu pulak aku bukak kampit dia, masak nasik macam biasa makan dengan lauk biasa je lah. Mike macam kesian dekat aku. Dia janji raya nanti dia belanja makan King Crab sebagai ganti rendang/ serunding. Alhamdulillah… kah kah kah.

ramadhan in Alaska 1

Bungukusan kedua datang di pertengahan bulan puasa dari kawan aku. Kawan ni memang kawan sejak umur 18 lagi. Kenal masa mula mula daftar masuk Itm di Manjung. Sejak dari tu kami berkawan sampai sekarang walau jumpa face to face setahun sekali. Padahal dia duduk di USJ, aku di Shah Alam. Hello hello sekali sekala melalui telefon. Tapi memang la kan.. bila dah kawan sejati tu..memang kau tak payah lepak tetiap hari kut. Value dia memang lain macam dari kawan kawan yang kau lepak hari hari. Kiranya aku beruntung masih punya kawan stail Old Skool. Jauh dimata tapi selalu dihati. Dan aku rasalah, dalam banyak banyak kawan, dia ni la aku tak pernah nak rasa mengumpat hal dia kut. Itu la kebaikan jarang jumpa. Hahahahah.

Sumpah, isi kandungan bungkusan dia ni ibarat talian nyawa lah. Sambutan Ramadhan aku jadi lebih ceria dengan adanya bungkusan ini. Aku siap rajin masak sahur untuk Mike bagai. Mau tak rajin. Senang je kut, bukak peket, tumis, masuk lauk mentah, siap. Kalau dah bangsa pemalas tu, pemalas la jugak.

ramadhan in Alaska 2

Bungkusan ketiga ni masih dalam perjalanan. Yang ni memang gila special. Datang dari pembaca blog aku di Singapore. Dia cuba hantar awal hari tu, tapi rupanya Singapore Post refuse untuk terima. Di rejeknya mentah mentah. Alasan – barang makanan peket ni meletop atas kapal terbang. So dia terpaksa guna cara lain untuk pos ni kat aku. Berbeza dengan POS Malaysia kesayangan Malaysia… semua boleh. Sampai tak sampai, rampas tak rampas, itu kau punya hal. Bayar tetap bayar.

Kegigihan dan keperihatinan pembaca blog aku yang sorang ni hantar barang barang ni memang aku tak dapat ukur dengan apa pun. Aku kiranya bertuah selalu kenal dengan manusia yang baik hati serta tak mengharapkan balasan udang sebalik megi punya jenis. Terima kasih Tuhan. Dan Ivy 🙂

ramadhan in Alaska 4

Bila bercakap tentang menu makan, memang aku tak ada apa untuk di berlagakkan dan tunjuk dekat Facebook. Memang sebelum aku menikah Mat Salleh, aku jenis masak dan makan satu lauk sahaja. Kau nak kata aku pemalas, silakan. Tapi aku percaya dan praktikkan ‘simple is pleasure’. Jadi aku salute pada isteri isteri yang mampu masak 2-3 lauk at the same time. Tapi isteri itu bukanlah aku. Nasib baik Mike tak cerewet makan. Janji makanan yang aku masak tu, BANYAK. Sebelanga gitu. Sebab dia makan banyak. Kalau nasi tu, seperiuk, aku satu per tiga, balance tu dia yang lesapkan. So, telur sambal dengan nasi putih, salmon perap dengan rencah ikan bakar dengan nasi putih, atau tomyam seperiuk dengan nasi putih, itu saja lah menu kami.

Ramadhan in Alaska 12

Aku tak jumpa kurma di sini. So aku gantikan dengan kismis, kacang kacang seperti gajus, badam, bunga matahari dan sebagainya untuk makan masa sahur.

Ramadhan in Alaska 13 - Copy

Kadang kadang aku kurang selera nak bersahur, tapi kalau bagi sup.. aku tak kira masa, memang aku boleh telan. So kadang kadang masa sahur dan berbuka, aku minum Miso Sup kegemaran aku semestinya.

Ramadhan in Alaska 7 - Copy

Lepas berbuka, kadang kadang nak mengunyah. Kat sini tak ada onde onde atau kuih talam macam kat Bazar Ramadhan. Kau jangan suruh aku buat ok. Selain dari buah buahan, aku ganti dengan the next favorite thing aku lah iaitu stuffed olive jeruk ni. Dalam dia ada tomato. Aku suka.

So itu je lah.

Ramadhan in Alaska 11

Sekarang ni musim summer. Di mana mana sahaja, setiap ceruk jalan dan bangunan, penuh dengan bunga warna warni. Kat rumah pun macam ni. Waktu summer ni lah orang dekat sini ambik peluang hias luar rumah dengan pelbagai bunga. Summer di Alaska agak pendek. Jadi orang di sini benar benar menikmati summer dengan sebolehnya dan tetap menanam pokok unga walau mereka tahu pokok pokok bunga tu tahan beberapa bulan sahaja. Bila kau keluar bandar, kau akan dikejutkan dengan warna warni mengalahkan bunga api. Kau cakap je warna apa. Semua ada. Macam pesta bunga. Jadi orang jakun macam aku ni.. macam tak ada hari esok dok ambik gambar bunga bunga melata ni. Macam mak mak pegi Cameron Highland tu.. kejap bergambar dengan pokok kaktus, kejap bergambar peluk pokok bunga Ros. Haa..macam tu la aku. Nasib aku tak baring je tepi jalan untuk ambik gambar dengan bunga tepi longkang. Jadi, kau bayangkan lah apa perasaan Mike masa tu. Aku dengar jugak dia macam tarik nafas dalam dalam tiap kali aku bagi kamera kat dia suruh tangkap gambar aku dengan bunga di keliling bandar ni. SEKELILING BANDAR TAU?

Ramadhan in Alaska 10

Ramadhan in Alaska 9

Ramadhan in Alaska 8

Ramadhan in Alaska 6

Summer in Alaska Summer in Alaska 1 Summer in Alaska 2

Ini pun ada lagi dalam 50 gambar bunga yang aku tak upload kat sini. Nanti lari tajuk utama post pulak kan. Kata cerita pasal cara menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Alih alih penuh gambar bunga.

So, itu je lah sedikit sebanyak yang aku boleh ceritakan. Aku rasa serderhana benar cara sambutan kami disini. Memang tak boleh nak lawan la kemeriahan dan kemewahan sambutan Ramadhan di Malaysia kan. Lagi lagi kemeriahan di Plaza Low Yat di minggu akhir Ramadhan.

Nanti aku try la cerita sambutan Raya kat sini pulak.

Sekian.

Anchorage, Alaska

Comments

comments

Leave a Reply