Best ke Duduk Oversea? Cerita Melayu tinggal di Luar Negara part 3

Best ke?

It depends. Tapi mesti ingat that, bila kau naik kapal terbang tu, bukan pergi travel jalan jalan duduk hotel tangkap gambar selfie banyak banyak. Tapi you are going for a longer period of time. It’s like, from reality to another reality. So, memang kau tak dapat la nak tulis kat instagram atau at the back of your mind that your are “back to reality” once kau dah landed.

Idea aku nak tulis post ni came in when I had a simple conversations dengan abang aku. Seminggu sebelum aku fly, aku dah start stress, sakit kepala and had a sleepless night. Abang aku tanya kenapa aku sakit? Aku bagi tahu dia aku stress setiap kali nak mulakan perjalanan yang panjang, especially journey that involves plane ride. Dia gelak dan tanya lagi –

eh, bukan ke nak naik kapal terbang best? Kalau aku la, nak pergi ke satu tempat lain dengan naik kapal terbang, mesti sangat happy.”

So, aku pun terfikir, mesti orang lain selain abang aku pun fikir benda yang sama. Hhhmm.

back in Alaska

To tell you the truth, aku memang torn between the two. Terbang balik Malaysia dari Alaska atau terbang balik Alaska dari KL, both buat aku tak happy. Setiap kali aku nak terbang, I will have this emotional turmoil for about a month before aku betul betul naik plane. Seminggu sebelum tu aku akan nangis je dalam diam atau sebelum tidur. Sebab pertama : fly sorang sorang about 30 + hours campur berbelas jam transit memang sangat tak best. Kedua : Aku memang sedih bila nak tinggal Mike bila aku balik Malaysia sorang. Dan bila aku nak balik Alaska, aku sedih nak tinggal family aku pula. Sebab tu aku tak kalut tayang flight ticket aku di Facebook macam orang lain cerita dia nak fly. Sebab setiap kali aku tengok plane ticket aku, aku jadi mental.

Ketiga : Bila seat kau tepi tingkap, tapi couple (atau suami isteri) yang duduk tepi kau tak bangun bangun untuk stretching atau ke toilet at all. Gila. 20 hours flight depa ni tak rasa nak kencing ke lepas makan minum 2 kali sepanjang penerbangan. Pundi kencing besi ke? Aku pulak memang bila fly, kalau tak ulang alik ke toilet 10 kali memang tak sah. End up, couple tu mula mula suka dekat aku siap tolong angkut cabin luggage aku ke compartment atas kepala tu, jadi menyampah masam muka kat aku siap bebel bebel sebab aku asik mintak excuse nak pegi toilet.

Keempat : Bila kau duduk sebelah orang gemuk atau besar. Peehhh…. Kau memang akan terpenyek ke tingkap selama berapa lama kau atas plane tu. Dia punya besar sampai tak boleh turunkan arm rest. Sebelah kaki dia memang dalam aku punya area. Kiranya, separuh dari kerusi aku, dia duduk. Dia kiranya duduk 1.5 seat. Cramp satu badan kau tahu? Tu belum cerita bila dia tidur menganga dan kentut tak berhenti. Maaf nak tanya, kenapa orang gemuk kuat kentut?

Kelima : Immigration officer harassment. USA imigresen memang macam taik sikit. Memang aku tak nafikan ramai yang ambik peluang nak duduk USA dan cari makan kat sini secara illegal. USA as general, MEMANG BEST. Tapi, bila depa ni bantai secara rawak semua Asian datang ke USA nak rampas kerja orang tempatan, kerja illegal tak bayar cukai and all, itu agak buat aku sakit hati. Tengok passport kau banyak travel, tanya kau kerja apa, start congak kata kau tak mampu buat tu semua. Nak je aku jawab balik, kau tu yang tak mampu. Duduk belakang kaunter mengecop passport orang macam robot. Silap silap, ke Alaska pun kau tak mampu walau kau duduk di California. Time ni kau betul betul kena tough dengan cara depa tanya kau macam kau peminta sedekah, miskin, bahlol & macam macam lagi. Semua ni jadi payah sebab banyak kes so called terrorist attack di bumi USA so semua orang is a suspect. Tapi dari soalan soalan yang dia tanya aku, is more like bengang sebab mereka tak dapat cukai dari aku sebab aku duduk sini tak kerja. Kau tahu apa diorang ni takut sangat? You take out something from their country and did NOT put anything back in. Put IN tu ialah duit dalam bentuk CUKAI. Apa sangat la aku ambik dari negara ni? Ambik gambar ada la.

Kalau aku diberi pilihan, aku nak duduk Malaysia dan Mike able to work and make money in Malaysia. Tapi payah. Sebab tak ada pekerjaan di Malaysia able to pay him sama dengan apa yang dia dapat dekat Alaska unless you are CEO expatriate shit work under oil & gas or something like that. Aku kerja with 15 years experience di KL pun, gaji tak cecah 5K so sebab tu kami buat keputusan yang aku ikut Mike. So kalau kami duduk KL, memang tak balik kampung la si botak tu dengan tangga gaji di Malaysia punya style. Tapi Mike memang suka Malaysia. The food, the weather and the people. The people tu kawan kawan & sedara mara aku la kan. Bukan random peragut, pedophile dan perompak yang melata di jalan raya tu.

Keenam : Paling sedih kau kena balik ke luar negara according to the cheapest flight ticket price. Cerita aku ni takkan terjadi pada orang kaya yang mampu beli tiket first class la kan. Atau macam kerabat sultan dan menteri. Depa ada rumah besar di London atau New York. Naik first class dan shopping je kerjanya tak kira berapa lama duduk overseas. So kalau kau dari dua kerabat tu, kau tak payah la baca belog aku ni. Sebab aku bercerita bagi orang kebanyakan saja.

Botak beli tiket aku balik hari raya kedua, 2.10 pagi. Dimana, pada petang raya pertama tu, aku dah bergerak ke KLIA. Kau bayangkan ni – kau belum lagi sempat berus gigi lepas makan, rasa rendang ayam masakkan mak kau masih terasa di mulut ni, kau dah kena ada atas kapal terbang mengadap few hundreds strangers dalam plane kemudian flight announcement asik on setiap 1 jam, memang kau tak boleh nak tidur. Hidup mati kau belum tentu lagi selagi plane ni betul betul landed di airport seterusnya. Kau bayangkan.

Itu detail kepada realiti hidup aku. Tapi dalam masa yang sama, aku bersyukur juga sebab pengalaman ni buat aku kaya. Kaya dengan situasi kehidupan. Tapi untuk berlagak sebab dapat duduk oversea? Sorry lah. Aku still suka stay di Malaysia.

Tapi kan…tapi kan.. ada la beberapa orang yang aku kenal real life unfriend & blocked aku dekat FB sebab kata aku berlagak duduk oversea. Tapi selalunya orang yang hasad dengki je suka tuduh orang berlagak tak kena tempat ni. Cuba kalau dapat dekat dia, tak tahu la macam mana.

To be continued…

mike at iHop

Comments

comments

8 Comments

  1. Mazura Ahmad on Facebook

    July 13, 2016 at 9:47 am

    Akhirnya bersambung jua. Puas hati tggu kak!

  2. Abu Soleh on Facebook

    July 13, 2016 at 10:17 am

    Haha…sy caye sume akak cite kak….tgk kapal terbang je dah start pk sape yg bakal jd teman sebaris….org kaye mcm akak mention mg tak kan tau ape perasaan org biasa yg terpasa “merempat” …. Dok tempat org ….huhu

  3. Nidzar Dzulkifli on Facebook

    July 13, 2016 at 12:16 pm

    Kak cte sikit dr klia transit kt mana, berapa jam, brapa flight amik sampai ke Alaska

  4. Hyun-Ae Miyuki-Sofia on Facebook

    July 13, 2016 at 4:45 pm

    Wahhh… Best nyer citer akak nie… X sabar nk tggu sambungan nyer… Citer la cepat.. Citer la cepat…

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      July 14, 2016 at 9:09 am

      hehe..thank you sebab baca belog akak.

Leave a Reply