Best ke Duduk Oversea? Cerita Melayu tinggal di Luar Negara part 2.

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE

Aku tahu ramai yang tertanya tanya. Tapi setakat ni, dikalangan kawan kawan aku, semuanya imagine yang best best je. Contohnya;

“Bestnya Mie..cantik sangat Alaska. Beruntungnya kau”
“Mesti kau dah terrer masak masakan western kan?”
“Channel TV dia mesti gempak gempak kan?”
“Wahhh.. hari hari la kau makan fresh salmon.. slim la body kau nanti”

dan bermacam macam lagi.

Tinggal di luar negara, khususnya Alaska, Amerika ni, tak sama macam gambaran yang “travelers” dan “Vacationers” letak kat Instagram atau blog mereka. Pengalaman melancong memang takkan sama dengan menetap sebagai rakyat jelata tempatan. Aku boleh gerenti yang pengalaman melancong tu, selalunya 150% sangat best. Sebabnya, kau tinggal dekat hotel, sarapan pagi kau ada berbelas pilihan. Kau tak payah susah susah nak basuh pinggan lepas kau makan. Lepas tu kau ada driver ataupun pemandu pelancong bawak kau kesana kemari. Kau siap siap bawak baju yang paling best untuk kau pakai tiap tiap hari selama kau kat negara tu. 7 hari kau kat sana, 7 jenis fesyen kau dress up. #OOTD #OOTN waklu gitu. Siap berkaca mata gelap dan bermekap. Kau siap bawak duit ‘shopping’. Kau stop kat restoran fancy fancy lepas tu check in kat Facebook dan Foursquare. Order sepotong kek yang sangat cantik lepas tu kau Instagam kan betapa cantik nya kek yang kau makan di oversea. Paling aku menyampah gambar Makaron Laduree. Kiranya, sapa sapa yang pegi oversea tu kan, dapat makan Laduree, kira hipster sangat. Sebab Malaysia tak ada Laduree. Padahal kau memang tahu kuih bingka ubi 10 kali ganda sedap dari Laduree tu. Kau bercuti. Bila kau balik, kau dapat gaji hujung bulan. Sambung pulak shopping kat Mid Valley dan post gambar ais krim Baskin Robin. Kau melawat negara orang 7 hari, 10 hari, 15 hari. Balik Malaysia je, kondem itu ini sebab negara sendiri tak ada Laduree dan segala apa yang negara luar ada. Betul tak? Aku tau. Sebab aku pun dulu macam tu. Hahahahhaharamjadah.

Tapi kalau bab pemandangan dan gaya hidup luar bandar, Alaska memang agak best. Cuma malamnya tak lah semeriah Bukit Bintang di Kuala Lumpur. Jakel Seksyen 7 Shah Alam tu lagi meriah lah dari sini.

Best ke duduk oversea?

Mai la aku nak cerita ni.

BAB MAKAN
Haaa… orang Melayu Malaysia dengan pemakanan sesedap lobang tekak berpisah tiada. Laki aku yang mat salleh tu pun mengaku yang masakan Malaysia sangat lain dari yang lain. Kata dia, orang Malaysia ambik masakan dari negara sekeliling macam Thailand, Indon, China dan India dan fusionkan jadi satu masakan lain lalu dilabelkan sebagai masakan Malaysia. Dia balik Malaysia kejap kejap pun, tekak dia twist jadi lain, dan dan makanan Restoran Asia kat sini (USA) tak best langsung katanya. Begitulah powernya makanan Malaysia. Macam di mandrem mandrem laki aku dibuatnya. Lelagi kalau balik rumah kakak aku di Slim River. Kakak aku punya masakan, bomoh santau pun surrender tak sanggup nak hantar santau. Sayang, sebab sedap sangat.

Tapi, disebabkan sedap sangat masakan Malaysia ni, aku yang melayu ni pun kadang kadang meyampah dengan Melayu yang ambik pakej travel masa aku kerja dekat Travel Agency dulu. Boleh dia dekat Norway sana SMS aku bengang tak ada nasik dengan gulai kari. Agak agak la.. kau pegi melancong di daerah Scandinavia tu 12 hari saja kut. Takkan lah dalam masa 12 hari tu kau tak tahan nak kena makan nasi dan gulai kari. Aku bab kena seranah dengan Melayu bab pemakanan ni memang tahap jilake. Halal tu memang lah boleh di usahakan. Paling tidak, menu diganti dengan Kosher meals, Kaum Yahudi yang Melayu dok anti sangat tu boleh je makan. (Nasib baik ada Yahudi di merata tempat kannn, mampu la menompang makan). Tapi kalau dah dekat Perth Australia kau nak sambal belacan dengan gulai singgang bagai, baik kau duduk rumah je lah, tak payah keluar negara. Tak pun kau pegi balik hari.

Dekat Alaska ni ada halal grocery store iaitu terletak di area airport Anchorage. Dan Halal Restaurant. yang aku tahu pun ada satu, Capri Restaurant. Memang limited. Aku pulak tinggal dengan mentua di Wasilla, yang mana ambik masa 1 jam jarak drive kereta dari Anchorage. So, selama beberapa bulan ni.. aku memang boleh kira la menu yang aku makan hari hari. Sayur (mentah dan masak), nasik, telur, kentang, ikan, makanan yang diperbuat dari gandum. Menu dia biasa lah, kalau tak goreng, aku buat sup. Eh, panjang jugak listnya. So tak la kebulur. Kadang kadang Mak mertua aku yang sangat baik hati bawak balik sosej dan pre pek daging yang ada tanda ‘Kosher’. Happy dia tunjuk dekat aku yang dia berjaya jumpa barang yang ada tanda tu. Nanti aku cerita pasal mak pak mentua aku ni lain kali. Kalau orang lain bertuah ada kerjaya best, rumah banglo besar dan kereta mewah, aku pula, ada mak pak mentua yang sangat penyayang dan sangat baik hati.

makanan melayu di alaska 5

makanan melayu di Alaska 3

Jadi, bab pemakanan kat sini memang tak ada masalah. Malah, lagi banyak pilihan. Kau cakap je apa penyakit dan amalan diet kau. Penyakit Vegetarian (eh, penyakit ke), Diabetic? Diet Atkins? Low Carb? Semua ada. Aku first first datang sini, ambik masa 20 minit nak pilih susu untuk kopi aku. Susu tak ada lemak, susu rendah lemak, susu berlemak, susu binatang lembu dan kambing, susu kacang almond, susu kacang soya, susu sayur, macam macam susu lah! Cuma susu mak kau je tak ada kat situ.

melayu di alaska

melayu di alaska 1

Tapi dua bulan pertama aku dekat sini aku sengsara kesembelitan. Ye lah, tali perut aku nak adjust dengan barang makan dekat sini bukannya senang.

Melayu di Alaska 3

Bila aku nak beli snek atau coklat ke apa, label bahan bahan sangat jelas. Aku tak faham kenapa di Malaysia, bahan bahan terkandung mesti dilabelkan dalam bentuk bahan ujikaji makmal seperti E71, E275, E888, N1234567890. Aku tak rasa yang penduduk Malaysia rajin ada masa nak kaji apa benda E271 tu sebab orang Melayu Malaysia ada JAKIM yang pegang mohor cop HALAL. Tapi tiba tiba gempar ada babi dalam makanan harian. Dah pakcik tu nak kena selupat kulit, daging, otot, tali perut salin darah bagai (Maklumlah, taubat saja tak cukup katanya. Padahal kalau tak tahu ada babi, tak perlu taubat apa pun. Mahzab apa dia ikut sampai susah benar). Sejak aku dekat sini, baru aku tahu betapa azabnya penduduk Melayu Islam Malaysia dalam menjalani kehidupan harian. Dah la masa solat angkat takbir pun berbelas kali sebab waswas, nak makan minum pun waswas. Belum lagi cerita pasal harga termasuk GST. Azab sungguh…

makanan melayu di Alaska

Cuma, dekat sini aku tak lah nak dapat merasa air asam cicah pari bakar. Aku masak gulai kari hari tu pun.. pahit pulak rasanya. Jadi..bila kau kat sini berbulan bulan lamanya.. bukak Facebook, Instagram.. nampak kawan kawan letak gambar cekodok bilis pun kau rasa jeles macam nak unfriend dia. Sekarang, dah nak dekat bulan puasa, (first time aku puasa di luar negara), walau cuaca kat sini memang advantage la aku tak panas dah dahaga sebab nyaman dan aku tak payah pegi kerja macam korang, tapi dugaan aku lain lah pula. Mau aku menitik air mata tengok member post gambar kuih lauk beli kat bazar ramadhan nanti walau memang aku maklum barang makan di bazaar Ramadhan tu tak lah sedap mana pun. Mahal je lebih). Berdebar debar tunggu Ramadhan 2015 ni, nak rasa azab paparan makanan korang berbuka dekat hotel 5 bintang secara online. Baju raya tak apa lagi. Aku masih boleh order kat website. Siap Carolina Harera lagi.

Korang mesti ingat, Alaska bukannya metropolitan seperti Los Angeles, Miami atau New York mahupun San Francisco yang mana pendatang dari Asia dah sama banyak dengan penduduk Amerika. Dekat bandar bandar yang aku sebut tu memang bersepah kedai runcit Pakistan, Arab, Jepun, Korea dan Cina. Memang senang nak beli barang basah macam asam keping dan bunga kantan. Dekat sini memang ada section ‘Asian Food’ di Walmart ataupun Fred Myer. Tapi sangat limited sebab bilangan orang Asia yang tinggal dekat sini memang tak ramai.

makanan melayu di Alaska 1

Masa aku kat Malaysia, beria sangat pegi makan Sushi King sebab suka nasik dia. Sekarang, padan muka aku. Hari hari kena makan beras Jepun melekit ni sebab ini je yang aku jumpa. Nak dapat Basmathi memang jangan harap lah.

makanan melayu di Alaska 2

Ada sekali tu aku dan Mike pegi try makan dekat restoran Thai dekat sini. Kebulur tomyam lah katakan. Sikit lagi aku macam nak meroyan buat perangai nak beli tiket balik Malaysia sebab rindu Tomyam. Gelabah laki aku dibuatnya. Nasib baiklah dia tu memang penyabar tapi dia ada buat pengakuan ikhlas, kata yang aku kadang kadang beyond insane bila tak kena cara. Kau tahu berapa harga tomyam semangkuk kat sini? USD20. Tapi rasa dia macam air sirap bandung. Menyirap darah aku tengok bil sampai dengan rasa makanan yang langsung tak sedap tu. Adalah dalam USD50 untuk kami berdua makan. Tiba tiba aku rindu nak makan dekat Foodcourt seksyen 2 Shah Alam yang banyak tikus tu.

Tapi, seperti yang aku katakan tadi, kalau korang bertuah ada kerjaya best, rumah banglo dan kereta mewah aku ada mak pak mentua yang baik hati DAN SAHABAT SEJATI. Adalah sorang dua kawan yang perihatin dan poskan pelbagai rencah Adabi macam tomyam, sup siam, bihun goreng, serunding ayam dan daging serta ketupat Nona sempena Ramadhan tak lama lagi. Aku tak mintak dan mengarah pun, depa dok kesian dan tanya masa sembang sembang di alam maya, boleh tak nak pos barang barang tu dekat aku. Terharu aku dibuatnya. Nasib keropok lekor dengan ikan jeruk masin tak tahan lama. Itu pun mereka nak pos kat aku.

Mungkin korang tengok betapa bestnya aku dok post gambar makanan kat sini. Pie lah, strawberi besar gajah lah, tapi ia tidaklah memberi sebarang makna jika kau Melayu yang tinggal di perantauan.

Mesti korang mengumpat kata aku mengada ngada la kan. Tapi korang kena ingat, yang student belajar overseas tu bertahun tahun, at least dia ada kawan kawan sesama Malaysia untuk bersembang dan kongsi makanan. Aku kat sini pula hanya ada laki aku yang mat salleh ni dan keluarga dia. Agak agak aku feeling tak dengar lagu raya melalui Youtube 3-4 minggu lagi? Kita tunggu dan lihat lah nanti ya macamana.

Comments

comments

17 Comments

  1. Nidzar Dzulkifli on Facebook

    June 4, 2015 at 11:09 am

    Sedih part makanan tu, apa boleh sy bantu..nak lagi fresh sponsor la tiket flight..airport anchorage..style nama dia

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      June 4, 2015 at 11:12 am

      Kan… kau punya offer pertolongan tu memang bijak dan ikhlas. Maklumlah salesman perbankan…

    2. Nidzar Dzulkifli on Facebook

      June 4, 2015 at 11:17 am

      Takde lah kesian kt husband akak je..mcm teruk je kena santau dgn makanan malaysia..sy nk guna hashtag ni nnt #solotriptoalaska letup sangat

  2. Shazzy Zainul on Facebook

    June 4, 2015 at 2:14 pm

    sabar la normie. mmg tahu payah nk makan sedap2 skg.

  3. Normi Kahar Goodwin on Facebook

    June 4, 2015 at 2:27 pm

    Baiklah. Tapi nk try jugak buat biskut samprit kegemaran kat sini Shazzy Zainul

  4. Rosliza Abd Rahman on Facebook

    June 4, 2015 at 2:51 pm

    Bkn sambal belacan kak, tp mcari budu vs kuah singgang di perth… mmg peeerrrrrggggghhhh la nk melayan

  5. Normi Kahar Goodwin on Facebook

    June 4, 2015 at 3:03 pm

    Oh lupa… Budu ya Rosliza Abd Rahman.. Mmg akak dok kenang group Perth tu la masa dok tulis blog tu.

  6. Rosliza Abd Rahman on Facebook

    June 4, 2015 at 3:06 pm

    Kalu bab mkn, mmg pening nk lyn nafsu serakah org mlysia… elok bwk bini, suruh je bini masak kt hotel. .. lps tu bwk bekal pack lunch n dinner

  7. Normi Kahar Goodwin on Facebook

    June 4, 2015 at 3:08 pm

    Yang satu lagi tu datuk apa tah..member hassang GI Scandinavia. Tgh mlm buta hassang fwd msj kat akak dari sana bengang pasal tak ada nasik… Masa tu la akak dpt penyakit darah tinggi Rosliza Abd Rahman bila ingat balik…azab betul kerjaya akak dulu.

  8. Rosliza Abd Rahman on Facebook

    June 4, 2015 at 3:10 pm

    Kekekekeke…. stressssss nk melayan…..

  9. Hailey Kamal on Facebook

    June 8, 2015 at 12:12 am

    best baca blog Normi Kahar Goodwin, Selamat Berpuasa Normi Kahar Goodwin; masak menu ringkas2 dah le, kalau rindu kuih2 tempatan, boleh buat cekodok pisang, cekodok pedas (ingredients; boleh letak udang segar/isi ikan tuna ke cthnyer, tepung, garamokthxbai

  10. Normi Kahar Goodwin on Facebook

    June 8, 2015 at 2:32 am

    Thanks kak sue Hailey Kamal. Nanti nomi beli stock minyak masak utk cekodok dan resepi lain. cuz mak mentua ada olive oil je.

    1. Hailey Kamal on Facebook

      June 8, 2015 at 6:15 am

      Oilve oil pun ok-buat lempeng pisang/banana penkek, konpem Mentua suka..hahaha, k.sue klu dpt ni, x mkn nasik dah, kenyang sungguh, tapi klu nak guna minyak lain pun boleh juga :-).

  11. Shar

    September 16, 2015 at 8:13 am

    Haha, melayu ni bab makan mmg mengada.

    1. heartboxx

      September 16, 2015 at 10:54 am

      Kannn… hahah. Taw tak apa.

Leave a Reply