Alaska 101: Pengalaman Beraya dengan King Crab

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE

Setelah sekian lama tidak bersiaran akhirnya dah nak habis raya, baru nak cerita pasal raya. Sambutan raya aku tak lah semeriah korang di Malaysia. Mai aku nak cerita serba ringkas tentang pengalaman raya aku di Alaska.

Raya di Alaska tak ada feel. Tak ada takbir raya dan aku bangun pagi macam biasa. Buat kopi dan makan apa yang ada. Tak ada salam salaman cium tangan dengan Mike. Mike pukul 5 pagi dah keluar pegi kerja. Tapi aku pasti sangat Mike sentiasa maafkan aku setiap hari. Bukan time pagi raya sahaja. Aku pasti sebab, lain rasanya bila hidup dalam keredhaan suami ni. Susah aku nak explain. Hmmm… contohnya, masa aku sorang sorang dulu, aku boleh dikatakan almost ada everything. I mean kerjaya dan lifestyle segala. Tapi aku still tak happy dan sentiasa mencari cari yang aku sediri pun tak tahu apa yang aku cari. Tapi sejak aku berhenti kerja dan hidup di bawah jagaan suami (yang mana dia happy dengan keputusan aku) – aku hampir tak ada benda nak komplen selain dari keadaan ekonomi dan politik di Malaysia.

Tapi yang pasti, aku tak pun nangis sedih. Aku bukak facebook macam biasa..scroll wall feed, penuh dengan update warna warni baju raya sedondon satu keluarga. Sumpah, aku happy tengok kaler kaler tu semua. Kawan aku ada tanya, apa tema raya aku tahun ni, aku jawab “denim on the loose”. Aku tak bawak baju kurung pun ke Alaska. Ok lah, aku terus terang je la. Masa aku kat Malaysia ni pun, aku tak la beria beli baju raya dan kasut baru untuk raya. Sebab aku setiap minggu beli baju baru dan beli kasut baru tiap tiap bulan. Kalau aku beli baju kurung pun, more on to attend kenduri atau jemputan. Tak cukup Islam kah aku bila aku tak beria pakai baju Raya menyambut Syawal? Entah lah. Suka hati korang la nak cakap apa.

Raya di Alaska 6

Seperti yang aku tulis dalam post sebelumnya, Mike janji nak bawak aku makan King Crab sempena Hari Raya yang Mulia ini, ku susun sepuluh jari. Kebetulan hari 1 Syawal, Mike balik awal dari tempat kerja, so dia pun reserved lah table untuk kami ber empat untuk dinner (kakak dan abang ipar dia temankan sekali)

Raya di Alaska 4

Sebelum tu aku nak bagitau lah, tujuan aku tulis pasal beraya makan King Crab ni bukan sebab aku nak berlagak la makan menatang tu. Aku nak kongsi cerita pasal si Raja Ketam ni. Bagi aku, menunjuk makan makanan mahal tu ialah untuk orang yang sebenarnya tak ada apa apa yang nak dibanggakan dalam hidup dia. Tak ada pencapaian langsung. Sebab dapat makanan yang mahal ni bukannya pengukur yang kau tu berjaya dan bahagia dalam hidup.

Semua orang tahu yang King Crab memang mahal. Jangan ingat bila benda tu ditangkap di perairan Alaska dan kepulauan Aleutian, harga dia murah gila la kat Alaska kan. Apa yang buat King Crab ni mahal bukan sahaja kerana isi dia banyak dan sedap. Tapi, banyak nyawa yang terkorban untuk mendapatkan seekor King Crab ni sebenarnya.

Kerja menangkap King Crab ni adalah antara kerja yang paling berbahaya di Amerika. Lebih bahaya dari Pilot kapal terbang. Mengikut statistik, setiap 100,000 orang pekerja, 300 daripadanya mati ketika menangkap si Raja Ketam ni. 80% penyebab kematian ialah disebabkan lemas, kesejukan melampau (hypothermia) dan selebihnya cacat anggota secara kekal semasa handle jentera berat semasa menaikkan ketam dari dalam laut ke atas kapal. Jarak masa duduk di laut sekitar 3 – 4 minggu.

Bering Sea
Picture courtesy from http://www.alaskankingcrab.com

Laut tempat King Crab ni pulak bukannya macam pantai kat Pulau Redang tu, fefeeling tengok senja kan. Dah nama nya RAJA. Nun duduk dalam perut laut yang bergelora macam ada taufan hari hari tu. Ingat tak ada video viral PALSU tetang kapal laut menentang gelora masa pencarian MH370. Cari MH370 wak lu. Itu la laut tempat King Crab tinggal. Itu video kapal orang tangkap King Crab la kalau korang nak tahu. Kedalaman tempat King Crab ni tinggal bergantung dengan jenisnya. King Crab ada 3 jenis, Red King Crab, Blue King Crab dan Golden King Crab. Kedalaman nya diantara 600 hingga ke 2,400 kaki ke dasar laut.

King Crab Fisherman
Picture courtesy from http://www.alaskankingcrab.com

Tangkap King Crab bukan pakai jala. Tapi sangkar besi. Berat satu sangkar besi dalam 270 hingga 360 kilogram setiap satu. Setiap kapal nelayan untuk acara tangkap King Crab bawak dalam 150 hingga 300 metal pot. So boleh bayangkan lah betapa besar kapal tu. Umpan dia saja pun dah mahal. Iaitu ikan cod dan herring. Selepas bawak naik King Crab yang termakan umpan, kena ukur pulak. Kalau tak cukup dewasa ke..cacat anggota ke… kena campak balik masuk laut. King Crab ni mesti di simpan hidup sampai lah masa untuk diceraikan kaki dari badannya. Kalau mati atau beku, dia automatik akan meletup keluar isi perut daging semua. Tempat simpan King Crab aku rasa mesti macam kotak berbalut Therapeudic bed mattress la aku rasa. Sebab dia tak boleh bergoyang langsung masa atas bot. Sekor sekor kena asing. Sebab menatang ni jenis agak ganas, di sepit serangnya kawan sebelah kalau tak ada divider. Tension la kan. Dah kena tangkap. Dan kalau satu ekor mati, badan dia akan release satu jenis toksin dan akan racun semua ketam ketam hidup yang ada di bilik sebelah. Susah aku cakap kau. Korang cari bakal suami atau isteri lagi senang dari kerja tangkap ketam ni lah.

Income satu bot dapat sebelum di bahagi bahagikan dalam $800,000 – $900,000 DOLLAR. Aku tak pasti berapa gaji kerja sebagai nelayan King Crab. Tapi kawan kepada kawan Mike yang tinggal di Texas, datang ke Alaska waktu summer hanya untuk kerja tangkap King Crab selama 2 bulan, bawak balik $50,000 dollar dan lepak tak buat apa selama 10 bulan kat rumah.

King Crab ni, kita makan kaki dia sahaja. Badan dia tak ada isi. Ada, tapi sangat sikit. Badan di proses dijadikan baja. Total kaki ada 4 pasang. Tapi biasanya orang order sepasang je lah. Kaki yang paling depan paling sedap isinya. Isi dalam sepasang kaki sahaja dah dekat sekilo.. Aku terpaksa bungkus bawak balik rumah habiskan. Cara masak dia relex sahaja. Mungkin sebab proses tangkap tu dah macam apa kan. Rebus jek. Isi nya kita perah lemon dulu lepas tu cicah dengan mentega cair. Memang lazat tak terkata lah.

King Crab Alaska

Harga dekat sekitar Anchorage untuk yang dah masak macam aku makan bergantung kepada area restoran lah. Aku makan ni dekat Restoran Suite 100 dan harganya $39 dollar untuk 1 pound. Ada kedai $39 dollar untuk setengah pound. Kalau beli mentah yang siap pack kat supermarket, aku tengok dalam range $14 – $17 dollar 1 pound.

Raya di Alaska 5

Kalau orang lain berlagak dapat makan King Crab, aku pulak rasa insaf dan sangat sangat menghargainya lepas dapat tahu betapa susahnya nak bawak menatang ni naik ke darat. Sebenarnya, aku sangat alu alukan kepada sesiapa yang nak datang Alaska. Duduk lama sikit. Bukan sekadar melancong. Tapi kenal budaya, orang dan hasil buminya. Alaska mampu buat korang rasa rendah diri dan lebih tahu bersyukur.

Raya di Alaska

Satu lagi juadah aku masa 1 Syawal di Alaska ialah Portobello Mushroom. Sebelum ni aku asik kutip cendawan ni dalam game Farmville di Facebook. Aku nampak nama Portobello Mushroom, terus aku mintak Mike orderkan sebagai appetizer. Rupanya sangat besar cendawan ni. Satu boleh belah 5 – 6. Yang aku makan ni, deep fried, dibaluti oleh parmesan cheese. Rasa dia macam isi ikan goreng! Aku makan 1 potong setengah pun dah nak kenyang. Boleh aku katakan, Portobello Mushroom adalah aku punya makanan kegemaran baru. Aku boleh makan dia hari hari.

Raya di Alaska 1

Portobello mushroom

So, itu je lah cerita sambutan Hari Raya nan Mulia aku di Alaska. Lepas tu aku jalani hidup macam biasa dan pergi hiking gunung cari Glacier dan masuk hutan belukar.

Sekian.

Anchorage, Alaska

Comments

comments

2 Comments

  1. diamond_head

    February 18, 2016 at 4:06 pm

    Thank u utk citer psal nelayan king crab tu.sungguhlh x di sangka besarnya dugaan diorng. Great post! 😁👍🏼

    1. heartboxx

      February 18, 2016 at 5:21 pm

      Thank you baca belog I. Macam tu juga dugaan nelayan kita. Lagi kesian. Dengar cerita nelayan kita jual hasil tangkapan pada orang tengah dengan harga yang sangat murah 🙁 Yang kaya penjual ikan di gedung/ pasar besar. Nelayan kita.. nak ada bot sendiri pun tak mampu.. mampu sewa saja.. sedih tau 🙁

Leave a Reply