Bila Sakura dan Salji Bersatu

Tajuk macam kisah cinta aku dengan Botak kan. Cumanya, bila Malaysia, kita tukar kepada Bunga Raya. Salji tu jejaka Alaska tersebut. Gitu.

Selamat cuti cuti Covid19 kepada semua aku ucapkan. Dengan cuti 2 minggu ni, korang ada la masa untuk baca belog aku dan tonton video aku di Youtube sana ya. Aku pun dan dan ada masa untuk update belog. Mana tidaknya, kedai aku di Lazada dan Shopee Malaysia automatik sunyi sepi lepas pengisytiharan lockdown covid19 di Malaysia. Huhu. Begitulah nasib orang berniaga. Ada pasang surut mengikut peredaran suasana. Secara tak langsung aku pun punya masa terluang untuk update belog ni. Hehe.

Dua tiga hari lepas aku ada up dekat Instagram dan Facebook pasal Cherry Blossom atau ‘Sakura’ yang tengah blooming di Sparks Nevada. Maklumlah, Spring is around the corner which is 21 March. Tapi bunga bunga dekat sini dah start popping up, lebah lebah bunga berterbangan mencari madu, cuaca pun dah cantik, matahari terang bersinar.

Untuk pengetahuan korang, Cherry Blossom ataupun Sakura ni bukan semata mata di Jepun. Di USA pun lebat dia boleh tahan. Tapi lokasi dia lebih ke arah utara North America. Tempat yang sejuk, berdekatan dengan pergunungan gitu. Kalau nak tengok pesta Sakura yang sebenar di USA, korang pergi ke Washington DC pada bulan March. Memang pink sesaja. Selain dari itu, San Francisco dan Seattle juga merupakan lokasi Sakura yang lebat di USA.

Memandangkan kedudukan bandar Sparks, tempat kami tinggal ni bersempadan dengan San Francisco, CA, jadi tanah dekat sini sesuai dengan pokok Sakura.

Aku ni jakun. Tak tahu rupa pokok Sakura ni masa dia belum keluar bunga. Jadi masa kami pindah ke sini June 2019, aku tak tahu pun pokok pokok yang aku duduk tengok hari hari dekat rumah dan sepanjang jalan bandar ni ialah Cherry Blossom. Aku duduk berangan cakap dekat Mike, nanti kalau ada duit, jom le ke Washington DC tengok bunga Sakura. Nak ke Jepun memang tak mampu lah dari USA ni. Semata mata nak tengok bunga sakura habis berpuluh ribu tiket dengan hotel memang tidak lah kan.

Berangan lah aku ni dari dulu lagi nak tengok Sakura. Pernah jumpa masa pegi New Zealand satu masa dahulu. Tapi sikit sangat lah. Masa ke Jepun pun, Kami pergi terlalu awal, February. Bunga belum keluar lagi. Jadi duduk berangan saja sebab musim bunga mendatang. Sayu je tak dapat kemana mana.

So, last week aku ke Pejabat Pos dengan Miss A. Aku ternampak pokok depan tu ada bunga bunga pink. Aku macam heran. Aku pergi tengok dekat dekat “eh takkan lah kut…” Aku siap google gambar bunga sakura. Melompat aku dibuatnya. Pokok Sakura lah ni! Aiyoooo. Bengong.

Sejak dari hari tu, aku tak senang duduk. Setiap hari aku keluar ambik gambar. Tenung bunga bunga atas pokok tu, bunga bunga yang berguguran.. cumanya, cuaca bukan cantik setiap hari. Kadang kadang mendung saja. Berangin macam taufan pun ada. So aku cakap dekat Botak.. “alaaa habislah bunga gugur nanti tak sempat kembang…” Punyalah gila aku dekat Sakura ni sebenarnya. First sebab dia PINK dan banyak. Second, Sebab dia PINK dan banyak. Third, sebab dia PINK dan banyak. Eh. Hahahaha. Tapi serious la, masa aku duduk main Farmville di Facebook dulu, memang pokok Cherry Blossom ni lah aku tanam seluruh ladang aku tu. Sebab dia PINK.

Sakura ni, seperti mana yang korang tahu, fasa berbunga dia tak lama. Paling lama 3 weeks. Lepas tu tak ada lagi lah. Just imagine, 3 weeks saja in a year. Orang berhabis ribuan ringgit untuk tengok pokok ni berbunga di Jepun sana. (Peak season for travel) Bersesak sesak, nak ambik gambar sorang sorang kena bangun subuh pagi. Dengan kriterianya sebegitu, serious aku cakap, suami aku si Botak tu, takkan suka benda macam tu. Sayu aku jadinya. Huhu. Tapi redha dan pasrah.

Who knows, after long time, bunga bunga ni berhamparan di depan pintu rumah. Setiap hari aku bangun dengan hati berbunga. Lupa sekejap pasal Covid 19 yang melata di muka bumi ni. Dulu agak sayu juga pindah keluar Alaska, no more Aurora. Tapi Allah ganti dengan bunga bunga. Alhamdullilah lah kan.

Tiba tiba hari ni aku bangun pagi, salji memutih dekat luar sana. I was like !!!!!!! Mati la pokok bunga Sakura aku beku kena ais!!! Tapi, rupanya Pokok ni kuat, memang tahan dengan cuaca sebegini. Lagipun salji sekejap sekekap saja. By afternoon, the snow will totally melt and gone. So aku pun apa lagi, bergegas siapkan muka ni (aicheh) dan Miss A untuk sesi peggambaran keberanganan pusing pusing atas kayangan aku dibuatnya perasaan ini. Tak payah tunggu Botak lah. Dengan dia bukannya aku boleh berangan angan sambil selfie. Tak dapat penuh head to toe pun TAK APA LAH! Janji aku banyak masa berangan angan.

It was magical. Cantik tak terkata. Salji memutih tu memang lah dah cantik kan. Sakura itself, pun dah cantik. Tapi bila Sakura campur Salji? Oh Tuhan ku (translation dari Oh My God gitu), it is so worth sakit rindu kan Malaysia tak dapat makan Kerabu Jantung Pisang pun. So tanpa membuang masa membebel bebel lagi, aku persembahkan 150 keping shot (ehh tak lah. 50 je haha) Sakura in Spring Snow, Sparks Nevada. Video Youtube juga di sertakan. Hope you guys will enjoy the view.

Aku selalu gelakkan Mak dan Kakak aku style mereka bergambar mesti nak selit dekat pokok bunga dan bunga bunga yang ada. Sekarang ketulah gelakkan Mak dan Kakak kau datang dekat kau kembali. Sekarang aku pun ambik gambar celah celah pokok bunga bagailan Neng Yatimah dalam filem klasik Melayu lama sambil berdendang lagu bersama Omar Rojik. Sesuai sangat. Cuma Omar Rojik ku dekat tempat kerja masa ni.

Dengan ini, cukuplah setakat ni dulu. Sebenarnya beribu gambar sakura yang aku ambik sebenarnya. Tapi seksa dia nak pilih & touch up sedikit lighting (sebab waktu ni pagi pukul 8am. Matahari kurang memberangsangkan) So aku jadi kurang bermaya lah nak upload semua. Haha.

Walau indahnya negara orang, tidak sehari pun aku lupa dan sentiasa rindu akan Malaysia ku yang tercinta.

Comments

comments

Leave a Reply