Berbaju Kelawar di Alaska

Aku sayang Malaysia.

Seperti tertulisnya dalam pepatah – Tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat lahir.

Aku terpanggil untuk keluarkan post ni walaupun aku rasa aku belum layak. Ye lah, aku belum pun sampai setahun tinggal di negara orang, menjalani kehidupan di tanah asing. Aku bukan melancong mahupun bercuti ria. Aku menjalani kehidupan sebagai manusia biasa. Pergi ke tempat mana mereka beli barang keperluan harian, makan apa mereka makan (babi dan benda yang tak sembelih cara kita tu tak de la aku lahap. Pikir tu biar elok sikit nah) dan bergaul dengan rakyat tempatannya yang patuh membayar cukai serta bekerja keras untuk kehidupan yang selesa.

Aku termangu kenapa ramai di antara yang aku kenal, dan yang baru mengenali aku melalui penulisan aku di laman sosial, menganggap aku bongkak dan banyak menghina negara dan bangsa sendiri HANYA KERANA AKU TINGGAL DI NEGARA ASING dan NIKAH MAT SALLEH. Padahal kau sendiri tahu, betapa ramai rakyat Malaysia, menikah dengan bangsa sendiri, bongkak nak mampus bila ada duit dan status. Aku memang tak kisah dengan perbezaan pendapat. Tapi apa yang kau buat is more kepada telahan dan andaian. Pendapat ni masih lagi terbuka kepada perbincangan kau tahu? Tapi telahan dan andaian tu dah lebih kurang macam fitnah.

Pendapat aku mengenai kebenaran. Dan kebenaran itu amat menyakitkan. Truth hurts kata orang putih. Aku dah lama tinggalkan bualan tentang hikayat. Sekarang masa berbicara tentang hakikat. Aku tahu, bangsa Malaysia masih tebal dengan didikan dalam menyampaikan ayat dan hasrat. “Cakap biar berlapik” kata kau. Tapi tahukah kau, budaya cakap berlapik ini lah membuatkan banyak maksud mesej kau tak sampai. Jangan pulak kau keliru dengan cakap TANPA berlapik dengan AYAT KURANG AJAR. Kau jangan nak bincang dengan aku pasal kurang ajarnya cakap tanpa berlapik kalau kau, setiap hari, dengan senang hati, membabikan, menjilakekan, membugimakan, mengkapirkan orang depan belakang, online dan offline. Lagipun, aku tak rasa budak bawah umur 10 tahun baca ayat ayat aku di laman sosial. Kalau korang terasa hati dengan pendapat aku, aku tak rasa aku perlu minta maaf pun. Sebab memang hakikatnya minda, pengalaman, latarbelakang setiap manusia tak sama. Kau kena ingat yang aku tak lah sebangang yang kau sangka dengan menganggap semua rakyat dan negara Malaysia tak bagus. Tapi sebagus bagus orang dan situasi, there is always room for improvement. Allah sahaja yang perfect. Jadi, berdosakah aku bila pandangan aku korang tak boleh terima. Ada aku paksa kau setuju terima pandangan aku?

Aku bukan datang dari keluarga yang kaya. Dan aku pun bukan lah kaya. Tapi aku bersyukur aturan hidup aku memberi aku peluang dapat merasai pengalaman tinggal di negara orang. Tak sampai setahun aku di perantauan, banyak aku belajar dan minda aku di jentik jentik untuk membuat perbandingan. Perbandingan yang aku buat masih lagi pakai formula apple to apple, orange to orange. Tapi bukan aku banding pasal mesin basuh kat sini lagi hebat dari mesin basuh dekat Malaysia. Aku bandingkan tentang cara hidup. Cara kencing di toilet awam, cara pembuangan sampah, cara disiplin bila berkerja dan kejujuran dalam berniaga. Kau jangan nak sembang cakap – jangan bandingkan Malaysia dengan Negara Barat. Kata kau “Malaysia baru 58 tahun merdeka”. Kau tu sebenarnya pengkhianat bangsa dan negara kerana memperlekehkan kebolehan mempelajari, adaptasi bangsa dan negara kau sendiri kearah kebaikan. Kau tu perosak bangsa dan negara bila kau cuba menutup kebenaran pahit yang diutara. Kau selesa dengan keadaan kau tanpa memikirkan kedudukan orang lain yang mungkin mati hidup balik tak mampu merasa apa yang kau rasa. Habis tu kena tunggu 1000 tahun merdeka baru boleh berubah? Tapi kenapa bab menghisap Vape, tarian hip hop, style fesyen, model kereta dan segala maknika gajet kau laju je boleh adapt malah kelihatan lagi maju dan mahir dari penduduk di negara barat? Belum lagi cerita bab ajaran sesat sampai berpuluh ribu pengikut dalam masa yang singkat.

Kalau kau mampu belanja makan tengah hari RM30 sepinggan dan melancong ke negara luar duduk hotel 5 bintang atau duduk dengan sedara mara kau yang kaya di oversea, aku rasa kau tak payah teruskan bacaan kau kat sini. Dan kau tak perlu komen atau tak perlu setuju dengan aku. Sebab aku pun tak setuju dengan kau lah. Dengan kemampuan kau sebegitu, kau masih meyalak nyalak menyalahkan orang lain bila kau short hujung bulan.

Punya aku kasih dekat tumpah tanah air aku, tak pernah terlintas dibenak aku ni untuk aku lempar passport aku di kedutaan Malaysia di Amerika. Cuba lah contohi semangat orang Indon dan Bangla. Merantau mencari peluang tapi akhir sekali, balik ke tanah air bina rumah yang selesa untuk keluarga. Rumah kayu atau rumah batu aku tak nak ambik tahu. Janji rumah. Bukan rumah sewa, bukan reban. Aku masih bayar kereta Myvi, Insuran perubatan, pinjaman ASB dan rumah apartment kecik aku di Malaysia setiap bulan, seolah aku masih di Malaysia. Apartment kecik 850sqft aku sewakan untuk tampung ansuran bulanan, aku pastikan pokok daun di dalamnya tetap bersiram oleh si penyewa kerana aku masih ingin pulang dan sambung siram pokok tu. Jadi aku tak lah sebangsat yang korang fikirkan, menghina tanah tumpah air aku dan mengagungkan negara asing sampai tak nak balik macam Alvin Tan.

Aku akui belum ada lagi sistem yang perfect dalam dunia ni selain apa yang tertulis dalam kitab Quran. Tapi, tanpa menghafal MAKSUD dalam kitab Quran, tak boleh ambik apa yang kelihatan baik dan menjauhi benda yang kelihatan buruk? Bila aku cakap tentang benda baik yang aku belajar di negara orang, laju je kau sebut benda buruk yang ada di negara orang tu jugak. Ada aku kata aku cedok dan menyebarkan, berkongsi, mengajak korang amalkan benda yang buruk tu? Tapi, korang pernah tak terfikir untuk ubah atau tinggal benda buruk yang korang amalkan di tanah air sendiri tanpa menyalahkan pemimpin sejak dari Tun Husien Onn. Adilkah?

Dan kenapa pemimpin bersikap salah laku, kerana bersesuaian lah dengan korang yang bersikap salah laku. Aku tak pernah dengar lagi bila kau nak ubah sesuatu, kau ubah PUNCAK tertinggi. Sedangkan DASAR tapak itu pun senget benget. Ibaratnya dok gunting PUCUK pokok dan tunggu pucuk elok tumbuh sedangkan AKAR pokok berongga dimakan ulat dan semut. Aku malas nak sembang pasal ni. Nanti kau kata aku macai pencacai cakap macam tak dak akai.

Aku sekadar berkongsi kebaikan dan peluang baik yang aku nampak sepanjang aku di peratauan. Tiada niat untuk menghina apa yang ada di Malaysia tapi berkongsi apa yang positif, semoga satu hari nanti kita semua dapat menikmatinya. Ibaratnya kau berkongsi info restoran sedap di Kuala Ibai. Dari perkongsian info kau tu, berduyun manusia memulakan perjalanan untuk sampai ke restoran tu untuk menikmati kesedapan yang kau dok war warkan itu. Tapi kalau restoran tu makanan macam lahanat, harga bangsat, pun kau war warkan juga sebagai amaran. Kau rasa tak sama ke situasi yang aku cuba sampaikan? Asik asik nampak aku membangsatkan bangsa, negara aku sendiri saja. Atau, kau yang sebenarnya bangsat?

Sekali lagi, ini adalah luahan pendapat aku. Blog aku. Aku seorang opportunist. Aku ambik dan maintain benda yang terbaik saja dalam hidup aku, untuk aku (Mengikut kemampuan aku). Aku tak mintak korang setuju pun. Paling tidak, korang akan kata “tudung pun tak pakai, ada hati nak cakap banyak”

Oh well, aku still sayang Malaysia dan akan sentiasa balik walau penduduknya cakap ayat tersebut dekat aku. Dunia ni luas. Dan aku percaya kepada kebebasan bersuara. Bersuaralah selagi mampu bersuara. Tapi kau jangan sentap bila orang tak setuju dengan kau. Ibarat kau ada kurap, konon tak nak bagi orang tahu. Tapi bila orang cakap pasal kurap, kau pulak marah marah sebab badan berkurap itu adalah kamu.

Matila nakkkkk.

Berbaju kelawar di Alaska

Comments

comments

14 Comments

  1. Ros Aziera Muhamad on Facebook

    December 11, 2015 at 6:38 am

    Lawa plak baju kelawar makcik ni..bunga besar2..nice colour. Nk g mana tuh hehehe

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      December 11, 2015 at 6:49 am

      Murah ni zra beli kat KT. Rm 28 tak silap Hari tu beli. Beli kat kakak kakak ipar sekali.

    2. Ros Aziera Muhamad on Facebook

      December 11, 2015 at 7:04 am

      Oo kat kt..murah jgk tu..kaler lawa..zra suka jgk baju kelawar wat tdo selesa

  2. Zarina Ibrahim on Facebook

    December 11, 2015 at 6:46 am

    Isshhh…jiwa mesia kuat lg…aku duk mesia pun x penah ada baju kelawar

  3. Mazura Ahmad on Facebook

    December 11, 2015 at 7:57 am

    Akak tahan ke sejuk pakai baju kelawar tu kat luo?? Wahh entry kali ni panas betul. Sbb tu gambar pon pakai baju kelawar, bg sejuk sikit. Hihihi

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      December 11, 2015 at 8:25 am

      kat dalam still ada pakai baju tahan panas tu 😀

    2. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      December 11, 2015 at 8:25 am

      kat dalam still ada pakai baju tahan panas tu 😀

  4. Fuziah Kahar on Facebook

    December 11, 2015 at 3:57 pm

    Mai balik sini bila ingt malaysia…

  5. Mira Tamin on Facebook

    December 12, 2015 at 2:12 am

    Mokcik Normi Kahar Goodwin..lawa baju klawar kat alaska ada jual ko..

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      December 12, 2015 at 2:31 am

      Dok aih.. Beli di Kuala ganung maso gi Hari tu..

Leave a Reply

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com