Alaska 101 : Keseronokan Masuk Hutan di Alaska – Winner Creek Gorge Trailhead

Lama gila tertangguh sambungan cerita masuk hutan hari tu. Janji melayu sangat kan. Bukan apa, aku kurang sihat last week. Biasalah bila umur dah meningkat ni kan. Dah hilang dah keterujaan korang nak tahu cerita pasal aku masuk hutan di Alaska ni sejak aku upload video botak tarik tali hand tram sampai terketar ketar kepala otak dia bulan lepas kan. Sebab tu lah aku tak boleh jadi blogger yang berjaya. Sebab aku update sesuka hati aku je.

Winner Creek Trail Girdwood024

Aku ni nak dikatakan adventurous tyrannosaurus kebabus hiker, jungle trekker, kaki camping tu tidak lah. In fact, aku ni sangat lembik, menyanyah, terkiput kiput punya type. Kalau kau ajak aku pegi panjat Broga Hill tu belum tentu aku nak sebenarnya. Dan aku belum sampai lagi di Broga Hill tu. Aku juga tak pernah consider untuk panjat Gunung Kinabalu. Bagi aku sapa yang panjat gunung kinabalu tu superman la. Kalau dekat Malaysia, ada lah setahun sekali aku join dalam keadaan terpaksa sebab aktiviti under kampeni tempat aku kerja dulu, boleh baca dekat sini. Itu pun dalam hati menyumpah nyumpah lah sebab memang menyeksa diri je aku rasa semua ni.

Winner Creek Trail Girdwood004

Winner Creek Trail Girdwood003Winner Creek Trail Girdwood007Winner Creek Trail Girdwood006

Winner Creek Trail Girdwood005

Tapi bila dekat Alaska, aku rasa macam lain sikit. Sebab pertamanya, mungkin botak ada di sisi beri semangat dan sokongan serta tak letak apa apa expectation kena sampai puncak atau kena habis kan trek ke apa. It’s more on enjoying the surrounding. Kedua mungkin tak ada nyamuk atau risau pasal pacat. Ketiga, tak ada rasa seram pantang larang tok nenek mulut cabul ke apa. Macam tak ada hantu jembalang je dalam hutan Alaska ni. Dan paling penting, trail dekat Alaska ni ada banyak jenis laluan, ada yang sesuai untuk kanak kanak, orang kuat dan orang tua. Jadi si Botak dengan bijaknya pilih laluan kanak kanak untuk bini dia ni. Jadi aku rasa macam, masuk hutan ni satu benda yang aku looking forward to do it every time.

Winner Creek Trail Girdwood002

Winner Creek Trail Girdwood012Winner Creek Trail Girdwood007Winner Creek Trail Girdwood008Winner Creek Trail Girdwood009Winner Creek Trail Girdwood010Winner Creek Trail Girdwood011

So kali ni kami pegi ke Winner Creek Gorge Trailhead di Girdwood. 70 kilometer dari bandar Anchorage, berdekatan dengan Alyeska Resort tempat orang main ski during winter.

Masa mula mula sampai dah seronok dah. Orang yang dah nak blah dari tempat tu muka ceria habis dan mengalu alukan kedatangan kau dekat situ macam tempat tu rumah diorang pula. “oh, it is a great trail! You guys will enjoy it” itu lah depa dok kata kat kami. Aku pun positif habis lah. Mesti senang tak penat dan seronok gila dalam sana tu kan. Begitulah pentingnya spreading the positivity.

Winner Creek Trail Girdwood001

Apa apa pun, barang basic seperti spray serangga ni tetap kena ada. Ada la nyamuk tapi tak la gila macam kat hutan Amazon tu. Menatang insect repellent ni memang mujarab aku cakap kau. Satu benda pun tak hinggap kat kulit aku dan bau dia sangat best. Abang ipar Mike siap bawak bear spray. Bersiap siaga gila mamat tu.

Winner Creek Trail Girdwood033

Harap korang tak boring lah menengok gambar hutan semata mata dalam post ni. Aku tak dapat nak tangkap gambar benda lain sebab aku dah dalam hutan kan. Entrance dia pun dah mendamaikan. Seronok sampai nak terkencing aku dibuatnya. Botak pun santai santai selak daun kiri kanan kutip buah raspberries liar yang tumbuh di sepanjang laluan. Aku punya biras tu sibuk dengan Geocaching nya. Alaaa macam Pokemon Go la. Tapi relex relex je benda tu.

Winner Creek Trail Girdwood020Winner Creek Trail Girdwood027Winner Creek Trail Girdwood025

Dalam perjalanan kau akan berselisih dengan quite a few people. Dari kanak kanak, orang sihat walfiat dan orang tua baya mak bapak kita rambut putih gelak gelak sembang pasal apa apa tah. Anjing pun ada juga, semua jenis lawa lawa dan friendly punya. Tapi setiap kali berselisih dengan manusia dalam hutan tu, memang tak lepas dari tegur menegur, lambai tangan atau angguk senyum.

Boleh aku katakan trail ni sangat selamat untuk kau bawa kanak kanak seawal usia 2 tahun. Memang aku nampak ramai juga budak kecik dekat sini dengan ayah mereka. Sabar je ayah mereka melayan gaya langkah terkedek kedek tak tahu bila la nak sampai tu. Baik pulak budak budak tu tak mintak dukung.

Most of the videos, aku up di Instagram. Sebab aku rasa youtube mengurangkan kualiti HD camera lah. Macam hampeh.

Winner Creek Trail Girdwood019

Winner Creek Trail Girdwood013

Winner Creek Trail Girdwood014Winner Creek Trail Girdwood015

Acara kemuncak di Winner Creek Gorge Trailhead ni tak lain tak bukan ialah Hand Tram nya. Pehh teruja rasa macam dekat Universal Studios. Tapi yang best nya, ianya free dan queuenya tak panjang. Lepas tu, saling tolong menolong tarikkan untuk kau dan orang orang sebelum dan selepas diri sendiri. Tapi semua lelaki la yang buat kerja tu. Para wanita dan kanak kanak tepuk tangan beri semangat kepada ketua keluarga masing masing. Macam family day pulak aku rasa dengan semua orang kat situ. Ye lah, korang seronok seronok gegelak ketawa makan makan attend open house dekat Malaysia, jadi Tuhan gantikan untuk aku happy macam ni je lah. Alhamdulillah.

Hand Tram tu kiranya original punya. Zaman dulu memang itulah jentera yang digunakan untuk menyeberang sungai dan jurang di Alaska. Mereka simpan dan jaga hingga hari ini so that new generation can experience the hustle in the 50’s.

Lepas ulang alik naik hand tram tu, dengar la botak dan biras aku bagi comment, cakap it would be better if the tram has foot paddle or make both upper and lower body to work the rope. Aku pun terus potong cakap “it would be better if they put engine or power to it. Flip the switch and there you go”. Banyak cakap la depa ni kan. Letih la tu. Tadi masa tarik tarik tolong orang, bukan main lagi cergas tunjuk kuat kan.

Winner Creek Trail Girdwood016Winner Creek Trail Girdwood031

Winner Creek Trail Girdwood034

Winner Creek Trail Girdwood035Winner Creek Trail Girdwood036Winner Creek Trail Girdwood032

Selain dari Hand Tram tu, Winner Creek Gorge pun salah satu tarikan dekat sini. Nak kata cantik secantik cantiknya, tak lah kut. Aku rasa ada lagi sungai lagi cantik dari ni. Tapi mungkin sebab Alaska, bersih, bau wangi wangian alam dan air yang mengalir tu adalah glacier, tiba tiba jadi macam up sikit level dia. And NO, you can’t swim in it because its a glacier water, sejuk keras brain freeze kut kalau kau berendam dalam tu. Aku pernah juga pergi area waterfall di Lombok macam Sendeng Gile, cantik memang cantik tapi sampah dan bau bau tu aku tak tahan. Tak dapat nak fefeeling lah kalau dah hancing, penuh dengan sampah.

Winner Creek Trail Girdwood018

For the first time aku dapat detect sampah di dalam hutan Alaska ni! Siapa lah yang tak bertanggung jawab.

Winner Creek Trail Girdwood023Winner Creek Trail Girdwood022Winner Creek Trail Girdwood021

Most of hiking trail in Alaska have this. Yang mana aku percaya Malaysia tak pernah ada atau tak terfikir nak buat sebab maybe tak penting. Benda ni tempat kau sental tapak kasut kau supaya kau tak bawak keluar benih rumput, pokok liar keluar dari kawasan sepatutnya. Mungkin kau kata, alah, tebang, cantas je lah kalau tumbuh dekat rumah. Tak, kau silap. Setengah benih dan akar pokok ada fungus yang boleh rosakkan ph tanah yang ada dekat rumah kau, sekaligus akan mematikan semua tumbuhan yang ada di sekelilingnya. Ibaratnya, kau campurkan ikan jenis ganas dengan ikan emas. Inalillah la ikan emas tu.

Eh, macam cikgu sekolah pulak aku ni kan.. macam good good je. Well, aku hanya share apa yang aku nampak dan belajar dekat sini. Sebelum aku sampai sini, aku pun lebih kurang batak je macam korang. There, self disclaimer.

Winner Creek Trail Girdwood037Winner Creek Trail Girdwood030Winner Creek Trail Girdwood029Winner Creek Trail Girdwood028

Next post : Talkeetna – bandar hippies yang masih hippies.

8367150290_f64071bebb_o3

Girdwood, Alaska

Comments

comments

Leave a Reply