Asian Market di Mesa Arizona : Pengubat Rindu Bagi Perantau Dari South East Asia.

Post selingan kejap pasal kehidupan di Arizona. Orang lain pegi overseas cerita pasal Eiffel Tower, Madame Tussauds, Premium Outlet, 5 Star hotel, aku bercerita pasal pasar ikan. Kan. Well, apa nak buat…ini cerita lonely perantau. Selain dari masjid dan makanan Halal, fresh ingredient untuk masakan harian juga merupakan benda yang amat penting bagi mereka (muslim) yang menetap di luar negara. Kalau melancong lain lah. Boleh tahan makan western, seafood, Middle Eastern, vegetarian seminggu dua. Kalau duduk berbulan bulan, mintak maaf. Menggelupur.

masjid-in-arizona

For your information, there are plenty masjid in Arizona. Tapi semuanya bertumpu di bandar besar macam Phoenix, Scottsdale, Chandler, Tempe dan adalah satu dekat tempat aku dan botak tinggal di Mesa ni. Nama dia Masjid Noor dalam 2.5 kilometer jaraknya. So bab makanan halal, halal produce like poultry and beef is no issue here. Restaurant Halal pun melambak. I suggest you to install YELP apps for easy navigation to find Halal Food or any restaurant according to your preferences, NEAR YOU. Apps tu sangat comprehensive, siap gambar menu, Waze or Google Navigation like, food review dan harga makanan all in one place. But as usual, the halal restaurants are mainly middle eastern and Pakistan, which,  my tekak cannot agree. Haha.

Ni nak cerita pasal market kegemaran aku di Arizona , bukan sears, bukan Macy’s, bukan sephora  mahupun Nordstrom. Tapi MEKONG PLAZA

Asian Market in Mesa ArizonaAsian Market in Mesa Arizona

 

 

 

Asian Market in Mesa Arizona

Asian Market in Mesa Arizona

Memang betul kata orang, merantau itu meluaskan pengalaman dan pemahaman. Selama ni aku banyak juga komplen seksanya tinggal dekat Alaska when it comes to food choice for MALAYS. Lain dengan orang melancong, mereka banyak eksyen dengan makanan barat yang tak ada dekat Malaysia yang mereka dapat makan masa melancong.

Ada a few Asian Market in Mesa itself. When I said ‘market’ you can imagine the size is BIG. Bukan tahap kedai runcit Pakistan di UK ya. Pendek kata semuanya ada. Kelapa dah siap parut fresh pun ada tau. Kecuali bunga kantan. Itu pun aku rasa at certain time they have it. Cuma masa aku pergi tu, dia tak ada.

 Asian Market in Mesa ArizonaAsian Market in Mesa ArizonaAsian Market in Mesa ArizonaAsian Market in Mesa ArizonaAsian Market in Mesa Arizona

Asian Market in Mesa Arizona
Puas hati dapat buat kerabu jantung pisang hari tu.

Asian Market in Mesa Arizona

Asian Market in Mesa Arizona
Ada daun pisang lah ok….

Asian Market in Mesa Arizona

Asian Market in Mesa Arizona
Daun limau purut , daun Pandan..
Asian Market in Mesa Arizona
Belacan oi.

Selama ni aku macam kagum la orang Malaysia venture dalam supply Halal Food ke Japan, Korea, China, Australia dan sebagainya. Tapi bila aku lihat betapa gah dan besarnya Asian Market di Arizona, aku rasa orang business orang Vietnam (aku rasa owner dia Vietnam) lagi briliant. Sebab kalau kaji saiz population dekat mana mana tempat, bilangan Asian memang lebih besar dari Muslims. Lepas tu kau tak payah pening nak tanggung dosa kalau penyembelihan dan kebersihan tak ikut syariah. Nak bagi orang confident dengan status Halal bukan senang tau. Tengok saja dekat Malaysia. Nama ‘Hotdog’ pun boleh jadi masalah negara. Haha.

 Asian Market in Mesa Arizona

Satu lagi aku suka dengan dia punya wet area (Seafood, Chicken, Beef). Very systematic and no weird smell. Mula mula tu aku macam Malaysian la kan.. main terjah je tunjuk tunjuk ikan yang aku nak. Tak ada orang layan. Rupanya kena ambik nombor. Bila nombor up, dia akan datang tanya nak ikan apa. Tunjuk ikan dan berapa ekor nak. Kalau minta mereka siang, dapat satu lagi tiket untuk collection ikan yang dibersihkan. Pekerja bahagian siang ikan sahaja pun ramai. Mereka juga menawarkan frying service bagi ikan ikan yang kau beli. Best gila. Aku ada nampak ikan kembung dan selar kuning. Tapi aku takut nak ambik sebab nampak macam dah tak fresh. Mungkin distance nak bawak ikan tu kan. So aku pilih ikan dari Hawaii.

 asian-market-in-mesa-arizona019Asian Market in Mesa ArizonaAsian Market in Mesa Arizona

Ah, satu lagi. Kalau rasa macam nak cari kerja di USA, bagi mereka yang tak ada kelulusan hebat, aku suggest kau apply la dekat any Asian Market yang ada melata di USA ni. Mereka sentiasa ada opening. Apply direct, tak perlu agent macam kes di Australia tu. Haha. Dan employer di USA sangat patuh dengan penggajian minimum wage. Relax je aku tengok kerja dia. Masa aku pergi sana pun, memang pekerja dia semua Asian. Ini salah satu contoh job opening yang ada di Mekong Plaza buat masa sekarang. http://www.mekongplaza.com/job-opportunities.html

Bab Visa working permit tu, sila research sendiri ya. Kalau aku bentangkan cara canya di sini, baik aku bukak agency pekerjaan kutip commission dari korang.

So aku harap, cerita aku pasal payah nak cari makan selera Melayu di Alaska tidaklah memberi gambaran secara menyeluruh tehadap food choice di seluruh USA. Sebab, since I moved to Arizona, the problem on getting my hands on fresh ingredients mainly for Malay cooking is a breeze. Perasan kan aku dah tak mengada dekat Facebook pasal makanan melayu kan. Hahaha.

Asian Market in Mesa Arizona
Sempat melepas rindu minum Durian Smoothie. Laku gila kedai ni. Manjang je ada oang masuk beli smoothie dia.

Terdapat beberapa restaurant dan Asian cafe di Mekong Plaza ni. Kedai salon rambut, Thai massage, macam shopping mall lah kiranya.

Cuma restoran authentic MELAYU cooking memang tak wujud lagi di Arizona. Tapi kalau Thai, Vietnam, Korean, Japanese, Chinese memang berlambak.. Sama banyak dengan bilangan Mc Donald’s outlet aku rasa. Cuma you have to be careful since they served pork. So pada sesiapa teringin nak venture business culinary masakan Melayu di USA, I must tell you, this is a very good opportunity to try since fresh ingredients are available nearby. People here will love it.

8367150290_f64071bebb_o3

Mesa, Arizona

Comments

comments

8 Comments

  1. Hailey Kamal on Facebook

    December 1, 2016 at 11:43 pm

    Another best article. Akak jenis klu gi melancong memang tempat paling suka akak pergi ialah wet Market dan juga explore kawasan mempunyai landskap yg indah, am not much of a city girl.okthxbai

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      December 1, 2016 at 11:43 pm

      Hehe..tenkiu. Sama lah kita..level level makcik.. hahaha

  2. Zulaikha Zullkefeli on Facebook

    December 2, 2016 at 1:01 am

    santai dan informative..first time baca your blog.akan baca lagi hehe

  3. Carissa Lai on Facebook

    December 2, 2016 at 4:38 am

    bleh buat asam pedas kak ada daun kesum kat market tu..nampaknya

  4. Nurul Haslin Zainal Abidin on Facebook

    December 2, 2016 at 6:54 am

    Marvellous tgk matket tu.teringat zaman dok manchester.china town ☺️ sakan sopink brg dapo

Leave a Reply to Nurul Haslin Zainal Abidin on Facebook Cancel