Bye bye SLR. Hello Samsung Galaxy Note FE (Fan Edition)

This time I really ditched my SLR (Sony A6000) for good.

For those who wondering what kind of camera phone that I’ve been using – it is Samsung Galaxy Note Fan Edition (FE). 

Aku bukan makcik gadjet. Setiap phone yang aku pakai, kalau tak rosak, memang akan cecah sampai 5 tahun. Bagi aku, phone hanyalah untuk buat call, receive call, baca email, update status on Facebook dan Instagram, dan sekali sekali aku bukak youtube. Itu sahaja. Game pun hanya candy crush. Tapi still, sapa tak nak phone ada kamera yang mampu hasilkan imej yang cantik tapi perlu ada skill. Aku dah lama tinggalkan pembelajaran dalam ilmu penggunaan dslr. Sekarang ni aku nak benda simple dan senang sahaja. Kepala otak aku serabut banyak benda lain lagi nak fikir.

 

Aku baru tukar phone ke Samsung Galaxy Note FE pada awal Januari tahun 2018 setelah hampir setahun aku pakai One plus Three skrin retak seribu. One Plus Three aku jatuh masa bulan April 2017, tengah kelam kabut nak keluarkan baby dari kereta, untuk masukkan dia dalam stroller, tak perasan phone tak masuk bag. Tarik bag, bam, jatuh atas batu bata lalu retak seribu. Pun, memandangkan aku bijak mengatur priority dalam hidup, aku pakai je phone retak seribu sampai lah hujung tahun 2017. Keluar dividen ASB baru pikir ganti phone lain.

With Rear Camera 12.0 MP with focal ratio 1/7 – cukup buat aku happy untuk ambik gambar bercuaca redup/ low light. Front camera is 5.0 MP dengan focal ratio yang sama. F1.7

Berikut gambar aku ambik suka suka dengan menggunakan ‘pro’ menu. Semua gambar ni tak edit. No filter.

Athena Sophia berbaju bunga bunga,kena dengan tema bunga bunga di department Outdoor di Walmart.

Aku lupa nak test macro shot. Aku tahu la imej dia tak segempak Iphone X. Tapi seperti yang aku kata, aku seorang yang pandai ukur baju di badan aku sendiri. Aku sedar bajet aku bukan tahap mampu pakai Iphone X. Tapi dengan sedikit tambahan filter di Instagram, imej ni semua akan jadi sangat cantik.

Gambar atas merupakan function yang built in dalam Galaxy Note FE camera. Siap ada FOOD. Dekat bawah ni contoh gambar food :

Kenapa Samsung? Aku memang suka Samsung sejak S3 lagi. Tapi aku tak tukar tukar model macam remaja zaman sekarang ni. 4 tahun aku pakai S3, sekali jatuh dalam mangkuk tandas, still boleh pakai setahun lepas tu. Lepas tu, mampus terus. Kemudian dunia android di gegarkan oleh kemunculan Galaxy Note 7. Berkobar aku nak beli. Last last, bateri dia meletup letup macam pop corn dalam microwave. Sedih aku nak pakai Galaxy Note tak tercapai. Laki aku belanja One Plus Three tu lah. Tak sampai 2 tahun, skrin retak seribu. Waklu.

2017 – Samsung gempar lagi keluarkan Note 8. Tapi aku pandai ukur baju di badan sendiri. Setakat berhutang kereta dan rumah aku ok lagi. Berhutang beli handphone, aku akan maki diri sendiri sampai 7 keturunan. Alhamdulillah, Samsung keluarkan Samsung Galaxy Note FE which is Galaxy Note 7 yang meletup tu di refurbished battery dia, jadi di jual semua dengan nama Fan Edition. Elok benar lah tu sebab aku memang Fan Galaxy Note 7 yang terkubur impiannya. Kena pulak masa aku nak beli, harga dia turun dari RM 2,599 ke RM 2,199. Melompat kegembiraan la kan. Penantian yang sangat berbaloi. Pejam mata taruk cash beli Samsung Galaxy Note FE sebagai hadiah untuk diri sendiri. Doa doakan lah phone ni boleh pegi sampai 7 tahun! Hahahha.

Selain dari itu, memory slot dia boleh tambah. Maklumlah, aku sejak ada anak ni, ambik gambar dan video dia setiap hari. Jadi memang perlukan memory yang besar. Pasal spec untuk gamer aku tak tahu. Pasal full spec Samsung Galaxy Note FE ni, sila lah layari website Samsung.com. Alah, korang kalau tahap makcik makcik macam aku, reti ke baca spec android. Janji Kamera gambar cantik je kan?  Jangan tipu.

So setakat ni je lah panduan dann pandangan yang aku boleh bagi tentang phone Galaxy Note FE. Function smart pen S dia tu memang sangat best juga. Tapi aku malas la nak cerita tentang tu. Hahaha.

Perjalanan roadtrip dan travel aku jadi semakin mudah. Aku dah tak perlu bawak kamera, cas bateri kamera, fikir memory card camera. Cukup la phone sekeping ni. Banya lagi aku nak fikir untuk isi diaper bag tu. Susu, pampers, baju extra, botol dan macam macam lagi lah.

Sekian.

 

Comments

comments

1 Comment

  1. Hans

    March 14, 2018 at 4:11 am

    boleh tahan lawa juga gambar camera nih
    pilihan yang bagus

Leave a Reply