Athena Sophia’s First Pumpkin Patch

Pumpkin Patch ni maksudnya Pumpkin Garden. Kebun Labu. Mesti korang tertanya tanya, kenapa ‘patch’? Kalau korang pernah main Farmville, perasan tak tanah plot empat segi untuk menanam tanaman? Itu la patch. Sebab dekat sini memang kebun mereka berpetak petak. Gitu.

View this post on Instagram

So many pumpkin. So little time!! Athena Sophia first pumpkin patch visit at Reno, NV. Mommy got a bunch of pictures for her next album prints! #athenasophia #justbaby #babygirl #memories #moments #usa #roadtrip #travel #outdoor #out #sightseeing #jalanjalan #igers #bloggermalaysia #bloggers #malaysianblogger #blogger #pumpkinpatch #pumpkin #nevada #nv #play

A post shared by Normi Kahar (@normikahar) on

Pumpkin patch visit ni bukan sepanjang tahun ada. Ianya bermusim. Tanamannya start pada Summer dan berakhir at the end of Fall. Masa semua dedaunan bertukar kuning. Bagi aku, macam sale clearance lah untuk labu labu yang ada sebelum masuk musim sejuk. Ianya menjadi satu adat bagi keluarga di barat untuk bawak anak anak mereka yang masih kecil ke kebun labu. Untuk pilih labu sebagai hiasan, aktiviti carving untuk Halloween dan masakan pie semasa Thanksgiving. Tapi kalau tak beli pun, Pumpkin Patch ni ibaratnya macam tapak Fun Fair lah kalau di Malaysia. Cuma ianya mengekalkan permainan tradisi seperti Corn Maze (cari jalan keluar dari kebun jagung), tractor ride dan bouncing castle. Alah, kira fun fair orang kampung kampung lah senang cerita.

Memandangkan Athena Sophia separuh Melayu, separuh American, aku rasa tak salah untuk perkenalkan acara tahunan bangsa keturunan sebelah bapak dia. Tak ada acara ritual pun. Just seronok seronok bagi dia berkubang dalam pasir kebun. Lagipun sepanjang road trip kami, ini sajalah tempat yang betul betul untuk budak kecik macam dia. Lagi pun aku suka tengok warna labu perlbagai tona dan saiz. Cute sangat.

Masa aku mengandungkan Athena Sophia, kami pernah pergi pameran labu di Carefree, Arizona. BACA SINI. Masa tu aku tengok ramai ibu bapa bawak anak anak mereka tangkap gambar dekat situ. So aku cakap dekat Mike, once Athena Sophia balik USA, it is a must for her to have Pumpkin Patch visit and a photo album!

Dalam roadtrip kami dari Oregon ke Nevada, kami singgah di Pumpkin Patch di Reno (Nevada). Nama Pumpkin patch ini ialah Ferrari Farm. Kenapa Ferrari, aku pun tak tahu. Tapi kalau korang datang melancong ke USA bulan OKTOBER, korang bolehlah masukkan Pumpkin Patch visit ini dalam itinerary. Pumpkin Patch di California lagi grand, banyak aktiviti (face painting, coloring, pumpkin carving) dan cantik sebenarnya. Dan ramai artis Hollywood bawak anak mereka ke sana. 

Apa apa pun, memang cantik lah gambar kalau ambik dekat Pumpkin Patch walau kebunnya nan hado. Lagi lagi waktu matahari terik, memang tak payah edit langsung gambar gambar ni semua. Oh, untuk mereka yang bertanya, aku pakai Samsung Galaxy Note FE (Fan Edition) dah dekat setahun untuk semua gambar di Instagram dan Blog ni.

Macam biasa, ada video aku uploadkan di Youtube dan aku embedkan di penghujung post.

All in all, Pumpkin Patch ni memang untuk budak budak. Mak bapak ada gambar sekeping dua cukup lah kan. Haha.

The End. 

Comments

comments

Leave a Reply