Buku Pink dan Klinik Desa.

Tadi selamat sudah aku bukak buku pink di klinik desa Sg. Terap, Muar. Tak payah queue, misi muda manis orangnya. Layanan pun baik. Segala cerita yang mengatakan misi suka membebel, alhamdulillah tak kena pulak tadi. Ye lah, kita pergi bawa aura positive, positive lah yang kita dapat..

Memang procedure Sekarang mintak salinan surat nikah masa 1st bukak buku pink. Salinan identification ibu bapa pun sekali. Tapi Setengah tempat katanya kena tunjuk masa nak melahirkan. Bil letrik di minta sebab mereka nak. Pasti kan alamat rumah masuk dalam mukim apa so that they can assign which klinik Desa yang in charge. Sebab mereka akan hantar nurse datang Melawat sepanjang waktu Sarat dan  selepas melahirkan. Lama jugak proses bukak buku serta sesi soal jawab. 1.5 jam juga. Mungkin sebab aku beralih dari USA ke klinik tempatan, banyak dokumen consultation aku semasa aku di USA kena tunjuk dekat klinik sini untuk pasti kan bahawa aku melalui proses klinikal standard bagi ibu ibu hamil.

Klinik desa dekat sini Memang rupanya sangat desa. Mengingatkan aku kepada wayang Sarjan Hassan,  beroperasi dengan hanya 2 staff nurse. Abang aku yang Menunggu siap sempat Tidur kerana lama sangat Menunggu adik dia ni. Berkelengkapan basic tanpa ultrasound machine. Hanya ada doppler untuk dengar heart beat kandungan which is perfectly normal for 28 weeks. Alhamdulillah.

Lepas Ukur perut semua, Sambung sessi soal jawab dengan Cik Misi yang cantik manis tadi. Tiba Tiba kami diterjah oleh penduduk Kampung yang aku rasa, memang regular dekat situ sebab mereka bersalam mesra siap book timing pakai air liur je. Siap sekali anak makcik tu ada bersalaman dengan Cik Misi. Aku teka anak dara makcik penduduk Kampung tu dalam Tingkatan 3, berbaju sekolah bergaya hipster tahap daerah Muar punya level.

Tiba tiba anak dara makcik yang berbaju sekolah tadi extending dia punya ramah mesra dengan Cik Misi dengan berkata ”eh, Cik Azira mengandung ke?”.  Wahhh.. Dalam hati aku.. Sedara barang kali.. Siap budak sekolah boleh tanya stail makcik makcik dekat Cik Misi depan pengunjung lain (aku ler). Cik Misi tu tersentak. Dia jawab perlahan… ”Akak belum kawin lagi.. Mana pulak mengandung”.  Allah… Mau tak makan seminggu Cik Misi lepas ni kena tegur dek budak hingusan konon beradab ramah mesra ala Melayu lama yang mana bagi aku, tak relevan lagi di zaman sekarang. Mungkin Cik Misi tu tengah duduk nampak perut boncit ke apa kan.. Aku pun tak perasan pun. Aku yang dah tua ni pun tak belek orang atas bawah.

Sekarang aku tahu kenapa misi misi banyak naik angin dan agak kasar layanan terhadap patient dari cerita cerita umum. Rupanya mental dan emosi mereka di harass oleh penduduk Kampung yang mulut mereka di mana, burit ayam lagi harum baunya setiap hari. Buat nya Cik Misi tu baru putus cinta.. Atau belum berjaya mendapat teman lelaki.. Sudah tentu terguris perasaan dia untuk hari tu.

Aku rasa sudah tiba masanya sekolah di Malaysia menambah syllabus tentang peradaban untuk beramah mesra hidup bermasyarakat. Sebab nak harapkan Mak bapak, depa ni pun tak kenal tak apa pun suka hati tanya suami kau kerja apa dan gaji berapa. Which is too much for me. Masyarakat melayu kita seakan tak dapat Beza antara soalan yang terlalu personal atau general untuk disulami dalam perbualan harian.

Aku bagitau botak sessi pertama aku di klinik kerajaan Malaysia pada hari ni. 1.5 hours session, no queue, standard check up and next appointment for tomorrow for my blood works has been arranged. The cost? RM 0.

WHOA!

Jerit si Botak.

Itu je lah coretan aku untuk kali ini. Peristiwa bersejarah berskala nano dalam proses menunggu kelahiran anak sulung pertama kami..

Comments

comments

15 thoughts on “Buku Pink dan Klinik Desa.

  1. Cite dan pengalaman penuh mendalammm..

    Btw..sis dah tukar dr blogspot ehh..dulu cam ada.follow tp xde noti bila sis uldate blog.. Btw..semoga dipermudahkan yer sis..😍😍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *