Bagaimana untuk Youtube Secara Selamat Untuk Anak Anak.

Salam July. Diam tak diam, Athena Sophia dah 3 bulan. Dengar suara dia membebel sorang sorang dengan tangan Montel dia, sesekali dia ketawa mengekek, buat aku hilang sunyi dan hilang penat.

 

Aku masih lagi dalam kategori ibu newbie. Apa pun tak tahu Kalau nak banding dengan mak Mak lain. Jadi aku Cuba stay away dari kongsi tips or advise pasal anak. Cuma bab YouTube ni, aku agak arif tentang penggunannya way before aku ada anak or menikah. So, jangan pulak charge aku tunjuk pandai on how raising a child. My own child, maybe. Your child, aku tak masuk campur. Tapi sekadar kongsi knowledge aku dalam penggunaan YouTube. Aku Memang ada akaun YouTube & koleksi video yang aku upload sendiri dah lama Sebelum korang semua ada anak lagi ya. Hahaha. So ini bukan lah 100% parenting tips.

 

Aku masih terkejut masih ada post viral pasal Mak Mak meroyan anak mereka Terlepas belajar benda tak elok dekat YouTube. Tahun 2017 dah nak habis kut.

 

Sebab pada aku, seseorang Itu kena tahu benda yang nak di bagi pada anak. Bukan main bagi saja. Kalau tak tahu Tapi nak bagi juga, at least Google la sikit ‘how to’ dia. Tak pasal pasal benda ciptaan kapir yahudi di persalahkan Padahal banyak manfaatnya Kalau guna dengan ilmu pengetahuan.

 

Untuk anak anak kecil, memang tanggungjawab ibu bapa untuk pilih apa yang nak di bagi pada anak. Kalau kau boleh pilih susu, lampin, makanan terbaik sahaja untuk anak kau, kenapa tidak rancangan dekat YouTube? Main Tala play sahaja saja semua. Pilih, asing kan lah. Sama saja konsep dia macam pilih makanan untuk dia. Tak tahu lah aku Kalau kau jenis bagi je semua anak kau makan apa yang kau makan Sejak dia umur 3 bulan, jadi tak salah la Kalau budak tu tertengok porn dekat YouTube. Hahaha. So Jangan salahkan YouTube. Teknologi dah ada, kau tu kena pandai memanfaatkannya. Jangan tahu nak salahkan Teknologi je.

 

Aku cukup tak setuju mak bapak Biar kan anak dengan android BERINTERNET. Kenapa mesti bagi budak budak line internet? Unless kau Memang tahu macamana nak pantau dan sekat, ada curfew hours bila untuk dia layari internet, duduk sebelah dia, guide dia, Itu lain lah. Tapi bagi aku, kanak kanak bawah umur 16 tahun tak patut diberi kemewahan data internet.

 

Kau tahu tak YouTube boleh di play secara OFFLINE?

 

1. Mula mula kau bukak akaun dengan YouTube. Alah, Kalau kau ada Gmail, Maksudnya, memang kau boleh ada akaun YouTube lah.

2. Lepas tu kau search la video apa yang kau nak bagi anak kau tonton. Kau tonton dulu, tengok isi kandungan dia Sesuai ke tak. Lepas kau rasa OK, kau klik button ‘save’ macam aku circle dekat gambar ni.

3. Untuk check balik koleksi kau klik dekat folder library macam dalam gambar.

4. Off data dan dah boleh bagi anak kau tonton sampai lebam Kalau kau jenis pemalas nak attend anak. List tu akan autoplay sama macam masa dia online. Tapi aku saran kan Kau dudukla sebelah anak Kau, nyanyi sama sama dengan dia.

 

Cara ni bukan saja save data phone kau. Malah save tak payah beria Beli device USB drive semua untuk koleksi video. Tapi setiap kali kau nak masuk folder library to play offline video, kau kena online dulu. Once dah masuk dekat list, boleh off data.

 

Dulu aku against bagi gadget untuk budak budak secara total. Tapi bila aku ada anak, aku rasa knowledge aku tak cukup power untuk feed anak aku at early stage especially bab language. Aku tak tahu banyak bahasa. Just English dan bahasa melayu. Kami suami isteri bercadang untuk dedah kan dia dengan pelbagai bahasa Sejak awal lagi. So, untuk permulaan, memang terpaksa guna android jugak. Tapi just 1 hour belah Pagi. Aku akan pasang basic French lesson untuk Athena Sophia dengar sambil uli kunyah tangan dia sendiri. Dengan aku aku sekali pun dah tau warna, nombor, buah buahan dalam bahasa Perancis tahu? Hahaha. Next boleh lah dedah kan dengan  bahasa bahasa lain seperti Mandarin, Russia, German, Spanish serta pelbagai lagi. Esok kau nampak aku maki orang dalam bahasa German, jangan surprise lah ya.

 

P/S: bukan semua video boleh di save /tonton offline ya. Especially VEVO punya, sorry. Mana la tahu kau guna knowledge yang aku bagi nak nak save lagu Justin Bieber pulak kan. Orang suruh save untuk anak, kau pulak sibuk dengan lagu kau.

 

Semoga bermanfaat.

Comments

comments

Leave a Reply

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com