Alaska 101: Talkeetna Bandar Hippies dengan kucing sebagai datuk bandarnya.

Salam satu bulan satu post. Hehe. Nasib kau la nak…menulis tanpa gaji memang lah begini.

Ni ha nak cerita pasal jalan jalan ke Talkeetna bulan lepas. Jarak Talkeetna dari tempat kami menetap (Wasilla) tak lah jauh, dalam 1 jam 20 minit pemanduan kereta saja (120km). Kalau jadi lambat pun sebab dekat Alaska ni, asal summer je, pembaikan pulih jalan sama meriah lah dengan bilangan tourist yang datang. Jangan salah faham, bukan kerja baik pulih jalan mereka tak siap siap bertahun tahun macam dekat Bukit Bintang tu, tapi memang setiap tahun mereka upgrade turapan jalan raya sebab Alaska ada 14 gempa bumi setiap hari. Campur dengan jalan rosak time winter semua. So hanya musim summer yang tak sampai 200 hari ni saja lah mereka bertungkus lumus baik pulih jalanraya yang ada.

Summer means roadworks in Alaska! 😂 Nampak tak jarak antara kenderaan bila queue? Berlapang dada sungguh. #Alaska #alaskaroads #road #out #outdoors #iphonesia #iphonegraphy #malaysianblogger #blogger #bloggers #bloggermalaysia

A post shared by Malaysian/USA (@normikahar) on

DSC02121

Tujuan kami ke Talkeetna ni adalah semata mata nak jumpa datuk bandar dia (Mayor). Just like other Mayors, Mayor di Talkeetna ni pun bukan senang nak dapat jumpa tau. Dah la memang tak boleh nak set appointment, kena pulak ikut mood dia. Kalau korang google “Mayor of Talkeetna” jangan terkejut dia adalah seekor kucing bernama Stubbs. Aku bukan joking ni. Memang kucing bernama Stubbs ni officially di lantik sebagai Mayor di Talkeetna. Dah 15 tahun dah dia jadi datuk bandar dekat sini. Nak tahu sebab kenapa – Sebab orang dekat sini malas nak layan birokrasi ciptaan manusia dan tak suka dengan aturan serta rules yang kebanyakkannya menguntungkan sebelah pihak atau pihak atasan. Jadi, perlantikkan kucing ni menyelesaikan segala masalah kemanusiaan lah. Haha.

He doesn’t raise our taxes – we have no sales tax. He doesn’t interfere with business,”  “He’s honest.”

Melayu di Alaska - talkeetna013

Mula mula masa kau sampai di Talkeetna ni mesti kau rasa macam tah hapa hapa bandar ni. Macam tak membangun dan sangat kampung. Itu perasaan kau bila kau dalam kereta drive through into this town. Tapi once kau park kereta dan start pijak tanah dia.. kau akan rasa kau nak hidup je dekat situ.

Bandar Talkeetna ni kecil sangat. 900 orang total population dia. Tapi tourist memang tak putus putus datang. Berkat bandar tanpa cukai. Rezeki kurniaan tuhan, bukan kerajaan. Nak kata ada shopping mall atau pemandangan yang indah pun tak juga. Tapi Talkeetna buat kau rasa macam.. kau di zaman 50-an. Kalau kau nak merasa dan saksikan Alaska zaman dulu dulu, Talkeetna ini lah tempatnya. Di Alaska kau takkan dapat jumpa kedai makan di bawah payung di luar bangunan style Al Fresco kecuali hanya di Talkeetna. Orang orangnya ramah dan bersahaja. Talkeetna juga merupakan Hippie Town mengikut kata bapa mertua aku. Dan oh, korang tahu kan di Alaska, ganja (Marijuana) adalah halal legal. Tapi biasa lah tak boleh buat meniaga atau bawak keluar. High sendiri sendiri sudah. Jadi di Talkeetna ni ada la tanaman daun ganja ni. Tapi aku puji orang Alaska ni, walau ganja tu legal dekat sini, tapi tak ada la mereka mengamalkan cara hidup rastafarian atau berpakaian macam orang high ganja walau daun ganja bersepah.

DSC02105 DSC02107

Dekat Talkeetna ni pun kau boleh nak camping. Aku tanya Mike kenapa tak bawak aku camping sini? Dia jawab – Ramai tourist lah. Well, memang ramai remaja dari luar Alaska aku nampak dekat sini.. keadaan macam lebih kurang Krabi pulak aku rasa. Mike bukan sombong tak nak jumpa tourist.. cuma Mike memang jenis suka berkhalwat. Kalau boleh dia nak duduk dalam hutan atas bukit di kelilingi serigala dan beruang sahaja.

DSC02108

Tempat wajib lawat di sini ialah kedai pastry ni. Roadhouse. Bapak mertua aku yang suggest. Dia kata pastry dan kek di sini sangat sedap dan orginal. Ibarat kata orang kita, resepi nenek moyang zaman dahulu kala.

Melayu di Alaska - talkeetna002

Melayu di Alaska - talkeetna003

Melayu di Alaska - talkeetna004

First aku nampak ni, aku terus order. Mesti resepi turun temurun kan. Kalau dah ada perkataan ‘NENEK’ disitu. Lagi pun aku tak pernah merasa Potato Cake.

Melayu di Alaska - talkeetna007

Melayu di Alaska : A visit to Talkeetna Town
Granny Potato Cake ni memang sedap. Coklat dia memang pure sangat.

Melayu di Alaska : A visit to Talkeetna TownMelayu di Alaska : A visit to Talkeetna Town

To give you some idea, the price of food in Alaska’s touristy town is like … the price at Secret Recipe in Malaysia except in USD.

Melayu di Alaska : A visit to Talkeetna TownMelayu di Alaska : A visit to Talkeetna Town

Melayu di Alaska - talkeetna001

Ada terdapat beberapa buah lodging di Talkeetna ni. Tapi jangan expect hotel 5 bintang lah. 2 bintang pun tak. Tapi tanpa bintang tidak bermakna busuk dan kotor. Roadhouse ni pun ada sediakan lodging. Aku tumpang toilet dekat lobby dia. Lebih bersih dari toilet di Mid Valley Shopping Mall lah ok.

Melayu di Alaska - talkeetna008

Melayu di Alaska - talkeetna005

Lodging lobby at RoadHouse. Cosy and Warm. Walau nampak agak shabby. Tapi sangat authentic. Tiada kepura puraan dalam tata hias and most of the stuffs in this lobby has its function and story behind it. With the smell of freshly brewed coffee fills up every corner of this place.

Melayu di Alaska - talkeetna006
DSC02113 DSC02114 DSC02115

Tuan Datuk Bandar selalu lepak di kedai runcit Nagley’s ni dan juga bar di sebelahnya.

DSC02116

Lepas kami makan makan di Roadhouse ni, kami jalan jalan la disekitar bandar ni. Cari Datuk Bandar, tak jumpa, (tengah tidur agaknya) jadi kami merayau rayau la belakang rumah orang sampai la ke sungai. Sapa sapa minat acara water rafting, dekat Talkeetna ada sediakan.

Macam biasa lah bila tempat tourist, macam macam souvenir boleh dapat dekat sini. Yang bagusnya, ianya handcrafted dan bukan MADE IN CHINA macam selalu kita tengok dekat bandar bandar besar. So kiranya kalau korang beli barang dekat sini, memang authentic from Alaska lah. Tapi aku tak tahu la boleh ke bawak masuk Malaysia tanduk Moose & Caribou tu.

DSC02118 DSC02119

DSC02112

Melayu di Alaska : A visit to Talkeetna TownMelayu di Alaska : A visit to Talkeetna TownMelayu di Alaska : A visit to Talkeetna Town
Melayu di Alaska : A visit to Talkeetna Town

Kalau nak tengok original cabin log house, datang lah Talkeetna.

Melayu di Alaska - talkeetna009 Melayu di Alaska - talkeetna010 Melayu di Alaska - talkeetna011 Melayu di Alaska - talkeetna012

Tak sangka jumpa Mr Wilson dekat sini. Sapa tengok movie ‘Outcast’ akan faham betapa touchingnya watak Mr Wilson ni… Aku siap nangis masa dia hanyut di tengah laut. Rupa rupanya kau dah sampai di Alaska ye?
Melayu di Alaska - talkeetna014

Dulu bangunan ni adalah sekolah. Now dah jadi museum.

Melayu di Alaska - talkeetna015

Rumah rumah dekat sini adalah rumah asal sejak berpuluh tahun yang lalu. Kecil tapi comel. Warna cat rumah pun tak ikut code. FYI – perumahan di USA tertakluk kepada kod persatuan pemilik rumah di sesuatu kawasan. Warna cat rumah terhad kepada beberapa kaler sahaja. Contoh kalau di Alaska – Brown, Blue, Grey and Green. Warna Alam. Macam menyusahkan je.. biasalah, peraturan manusia. Jadi bila Talkeetna ber datukbandarkan kucing, boleh la rumah kaler pink, kuning dan apa saja.

Melayu di Alaska - talkeetna016

Menyusuri lorong belakang rumah orang.

Melayu di Alaska - talkeetna017

Melayu di Alaska - talkeetna018

Souvenir shop lagi.

Melayu di Alaska - talkeetna019 Melayu di Alaska - talkeetna020 Melayu di Alaska - talkeetna021 Melayu di Alaska - talkeetna022

Booth or shop for adventure activities can be found here too.

Melayu di Alaska - talkeetna023 Melayu di Alaska - talkeetna024

So since bandar ni kau boleh habiskan dalam masa 1 jam, aku tak banyak cerita sangat. Selebihnya korang tengok je lah video yang aku rakam di sepanjang rayau aku dekat sini. Kualiti rakaman kureng sikit.. aku memang tak pandai shoot video ni..

Comments

comments

Leave a Reply