Athena Sophia Turns ONE.

Alhamdulillah… Athena Sophia survived her parents’ first year. Haha..Actually aku yang kena berterima kasih banyak pada Athena Sophia kerana dia yang memainkan peranan besar dalam mempermudahkan kerja aku sebagai ibu yang punyai ilmu parenting yang amat sedikit, cuma berbekalkan bacaan dan pemerhatian keatas ibu bapa lain. Aku dan botak hanya menjalankan tugas basic seperti bagi makanan yang berkhasiat, tukar lampin banyak kali dalam sehari, mandikan, pakaikan baju, bawa berjalan jalan serta ajar berkomunikasi. Selebihnya, adalah dari Athena Sophia sendiri.

Macam ibu ibu yang lain, aku tak nafikan betapa gediknya excited nya aku nak menyambut ulang tahun kelahiran pertama untuk anak yang pertama. Well, sebenarnya aku cuba adakan sesuatu yang aku tak pernah merasa dalam hidup aku. Kepincangan keluarga aku menghalang aku merasa birthday di rai, apatah lagi nak merasa kek serta terima hadiah berwarna warni. Seingat aku, aku meraikan hari lahir aku secara official adalah pada usia aku yang ke 17 tahun. Pun aku arrange sendiri, jemput rakan rakan sekelas. Itu lah sambutan hari lahir aku yang pertama.

Tapi sambutan tak lah besar besaran. Kerana takkan ada satu detik pun peristiwa ini akan di hinggap di memori Athena Sophia. Tapi akan aku tunjukkan koleksi gambar yang aku rakam padanya nanti sebagai bukti.

Segalanya DIY. Dari hiasan hinggalah kek. Budget pun ala kadar sahaja. Sebab aku punya plan hanya ingin merakam moment “smash cake”.

It was my whole life dream to be able to bake and decorate a cake for family members. Aku hampir nak sign up kelas cake decorating hanya untuk birthday Athena Sophia. Sungguh! Tapi sebulan sebelum aku balik ke USA, kedai tu tak buat kelas pulak. Haih.. hanya youtube dan Pinterest jadi guru aku seperti biasa. Terima kasih pada mereka yang share knowledge and how to’s di social media. Macam air pahala korang share ilmu ilmu begini. Ilmu diguna pakai pula tu. Tapi ramai orang tak nampak.

Kebetulan di USA ni, barang barang kelengkapan dekorasi DIY memang bersepah dan murah. Ideanya aku cedok dari Pinterest.

Jemputan hanya lah 4 orang. Sahabat karib botak dan dua pupu Athena bersama ayahnya. Selebihnya adalah atuk nenek Athena Sophia, Mak cik dia 2 orang. Tapi memang plan aku dengan botak, kalau di Malaysia sekalipun, mungkin hanya aku, botak dan kek semata. Sebab kami betul betul nak spend quality time untuk first birthday yang pertama ni. Smash cake je pun… 

with uncle Josh, Mike’s best friend.

Cut thing short, Athena Sophia refused to smash her cake. 2 kali percubaan failed, Siap bagi dia take nap dulu… bangun balik, pun tak mau. Time ada orang ramai, time tak ada orang ramai, pun tak mahu. Paling paling pun, dia ambik candle saja. Tak tahu lah dia ni memang anak yang sopan, atau dia jenis memang tak suka certain texsture melekit pada tangan dia. Penat aku hias kek dia sampai pukul 4 pagi (aku start midnight, tunggu semua orang tidur) tapi dia tak nak sentuh pun. Huwaaaaaaa….

Anyway, aku surprise dengan hadiah yang dia dapat. Dalam berapa kerat saja orang yang ada, rupanya style orang sini, beli hadiah 10 barang sorang. Aku beli satu saja hadiah dekat Athena. Bapak dia beli dekat sepuluh – Buku dan baju baju. Mak cik, nenek, kawan botak bagi toys, alat mandi, selimut, macam macam style baju sampai aku tanya “you guys bought these clothes for her until age 18 or what? These are a lot!” Depa semua gelak dekat aku.

Dari masa pasang deko sampai lah ke esoknya, tak berusik. Ingat saja la bagi dia ragut, kecahkan dekoration tu sebab party dia kan. Sopan sungguh. Ahli keluarga yang tahu betapa aku berjaga malam siapkan kek semua bagi ucapan simpati dekat since it didnt went as planned. hahhaha Kesian kan dekat aku? Itu lah… kita rancang rancang je.. yang tentukan, gerakkan hati seseorang tu hanyalah Dia.

Patung kuda saiz manusia tu pun mak cik dia bagi. Aku pening nak fikir kalau pindah randah, patung tu saja dah makan separuh kereta. Haiyaaaaa.

Mana gambar dengan mommy dan daddy? Hahahhaha tak ada oi.. lupa langsung. Gabra kut. Belum anak menikah lagi. Pengsan tergolek gamaknya. Emosi sangat…biasalah…dah tua nak menopos baru dapat anak.

Anyway, terima kasih di atas doa dan ucapan korang pada Athena Sophia di Instagram dan Facebook. Actually aku ada satu request, kalau korang free, korang boleh lah tulis EMAIL ucapan dan nasihat pada Athena Sophia di athenasophiagoodwin@gmail.com sebagai hadiah. Aku akan simpan dan bagi dia bukak baca pada ulang tahun dia ke 18. Tak kira lah bahasa melayu atau Inggeris. Sebab Athena Sophia akan tahu bertutur bahasa Melayu. Itu janji aku dengan ahli keluarga aku belah Melayu. Aku harap, apa yang korang tulis pada dia, akan membantu dia tengah krisis identity atau kekeliruan kemahuan dia di alam remaja.

So… Yea. Happy Birthday my darling, Athena Sophia. You are the greatest gift to me.

Comments

comments

Leave a Reply