Bagaimana Untuk Dapatkan Premium Apps Dalam Google Play Store Secara PERCUMA

Kadang kadang benda free ni bosan. Bosan sebab banyak function tak boleh guna. Bagi free macam tak ikhlas je depa ni. Pengalaman aku sendiri, aku memang hantu apps untuk Photo dan Video editing. Yang bengangnya, apps gempak gempak mesti tak boleh remove watermark dia dan sangat limited kegunaannya. Dan yang paling menyampah, kena tengok iklan sana sini sebelum dapat guna sesatu function.

Sekarang aku nak share bagaimana untuk dapatkan Premium Version apps yang best best tu tanpa perlu caj kredit kad korang. Tak perlu spend banyak masa pun.

Kepada android users, korang boleh download Google Opinion Rewards apps. Di mana, pandangan anda dibayar. Kau tak perlu menaip reka ayat apa pun. Semuanya dalam bentuk multiple choices answer. Aku tak ada rancangan jahat disebalik perkongsian ini ok. Aku tak dapat sesen pun. No referral code ke apa lah. Aku ikhlas je share.

Tapi first, kau kena ada Google Akaun. Kalau kau ada gmail akaun, maksudnya kau ada google akaun la tu. Lepas kau download, takkan ada benda yang mintak nombor akaun kau atau apa apa sahaja information yang sensitif. Sebab duit yang kau dapat dari apps ni, kau hanya boleh pakai dekat Google Play Store sahaja.

Kau hanya akan dapat SATU soalan sehari. Setiap soalan berlainan harga bayaran yang kau dapat. Dan setiap soalan hanya ambik masa kurang dari SATU minit untuk kau jawab.

Setakat ni bayaran paling tinggi yang aku dapat untuk satu soalan ialah 0.55 cents (in USD tau). Berikut adalah jumlah terkumpul yang aku dapat sejak join apps ni 29 March 2018.

So itu je lah. Selamat memberi review dan enjoy membeli apps, games, bahan bacaan yang best best di Google Play!

Comments

comments

Leave a Reply