Alaska 101 : Macamana rupa bandar kecil di Alaska? : City of Palmer

Macam orang lain juga, sebagai isteri, aku pun nak la jalan jalan dengan Encik Suami bila dia cuti kan. Kalau dulu aku di Shah Alam, tak lain tak bukan memang tuju ke Mid Valley atau One Utama lah, cuci mata, tengok wayang dan cari parking (eh?) Tapi dekat sini agak lain sikit lah penghidupan aku ni. Maklumlah…Alaska ni kampung. Kalau nak dibandingkan supaya kau faham… ibaratnya macam Kuala Lumpur dengan Taiping gitu.

Lepas jalan jalan di Knik River Road, kami pegi lepak di Palmer. LEPAK tu bukan lepak sesaja lah.. memang mati kutu dibuatnya sebab botak tu memang bukan kaki lepak. Masa aku pegi tu mendung, hujan rintik rintik lah. Kami pegi makan makan, lepas tu jalan jalan sikit di sekitar bandar tu. Jarak Palmer dari tempat kami tinggal tak lah jauh. Dalam 30 kilometer je. Tujuan aku up post pasal Bandar Palmer ni nak bagi korang gambaran, ini lah bandar bandar kecil di Alaska. It’s a quaint little town, laid back and light traffic. Rata rata town kecil di Alaska rupa dia macam ni lah KECUALI Anchorage, Fairbanks & Juneau. 3 bandar tu ada International Airport, big shopping malls serta lebih meriah lah. Actually bandar ni comel gila. Tapi aku tak berkesempatan untuk ambik semua gambar sebab masa tu dah mendung dan hujan dan turun. Dia punya post office, pejabat loyar dan kedai bunga comel comel macam rumah smurf. Memang dulu rumah orang pun tapi since sekarang dah jadi bandar, so maybe orang tu dah jual dan tukar jadi pejabat dan kedai. Alaaa macam dekat Bangsar Jalan Telawi tu lerr.

Afternoon in Palmer, Alaska021

Afternoon in Palmer, Alaska015Afternoon in Palmer, Alaska016Afternoon in Palmer, Alaska036Afternoon in Palmer, Alaska035

Afternoon in Palmer, Alaska017

Penduduk di bandar ni tak ramai. Sekitar 6500 orang saja. Terbentuknya bandar ni pun sebab dulu ianya merupakan laluan utama bagi keretapi yang angkut bahan bahan lombongan. Tapi itu dulu la. Sekarang semuanya dah jadi museum. Tapi jangan pandang bandar ni sebelah mata, kecik kecik dia pun, dia ada few must visit spots dalam Alaska Tourism seperti Hatcher Pass (Tempat ski, hiking & camping) serta Alaska State Fair setiap tahun (Bulan Ogos). Kalau nak tengok kobis seberat 35 kilogram dan sayur sayuran besar gedabak, di sini lah tempatnya pada bulan Ogos setiap tahun.

Afternoon in Palmer, Alaska020
Posing ni dinamakan ‘Botak merenung masa depan’

Hotel dekat bandar kecil sini tak la grand macam di Kuala Lumpur. Paling tinggi pun 3 tingkat. Tapi damai tu memang Kuala Lumpur tak boleh lawan. Botak bawak aku makan dekat cafe dalam hotel namanya Palmer Valley Hotel. Hotel ni dah lama tau, dibina tahun sebelum Malaysia Merdeka lagi iaitu 1948. Tujuan Botak bawak aku dekat sini sebab dia nak tunjuk, cafe Valley hotel ni lah tempat dia dan kawan kawan dia lepak masa remaja. Sebab tempat lain semua dah tutup seawal 10 malam. Biasalah remaja. Hidup ibarat kelkatu. Mana ada cahaya yang masih menyala, situ lah mereka berkerumun. Lagi pun botak told me that the food there are great with reasonable price.

Afternoon in Palmer, Alaska018

Kalau korang nak have some idea how much restaurants’ food costs here, boleh la zoom pada gambar ni. Aku mula mula tengok menu dia pening. Betul betul old skool. Macam surat khabar kata aku pada botak. Maybe kalau convert ke RM nampak macam mahal. Tapi korang mesti ingat, portion dia sangat besar. Kalau saiz perut kita orang Malaysia, sepinggan dia boleh makan 2 orang. Aku kalau dekat sini, sama ada pilih kids’ menu atau small size punya, yang mana kurang dalam $3-4 dari saiz asal.

Afternoon in Palmer, Alaska019

Afternoon in Palmer, Alaska029

Biasalah orang kita kalau makan dekat luar di overseas, memang tak lain tak bukan order fish & chips la kan. Aku tambah order Tomato Basil Soup. Baru aku tahu betapa sedapnya Tomato Basil soup ni. Aku google la resepi dia. Senang je rupanya. Kalau korang jenis suka taste cheesy, berlemak lemak, wajib lah korang google recipe how to make Tomato Basil Soup ni. Satu lagi, kat sini makan soup dengan table crakers. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi aku hentam je lah.

Afternoon in Palmer, Alaska028

Afternoon in Palmer, Alaska027

Kalau kau datang USA, memang payah la kau nak cari makanan harga macam dekat Vietnam. Memang standard dia harga macam ni. Kalau dekat Malaysia set KFC RM 13, sini sama lah USD 13 hahahaha. Tapi, tak silap aku gaji pekerja di KFC RM 6.50 sejam kan? Dekat USA, minimum wages (employer memang tak boleh ngelat) is USD 9 sejam. Jadi aku tak nafikan kalau bab makanan, South East Asia sangat sangat murah. Ye lah, sebab manpower bayar ciput. Boleh lah.

Sambil sambil tunggu makanan sampai aku pun pusing pusing la dekat hotel lobby. Kebanyakan hotel lobby dekat Alaska dah rupa macam museum kau tahu? Binatang mati yang dah di awet untuk tatapan pelancong yang tak pernah tengok haiwan liar kebanggaan Alaska seperti Serigala, Grizzly Bear, Moose mesti ada punya lah. Sebab, untuk orang yang datang Alaska sebagai pelancong memang payah nak nampak semua ni dalam masa seminggu dua lawatan. Kalau tinggal lama, explore lagi lama, akan nampak kelibat binatang ni dalam hutan. Itu pun kalau korang datang sini masuk hutan lah.

Afternoon in Palmer, Alaska026
Ini baru kita panggil Salam hujung hujung kuku waklu.

Afternoon in Palmer, Alaska024

Afternoon in Palmer, Alaska023
Baru tahu yang bulu beruang ni kesat macam sabut kelapa.

Afternoon in Palmer, Alaska022

Afternoon in Palmer, Alaska031Afternoon in Palmer, Alaska030

Lepas makan, kami jalan jalan je lah sekitar bandar ni. Actually bandar ni lebih besar tapi kami tak la pusing keliling bandar sebab dah selalu datang kan. Haha.

Afternoon in Palmer, Alaska011Afternoon in Palmer, Alaska012Afternoon in Palmer, Alaska010Afternoon in Palmer, Alaska009

Summer di Alaska membolehkan penduduk tempatan bercucuk tanam. So around May to August, orang dekat sini pegi Farmers’ Market (Pasar Tani) more than grocery store lah. Support local product gitu. Ini bukan first time aku melawat Pasar Tani di USA. Di Los Angeles, San Francisco & Seattle, pasar tani dia lebih meriah dan situated al fresco under the sun. Tapi di Alaska ni bosan la sikit kan. Dalam bangunan. Urgghh. Tapi kalau korang memang jenis menitik beratkan organic product, ini lah masanya nak memborong.

Afternoon in Palmer, Alaska001Afternoon in Palmer, Alaska002Afternoon in Palmer, Alaska003Afternoon in Palmer, Alaska004Afternoon in Palmer, Alaska005Afternoon in Palmer, Alaska006Afternoon in Palmer, Alaska007

Memandangkan Palmer ni merupakan tuan rumah kepada Alaska State Fair, so mostly landscape dia lain la sikit. Instead of flowers, mereka tanam sayur. Mula mula tu aku tak perasan la jugak. Mak aih, kale kah itu? (kale tu lebih kurang macam kailan la). Besar gergasi rilek je kat tepi jalan. Menengokkan saiz kale tu, aku jadi makin excited nak tunggu Alaska State Fair (sebab aku tak pernah pegi lagi) untuk tengok sayur sayur sebesar kereta Myvi, tak pun, sebesar manusia.

Afternoon in Palmer, Alaska013Afternoon in Palmer, Alaska014Afternoon in Palmer, Alaska037

Seperti suami orang lain juga, lepas dah bawak berjalan dan makan makan, tibalah masanya membeli barang dapur. Ye lah, walau stay dengan mertua yang selalu stock up makanan penuh peti ais, kami still ada citarasa kami sendiri juga. Dalam banyak banyak groceries store di USA, aku paling suka CARRS. Carrs ni lebih kurang macam Ben’s dekat Publika tu. Tapi Ben’s macam high class la kan dekat KL. Tapi dekat sini Ben’s tu biasa biasa je cuma aku suka la sebab RASA macam high class pegi membeli belah barang dapur kat tempat macam Ben’s kunun. Sebenarnya kan, kami collect point. Shopping groceries kat sini dapat kumpul point Alaska Airlines Miles. Hehe. Itu je motif nya.

Afternoon in Palmer, Alaska040
Gila cantik susun bawang

Afternoon in Palmer, Alaska041Afternoon in Palmer, Alaska039Afternoon in Palmer, Alaska038

Ni berkenaan King Crab. Memang ada jual dekat grocery yang mentah. Tapi jangan bila kami duduk Alaska, kami dapat makan menatang ni hari hari. Mahal lah. Tu yang dalam gambar, harga dia $20 setengah kilo. Nangis.

Itu je lah kut. Botak ada mentioned maybe nextime nak bawak aku jalan ke Talkeetna. Jumpa Datuk Bandar di sana. Doa doakan lah aku dapat jumpa datuk bandar dia ya!!!

Next aku up cerita pasal jungle trekking di Girdwood pula ya. Alaaahh yang video aku up dekat Instagram yang mana Botak tarik tali Hand Tram sampai ketar otak dia tu.

8367150290_f64071bebb_o3

Palmer, Alaska

Comments

comments

Leave a Reply