Alaska 101 : It’s Summer again!

Hello July!

Sungguh ceria intro aku kali ini walau pun pendek tapi penuh bermakna. Ya lah, Finally we got full force of sunlight, bukan sekejap sekejap. No more rain or cloudy skies. Aku tak tahu macamana orang dekat Alaska ni boleh survive long winter night for their whole life. Hey! jangan tuduh aku acah acah minah salleh ya. Siapa yang biasa duduk luar negara yang bersalji tahulah rasa seksa tak dapat matahari.

Dulu aku perleceh mereka ni semua. Aku gelak gelak bila tengok mereka ni beria berjemur, mandi air tasik sejuk sebaik sahaja salji menghilang. Maklumlah, Malaysia dapat matahari yang sangat seimbang jarak masa nya antara siang dan malam kerana kedudukannya di garisan Khatulistiwa. Tapi bila dah masuk tahun ke-3 aku merasa tinggal di Alaska, aku pun ternanti nanti sang matahari macam penduduk di Alaska ni. Padan muka aku.

Sepanjang aku di tanah air tumpah darah aku, cukup menyampah dengan cuaca panas. Kalau boleh nak redup hujan renyai renyai je kan. Sekarang aku dah belajar mensyukuri nikmat yang diberi. Lagi lagi Summer di Alaska sangatlah pendek. Semua ni akan berakhir di penghujung August. Sedihkan? Sebab Musim Fall di Alaska, salji dah mula memutih. Bukan macam di Washington DC atau Australia, Autumn nya sangat cantik berwarna warni dengan daun daun yang bakal gugur.

Jadi, dengan summer yang pendek ni, kami manfaatkan sebaik baiknya. Setiap hari aku akan keluar bawa Athena Sophia jalan jalan di sekitar kejiranan, berbasikal, tanam pokok bunga sikit sikit (yang ni aku baru start this year. Aku ada update dekat Insta Story) ataupun santai santai di halaman depan rumah duduk atas tikar plastik. Bukan apa, panas oi nak duduk dalam rumah. Agak bahang sebab tingkap besar besar, dah almost macam green house effect pula. Mereka dekat sini tak pasang aircond dalam rumah. Waktu summer ni mereka pilih untuk lepak dekat luar. Dekat luar, walau kau nampak matahari terik, namun angin nya sangatlah dingin sepoi sepoi bahasa gitu. Jadi, masa summer ni lah semua duduk luar rumah.

Last two days, botak offday. So kami decided untuk lepak lepak di Tasik Wasilla berdekatan dengan tempat kerja Grandma Athena Sophia. Aku bayangkan macam biasa biasa sajalah kan. Sebab sebelum ni aku tak pernah pergi pun. Bila dah ada anak, aktiviti sekarang kena extensive sikit la kan.

Sesampai saja dekat parking lot, terkejut kera aku dibuatnya. Mak ai, ramainya orang. Dah macam pesta. Aku ada buat Live video Facebook dekat situ. Tapi tak lama la, around 5 minutes. Sebab tujuan utama aku dekat situ ialah melayan, bermain main dengan anak. Bukan mengadap phone kan.

Meriah. Sangat meriah. Siap ada payung besar lah, kemah lah…Kebetulan it is a summer break sekali. Budak budak sekolah pun cuti. Ramai ibu bapa bawak anak anak dekat sini. Terasa sangat family family punya tempat la kan. Walau di selang seli dengan pemandangan remaja berseluar ‘kecil’ sana sini.

Tempat ni ada playground untuk kanak kanak juga. Life Jacket untuk di pinjam serta tandas awam. Suasana rasa macam dekat pantai pun iya. Tapi seimbang la. Tak nampak pula remaja perempuan tergedik gedik ke apa kan. Semuanya menelentang/menelangkup tidur bawah matahari.

Use & Return. Kau rasa, sistem ni boleh buat tak dekat Malaysia?

 

Athena Sophia pula, dari berkasut, terus berkaki ayam. Kampung sangat kan anak aku. hahahah.

Since aku tak expect semua ni, jadi aku tak la bawak baju mandi untuk Athena Sophia. Cuma bagi dia main main air di pergigian tasik. Silap. Dia terus tak nak keluar dari air tu. Tapi memandangkan baju persalinan sehelai pun kami tak bawa, termasuk lah botak, kejap lagi lencun macam mana pula nak masuk kereta kan. So kami pun cepat cepat angkat Athena Sophia bawak dia jauh dari tasik. Bagi dia lupa. So kehulu kehilir la dia main ranting kayu, kadang kadang dia dapat bola dari orang sekeliling, dan selebihnya, main kejar kejar dengan bapak dia lah.

Athena Sophia menggelupur nak masuk air. Tak ada gambar elok elok pun dengan mommy.

So far, memang best lah aku rasa. Walau orang agak ramai, tapi still rasa macam privasi. Sebab masing masing buat hal masing masing. Tapi ada la berbalas pandang dan senyum.

Bagi penduduk yang rumahnya bukan di tepi tasik, memang akan pergi ke Taman Tasik macam ni lah untuk mandi manda, lepak lepak berjemur. Korang kena sedia maklum lah, bukan semua oarang mampu nak ada property di tepi tasik dekat sini. Sangat mahal. Lepas tu, terus jadi private tasik tu. Mana boleh tumpang tumpang berenang tau.

Oh ya, tasik ini juga merupakan tempat pembiakan salmon. So memang kena berhemahlah bila kita berkongsi tempat dan kawasan dengan makhluk Tuhan yang lain. Ada kau nampak sampah? Memang susah nak cari. Tak ada. 

Kalau dekat Malaysia mesti berderet deret gerai makan dan minum kan? Dekat sini ada satu je food truck. Pun segan segan je orang membeli. Sebabnya bukan tradisi mereka makan tak tentu masa tak kira acara. Air memang tak laku la. Sebab masing masing bawak air kosong dari rumah kut. Boleh pengsan terbalik diorang ni kalau ada gerai jual air Kathira, Air jagung ganja, Mangga Susu dan apa apa je lah macam dekat taman taman di kampung kita di Malaysia tu.

Kesian Athena Sophia. Dia tengok je budak budak besar main dekat Playground. Dia terlalu kecik untuk join pun. Budak budak tu punya somersault, mommy Athena Sophia pun boleh terpelanting dibuatnya. So, tengok dari jauh je lah dulu ya.

Next time, kalau ada masa lagi, kami akan kesini lagi. Bawa semua yang patut supaya Athena Sophia dapat mandi manda macam budak budak Alaska yang lain.

So, itu je lah cerita kehidupan biasa seharian aku di Alaska. Nothing fancy really. Haha. Kalau ada kelapangan (maksud aku, bila botak off day) Insyaallah kami pergi camping ke apa. Aku akan update FB Live lagi dan Belog ni. Hope you enjoy this post anyway.

 

Wasilla, Alaska

Comments

comments

Leave a Reply