Bali Revisited – Our Very First Family Trip (Part 1)

Salam November. Sekejap sahaja dah berlalu 2017. Athena Sophia pun dah 7 bulan usianya. Dah merangkak dan tak berhenti membebel.

Sempena aku melahirkan dan membesarkan Athena Sophia  for the 1st six months tanpa ditemani Botak, Botak tanya aku mana aku nak bercuti rehat. It is a vacation for me. Just for ME. So I can choose where I wanted to go. Jadi aku fikir punya fikir, aku pilih Bali. So we went to Bali for 8 days. LOL. 8 Days in Bali. Kami ke Bali sehari selepas majlis Akikah Athena Sophia. Penat urus kenduri pun tak habis lagi.

Ramai yang tanya. Kenapa Bali? Takkan lah dah travel sampai Mexico, pilih Bali saja? Lepas tu ramai juga tanya selamat ke? Sebab masa kami pegi tu, Mount Agung tengah red alert, penduduk setempat dipindahkan semua. 

Ala korang ni. Aku ni Isteri Mithali. Walau Botak tak kenakan syarat di mana dan berapa lama, aku tetap kena consider duit simpanan dia nak pakai lama. Lagipun Botak belum pernah sampai ke Bali. Plus, spa and what not body treatment is cheaper in Bali. So, those are few factors why I choose Bali instead of Maldives. Untung kan Botak dapat bini macam aku? Regarding Mount Agung, it was located 75km away from Airport and Seminyak. So, it was safe.

Aku pernah ke Bali waktu muda single miang dulu dengan kawan kawan ketawa aku. Post dulu boleh baca dekat SINI dan SINI. Jangan terkejut la bila tengok post lama aku. Dulu memang hobi aku pakai baju tak cukup kain. Dan baru aku perasan aku tak pernah habiskan post travel aku ke Bali hampir 8 tahun yang lalu. Padahal pegi 3 hari 2 malam saja kut. Berapa kerat sangat la ceritanya. Aku harap aku habiskan post Bali kali ni ke titisan yang terakhir.

Cuma satu sahaja yang aku boleh cakap. Beza sangat Travel masa single miang muda dengan family trip with 6 months old infant. Hilang semua kegedikan, fokus untuk ambik gambar cantik cantik pun dah tak ada. Segalanya kelihatan bagaikan hambar. Kalau dulu mata aku ni nampak angle details yang orang lain tak kisah nak shoot. Tapi sekarang, mata aku hanya pada Athena Sophia.

Selain dari Trip ke Bali ni Vacation untuk diri aku, actually is a first trip, naik kapal terbang bagi Athena Sophia. So kami excited jugalah nak rasa pengalaman fly dengan anak kecil. Nervous juga kalau dia melalak satu kapal terbang ke apa kan. But, flying hours from KL to Bali is just 3 hours long. Dan Alhamdulillah. Athena Sophia tidur setiap kali kapal terbang nak take off and landed, both ways. Macam tahu tahu saja dia.

Athena Sophia Tidur masa take off from KLIA2
Tidur masa nak take off from Ngurah Rai Airport balik ke KL

So, Athena Sophia is an easy fuss free baby is not a myth. She is very easy fuss free baby indeed.

Masa packing luggage, isi barang Athena Sophia dulu. Diapers dia, botol susu dia, Susu dia, makanan dia, baju baju dia. Separuh luggage besar saiz XL, Athena Sophia punya barang. Mommy kongsi dengan daddy separuh compartment lagi. Sepanjang di Bali, kami semua dah balik ke hotel penginapan seawal 6 petang. Cuma adalah sekali tu keluar malam makan seafood di Jimbaran yang boleh aku katakan ‘hampeh’ belaka standardnya. Seafood di Port Klang lagi best aku rasa. Macam boring kan trip aku kali ni. Bukan macam lagi dah. Memang boring. Hahahaha.

8 tahun lalu aku cukup jatuh cinta dengan Bali. Walau airportnya pada masa dulu macam reban ayam. Sekarang Airportnya cantik banget. Setanding KLIA. Tapi satu yang aku perasan, satu pulau Bali ni, baik shopping malls mahupun Airportnya, tak ada baby room ok. Seksa ya amat bila nak tukar lampin Athena Sophia.

Athena Sophia sambung tidur atas kereta setiba kami di Bali.

Harga Tour, makanan dan liburan di Bali pun dah standard Kuala Lumpur. Road traffic ala Jakarta.

Selama 8 hari di Bali, kami pilih untuk stay di Seminyak Beach for 4 days and another 4 days at Jimbaran Beach. We also rented a car (Toyota Xenia) throughout our stay.

Pesan aku, kalau nak berehat rehat di Bali, Jangan lah stay area Kuta, Seminyak atau Pantai di Jimbaran. Sila stay di area Tanjung Benoa atau Nusa Dua. Kami rasa sangat ralat sebab hotel yang kami ambik di Seminyak dan Jimbaran room rate nya lebih kurang dengan Novotel di Nusa Dua. Dan di Bali, janganlah pandai pandai nak drive sendiri. Short distance within 30 kilometers can take up to 2 hours drive. That’s how bad Bali traffic is. Plus, we didn’t aware that the car that we book was manual transmission. Both of us haven’t drive on stick for like 10 years. Nak tukar ke Auto, mahal la pulak jadinya. Jadi makin stress bila pandu kereta di Bali ni. Siap gaduh laki bini dalam kereta. Tiba tiba aku rasa traffic jem dan pemandu di Cheras KL tu lagi berhemah rasanya.

Above paragraph has sum up enough our Bali Family Trip as a whole. Tapi, tak apa lah, since aku dah ambik banyak gambar, aku cerita jugak lah.

.

.

HARI PERTAMA


First day kami di Bali memang relax di hotel saja. Dah tua tua ni, 3 hours flight plus early morning trip to KLIA2 amat memenatkan. Sampai hotel saja kami bertiga tidur kepenatan. Makan minum pun  dalam hotel saja. Well, as a residence you are entitled 15% discount on food and beverage. Kebersihan pun tak diragui sangat.

Sunset view from restaurant deck

Makan makan di Bali pun tak lah murah. Standard KL lah.. Makanan sepinggan (Seafood) around RM 40 – RM70. Sales tax + gst 20% di Bali. Tapi, memandangkan percutian ni untuk aku, jadi aku makan seafood lobster, udang, ketam saja setiap hari. Hahaha.

In Seminyak, We stayed at FuramaXclusive Ocean Beach Resort. Their rooms are fully glass macam aquarium green house effect aircond kena pasang 24 jam. The beach, hhmmmm. Mike geli nak mandi. Kena pulak ada road construction opposite our resort. Memang punah vacation aku cakap kau.

The beach is called double six Bali. Aku rasa more suitable untuk remaja dan hipsters.

So kami just melawat sekali sahaja lah. Ambik gambar dengan sunset sikit sikit. Tak lah sedih sangat pun sebab aku memang tak mandi laut. Cuma kesian dekat Mike la sebab dia bayangkan Bali tu macam Hawaii gitu. Nevertheless, we are still happy to spend time introducing Athena Sophia to the beach.

HARI KEDUA


Next day, kami start our day slow mellow juga. Bali punya panas lit lit membakar. Aku menggedik nak spa urut badan lah kan. Jadi aku pilih Spa Boutique berdekatan. Aku ambik package 4 Jam siap facial, hair cream bath, body lulur mandi bunga KERTAS =.= semua. So Botak spend time dengan Athena Sophia mandi manda di hotel’s swimming pool.

Seperti yang aku katakan… bunga kertas. Kalau mandi bunga cari jodoh pakai bunga ni memang tak dapek la jodoh kau. Hahaha. Mandi bunga ni setahu aku kena bunga yang warna putih dan bau wangi. Kalau bunga kertas ni, bukan untuk aura seri. Ini untuk buang daki pun tak dapat ni.

Aku bayar around 400,000 IDR untuk rawatan 4 jam. (RM 125). Boleh lah… Tapi pesan aku sekali lagi, jangan lah berkira kalau spa sekali sekala. Sila lah ambik yang dalam hotel. Spa treatment service provided by the hotels might be a tad expensive than outside, but it’s worth it. Jadi next Spa Treatment di Jimbaran aku ambik hotel punya.

Athena Sophia dengan Botak main air di tepian kolam. Lupa sekejap Athena Sophia dekat mommy dia kan…So hari kedua memang kami habiskan dekat area hotel juga. Pengalaman memandu dari airport ke hotel pada hari sebelumnya buat kami macam hilang mood to be on the road to explore Bali. Jalan sempit macam lorong belakang kedai plus motorists dia macam piranha. Memang rugi rasanya sewa kereta di Bali ni. Tapi pada sesiapa rasa boleh harungi semua ni, silakan lah. Standard swea kereta di Bali ialah 200,000 IDR (RM63) sehari. Kami tambah baby seat which is additional 50,000 IDR (RM16) sehari.

HARI KETIGA


Kami gagahkan juga. Sebab sampai bila nak lepak hotel saja kan. So pada hari ketiga kami plan untuk visit Waterblow di Nusa Dua. Dalam google map jarak nya hanya lah dalam 17 kilometer saja. Tapi it takes about 1 hour to reach there because of the traffic.

On OUR way ke Nusa Dua, kami lalu GWK (Garuda Wisnu Kencana) Cultural Park. Since I didn’t visit this place 8 years ago, So we decided to stop by. Masa sampai tu, dah lunch time. Lapar sangat. So kami makan makan dulu di restoran called ‘Jendela Restaurant’ located outside the park entrance. Bagi rasa nyaman sikit kan. Dekat luar tu panas terik tak tahu nak cerita.

Jendela Restoran ni view dia agak cantik lah sebab atas bukit. Kena pula dengan muzik tradisional di mainkan secara LIVE mendayu dayu bersama angin yang lalu.

Kami makan ikan bakar bersama sambal apa tah tapi sedap lah juga. Aku memang suka sambal tumis berbawang ni. Adakah ini menjadikan aku makcik bawang? Dalam daun pisang tu ialah nasi putih. Harga makanan dekat sini ok lah. Dalam RM20 – 30 dalam sepinggan.

Masuk GWK ni caj dia 100,000 IDR (RM32) per person. Rate foreigner gitu. Satu perbezaan entrance fee di Asia dan negara barat ialah, di Asia dan Asia Tenggara ni, local & foreigner fee dia beza sangat. Kalau pengalaman aku dekat USA, semua sama saja. Janji manusia. Except dia ada discounted rate untuk Children, Senior Citizen & Military.

Nak masuk dekat sini kena pakai kain sebab ini kiranya holy place dedicated for Lord Vishnu. Then aku nampak banyak tangga, aku dah cuak. Aku memang dah lama tak panjat tangga sama exercise sejak beranakkan Athena Sophia. Stroller confirm tak dapat nak bawak kalau dah tangga tangga gini. So kami simpan stroller baby dekat kaunter kain sarung dan Mike dukung Athena Sophia. Aku menyusul perlahan lahan ala nenek bongkok 3 di belakang. Cungap.

Hanya satu tempat saja kena pakai kain. Lepas tu dah boleh bogel tanggalkan dah. Masa ni serious aku cakap kau. Panas dia, perrrrrr. Kami dah agak risau takut Athena Sophia melalak kepanasan ke apa kan. Tapi dia relax saja. Sengih sengih dekat semua orang yang tak putus putus bagi perhatian dekat dia.

Aku malas nak tulis sejarah pasal Garuda Wisnu Kencana ni. Korang google saja lah apa benda tempat ni.

Aku tak pasti it’s either this place failed to amaze me or, there is nothing amazing as compared to my Athena Sophia. Sebab bagi aku, anugerah yang Tuhan kurniakan bagi aku dapat Athena Sophia kira yang paling miracle dalam hidup aku.

Cuma satu saja aku nak cakap, tempat ni betul betul ingatkan aku pada movie THE MAZE RUNNER. Sapa tengok movie tu mesti agree dengan aku.

Kami tak bawak tripod. Jadi minta orang sekeliling ambikkan gambar kami bertiga sekali sekala. Karang kalau selalu orang menyampah pula.

Tengok la beza gambar yang aku ambik – centered, full view semua.

Bila Botak ambik gambar aku, senget, terpotong segala benda. Aku pasrah. Aku pun dah jadi malas nak dapat gambar yang cantik sebab, stress memikirkan nak drive balik hotel kejap lagi ni.

Asal lepak mana mana, akan ada orang nak bergambar dengan Athena Sophia. Kira bajet artis la si beluncas ni. Aku buat lawak jugak dengan depa ni. Aku cakap, 100,000 rupiah please. Depa gelak besar.

Dekat GWK ni ada live cultural show juga. Ingatkan Athena Sophia menangis takut ke apa kan sebab the music is quite loud and people with masks, strange creature and all weird things that might appear in ones nightmare are all on the stage. Tapi rupanya dia minat pulak. Siap fokus tengok pentas tu macam faham faham je. Sapa follow Facebook aku akan perasan ada live video Athena Sophia masa dekat sini. Actually, aku akan cuba ‘live’ Facebook dari mana mana tempat yang menarik ketika kami kemana mana. Provided data internet murah la ya.

Creating memories for Athena Sophia
Tak berani nak try itik kotor tersebut.

Kami dekat dalam ni for about 2 hours. Kalau masa aku dulu dulu, yang suka pay attention into detail, mahu 4 jam dalam ni. Tapi hari tu panas sangat. Kepala aku dah start berdenyut. Athena Sophia pun dah letih sampai tertidur lepas minum susu.

TIPS: Kalau ke GWK waktu panas tengah hari, sila lepak dalam public toilet nya yang fully aircond dan bersih. Sejukkan diri dekat sana ya. haha.

Memandangkan kami ada anak kecil, pihak GWK ada menyediakan free shuttle untuk transfer kami dari kaunter tiket ke parking lot, to and fro. Athena Sophia punya la letih, dia terus tidur dan tidur je masa kena pangku dalam kereta sampai masuk kereta kami sendiri.

Kesian dia. Train panas panas dulu ya nak. nanti nak menongkah padang pasir di Kaherah, tak la terkejut sangat nanti.

Kami batalkan trip kami ke Nusa Dua sebab rasa macam dah lewat. Dekat Bali ni, malam dia pukul 6pm. Kami takut jalan jem. Kesian dekat baby panas keletihan, jadi kami rancang untuk melawat Nusa Dua bila kami pindah hotel di Jimbaran. Dekat sikit.

Bila dah nak dekat sampai hotel, Athena Sophia dah celik mata. Tersenyum simpul menandakan rehat dah cukup.

HARI KEEMPAT


Kami Tour lagi. Kali ni kami nak ke up north of the island, Iaitu Bedugul. Konon lepas tu dari Bedugul cross pegi  Lake Batur. Total distance will be around 100 kilometers.  Botak surrender tak nak drive. Jadi kami cari driver untuk drive kan kami ke sana. Dapat la sorang. Caj kami 400,000 IDR for the whole trip. Kalau pakai kereta dia 600,000 IDR

Tapi kami start tour agak lewat. Sebab nak dapatkan orang drive kereta agak susah. Semua nak sekali dengan kereta mereka. Sedangkan kami ada kereta sendiri. Lepas lunch baru kami dapat start perjalanan.

Sampai saja ke Bedugul, kami singgah ke Bali Botanical Garden. Taman Botanika yang terbesar di Indonesia terletaknya di tengah tengah kepulauan Bali. Kalau kau tanya aku kenapa aku nak datang sini? Kau mesti gelakkan kan aku lepas ni.

Taman Botanika nya cantik lah juga. Terjaga rapi. dan agak sejuk sebab berada di atas ketinggian 1300 meter dari aras laut. Boleh nampak Tasik Bratan dari Taman ni. Aku terbaca dekat satu website yang katanya di Taman Botanika ni ada ROSE GARDEN. Jadi aku punya la berangan yang rose garden nya ala ala dekat Eropah gitu kan. Hahahahha. Berusaha kami mencari.

Bila dah jumpa, ini lah dia rupa Rose Garden in Bali Botanical Garden, Bedugul. Ada lah 5 kuntum bunga rose. Aku rasa macam nak balik KL pegi Kaison tengok bunga plastik lagi berbaloi. Masa tu macam malu sangat dekat Botak. Sebab aku beria ia nak ke Bedugul ni sebab nak tengok Rose Garden ni.

Bila aku cerita balik dekat dia masa dekat hotel, Botak siap boleh tanya aku. Wait, did we went to the Rose Garden? Aku cakap – Yea, you don’t remember? Aku pun ambik kamera tunjuk balik dekat dia.

He was like – I thought it is some kind of dead plants showcase. Tak perasan pun taman bunga rose.

Dekat Botanical garden ni ada berbelas section. Cactus lah, buluh la apa la. Tapi aku just pusing dengan kereta tengok ikut tingkap saja. Memandangkan aku pernah duduk Arizona, memang segala cactus dalam dunia ni aku dah tak heran. Sebab bapak segala cactus semua aku dah tengok dekat Arizona sana. Cuma aku ada la stop dekat the famous Giant Ficus Tree ni. Katanya paling besar dekat sini. Aku tengok banyak la juga kereta stop sini ambik gambar dengan pokok ni.

Again, when you have already seen giant Redwood Tree in California, this giant ficus tree is just another big tree to you.

Tapi ada la juga kami bergambar dengan pokok tu.

Lepas tu driver kami, Kadek, offer untuk ambik gambar kami sekeluarga. Hhhmmm tak sangka Pak Kadek ni mempunyai skill terpendam fotographer stail ambik gambar celah celah daun dan pokok. Sendu kami menahan gelak masa dia duduk tercongok congok macam intai orang projek dalam hutan untuk tangkap gambar kami. So we played along and pose like it was a paid outdoor photoshoot.

100 markah untuk effort aku bagi pada Pak Kadek.
Ini lah dia Pak Kadek. Driver kami. Suka benar dia pada Athena Sophia. Tolong baby sit kan Athena Sophia bila kami makan makan. Bila aku tanya dia, anak ada berapa orang? jawabnya ‘1’. Dah 10 tahun usianya. So aku faham. Mesti dia rindu nak dukung baby kecil.

View of Lake Bratan from Bali Botanical Garden, Bedugul

Lepas tu kami buang masa jalan jalan dalam hutan sekitar. Agak cantik juga pemandangannya. Tapi aku dah lost interest nak baring ambik gambar stail dulu dulu.

Next, kami singgah di Pura Ulun Danu Bratan, di Tasik Bratan. Dulu aku pernah pergi ke Pura Taman Ayun. Tapi memandangkan kami di Bedugul, jadi kami singgah ke Pura berdekatan. This place is way smaller than Taman Ayun. Nothing much to see.

Even it is small place, ramai juga tourist and group dekat sini. Masa dekat sini la Athena Sophia berak. Punya la payah aku nak handle. First time masukkan Athena Sophia dalam sinki kecil air sejuk macam peti ais. Meraung beluncas tu kali ni. 


Sekali lagi Athena Sophia jadi celebrity di kalangan pengunjung.

Lepas tu kami teruskan lagi perjalanan ke Lake Batur. Hari dah lewat. Pak Kadek cuba cari jalan shortcut untuk kesana. On the way tu dia stop tunjukkan kami Jambatan Tukad Bangkung, merupakan jambatan tertinggi dan terpanjang di Asia pada satu masa dahulu dan kini sudah berusia mencecah 100 tahun. Walau pun dah lama usianya, jambatan ini masih utuh dan masih mampu menahan gegaran 7 skala ritcher kerana ianya dibina dengan menggunakan sistem Balanced Cantilever. Nak tau apa menatang Balanced Cantilever tu, sila lah google.

Kami teruskan perjalanan dan terlihat juga upaca kuningan di certain temple along the road. Nak tahu juga apa itu kuningan? Sila google. Hahaha.

Masa kami dekat sini, jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Kabus dah tebal. Memang tak sempat lah nak ke Lake Batur. Dah nak malam. So kami teruskan perjalanan yang sepatutnya ke Lake Batur –  balik ke hotel. hampes. Kami sampai hotel around 8pm. Terasa macam sia sia juga. Tapi tak apa lah. Apa nak buat.

Aku rasa dah panjang sangat post ni. Will continue our Day 5 to 8 on the next post ok.

to be continued…

Bali, Indonesia

Comments

comments

Leave a Reply