Cara Mudah dan Murah Explore Shanghai – Sendirian

FOR ENGLISH, CLICK HERE

Sinopsis:

Dalam perjalanan aku dari Kuala Lumpur pulang ke Alaska, route penerbangan aku transit selama 14 jam di Shanghai. Dari bontot berkematu duduk saja di airport tak buat apa, baiklah aku keluar jalan jalan tengok bandar Shanghai sendirian. Aku berseorangan hanya dengan berbekalkan 850 CNY (yang mana still berbaki 400 CNY at the end of the day) try to explore Shanghai mengikut kemampuan kudrat aku ni.

Selamat ke?:

Aku tak boleh jadi 100% nujum disini. Tapi alhamdulillah, dari pengalaman aku, tak terasa pun bulu tengkuk berdiri seram bila berjalan berseorangan di Shanghai. Tak rasa orang ikut, perati atau cuba ambik kesempatan. Aku ada saka. So saka aku ni boleh detect bila ada benda jahat datang dekat aku. Percaya tak? Hahahahha. Ok ok…serious, bagi pendapat aku, selamat untuk perempuan berseorangan menapak di sekitar bandar metropolitan Shanghai ni. Cuma kau tak payah la layan bila ada orang offer jual barang dekat tepi jalan ke apa. Tapi Shanghai terlalu moden untuk itu. Tak ada orang nak jual jual barang stail dekat Beijing tu. Beijing tu 5 kali kampung compared to Shanghai I tell you.

Kos:

Aku hanya guna 450 CNY / RM270 dalam masa 10 jam. Ini pun kira aku joli habis ni. Bukan jimat jimat. So kiranya, kalau kau datang Shanghai 3-4 hari pun, takkan lebih dari 1000 CNY / RM600 lah (Tak termasuk hotel) kalau kau explore sendiri di Shanghai ni. Siap makan minum ok.

Apa yang perlu?

DSC01653

1) Maglev Train ticket pergi balik airport (laju siut. 8-10 minit ke metro station dalam bandar) Untuk save masa sebenarnya. Kalau kau nak jimat boleh naik metro train biasa. Aku ambik Maglev sebab cuak. Aku sorang takut terlambat balik airport ke apa.

DSC01652

Boleh beli dekat kaunter masa touch down Pudong airport. Don’t worry, memang akan ada sign tunjuk mana nak pegi kaunter Maglev. Sebelah airport je. Tak payah jalan keluar airport pun. Maglev hanya pergi balik dari Pudong airport ke Longyang Road Station sahaja. Longyang Road Station tu kira macam KL Sentral la. Ada shopping mall bagai. Dari Longyang Road Station ni merupakan starting point / gate untuk betul betul explore Shanghai.

Harga: VIP 160 cny / Economy 80 cny (Pegi balik/ valid untuk 7 hari)

How to explore Shanghai in one day002

2) Shanghai Metro Pass

How to explore Shanghai in one day013

Shanghai Metro ada 16 Line. Macam LRT la. Line ni di bahagi ikut warna. Senang boleh tengok dekat badan/ pintu train. Tapi kalau kau buta warna aku memang tak tahu macam mana nak tolong la kan..Boleh beli di SEMUA Metro station yang ada. Aku suggest kau beli masa kau turun di Longyang Road dari Maglev train ride tadi. Pass ni ada untuk 24 jam dan 3 hari. Kau boleh naik ke SEMUA line di sekitar bandar Shanghai berapa ribu kali tanpa perlu pakai coins dan lebih practical aku rasa. Aku paling benci bila travel bawak balik duit syiling asing ni. Semak. Berita gembira: Stesen Metro ni semua memang terletak dekat pusat tourist spot la. Takkan sesat punya. Kalau kau nak jimat, kau boleh je pakai ni untuk balik ke airport dari tengah bandar. Cuma yang sakitnya berpuluh la stesen dia singgah & kau belum tentu dapat seat. Dan masa dalam 1 jam plus untuk sampai ke airport. Letih la.

Harga: 18 cny (24 jam/ 1 day pass) / 45 cny (3 days pass)

3) City Sightseeing Hop on/ Hop off Bus.

How to explore Shanghai in one day023

Ala yang double decker macam dekat London tu. Dia ada 2 harga & valid selama 48 jam. Boleh beli di The Bund Tourism Service Center & Oriental Pearl TV Tower Service Center. Percaya lah cakap aku, first stop kau naik Metro Station mesti kau akan stop di Lujiazui untuk tengok Oriental Pearl TV Tower. So kaunter bas ni ada kat situ lah. Baik punya fengshui. Kau perlu ni sebab kau nak maximize masa yang ada & perlu teruskan eksplorasi kau walau hujan ribut taufan. Bas ni juga pegi ke ceruk yang metro train tak boleh masuk. Kau juga boleh rehat kan kaki sekejap bila naik ni. Bas ni ada aircond, another reason why you need it. Shanghai panas berpeluh menitik sampai buku lali hoi. Sebab dia bandar dikelilingi air. Selain itu, bas ni memang akan stop dekat tengah tengah tourist spot LEBIH dekat jaraknya dari Metro Train. Kiranya kalau kau rasa macam nak turun check it out, kau turun lah. Lepas tu tunggu bas seterusnya untuk sambung eksplorasi kau.

How to explore Shanghai in one day025How to explore Shanghai in one day024How to explore Shanghai in one day046

Harga: 30 cny (Red & Green Line) 50 cny (Red, Green, Yellow, Purple Line & Huangpu Ferry Crossing) – both valid for 48 hours ya.

Kau pusing la sampai lebam.

4) Good Map

Map route Metro Train is A MUST. Don’t worry memang akan ada masa kau beli One day or Three Day pass tu. Tak payah kalut ambik dekat Airport lah. Metro Train Map tu pun dah cukup tunjuk kau semua tempat wajib atau recommended place to visit. Dalam bandar, luar bandar, metropolitan, historical area, museum, shopping mall, park, semua lah. Sangat clear. Aku yang bangang baca map pun tak sesat. Apa lagi korang yang bijak pandai.

5) Good comfy shoes.

Aku sarankan sport/ Training shoes la. Unless kau nak lawan fashion dengan orang Shanghai, kau pakai la kasut tumit tinggi turun naik train, bas semua. Janji kau tahan.

Halal Restaurant.

Melambak. Kau google siap siap dan save location guna apps yang boleh kau bukak offline. Memang tak susah cari restaurant halal di sekitar bandar Shanghai. Masjid pun ada ok. Memandangkan belog aku bukan Islamik punya hub atau food blog, aku more on ‘how to explore – shortcut’ So aku save space & masa dari spoon feed korang bab lokasi dan menu makanan halal.

Where to stay.

Since aku just transit, aku tak berapa sure. Tapi dari pada ekplorasi aku, aku prefer stay luar sikit dari kawasan The Bund atau nearby Nanjing Road (bagi kaki shopping). Tapi aku tengok Sheraton tepi sungai Huangpu tu pun baru RM500 satu malam. Kau kongsi berdua bertiga ada apa hal. Itu Sheraton 5 bintang. So kau boleh congak la betapa murah hotel 3 bintang.

Lain Lain

Wifi/ Phone Card.

Ok. Shanghai sangat kedekut la ok. Sampai mampos kau takkan dapat free wifi kat bandar ni. Don’t be fret. Dekat airport Pudong tu memang bersepah kaunter jual phone card siap dengan data Internet start from 300 cny. Paling murah 300 cny tu kau dapat dalam 1.5gb data + 100 cny calls tak silap aku. Aku tak ambik ni sebab aku kat Shanghai 10 jam sahaja. Kalau 100 cny, mungkin aku beli la jugak sebab aku nak inform laki aku yang aku ok. Kalau korang jenis orang popular atau bajet popular, konon orang asik nak tahu mana kau pegi dan makan apa, gila check in bagai, aku sarankan kau beli lah masa nak keluar airport tu.

wifi in shanghai

So, ini je lah panduan yang aku boleh suggest. Kalau kau ada semua benda yang aku senaraikan tadi termasuk keberanian serta di bawah lindungan Kaabah Tuhan, memang Shanghai dalam tangan kau lah. Sapa sapa dah try atau akan try, share la story kasi aku. Aku cuma nak tahu teori yang aku tulis ni is feasible to others or not. Atau memang aku ni je jenis keras hati main redah je.

Mau tak keras hati. Aku ada contact agent aku di China. Aku kenal masa aku kerja Travel Agent dulu. Aku mintak quote driver + kereta selama 10 jam bawak aku semua spot yang aku nak pegi. Kau tahu berapa dia quote aku? USD 350 tak masuk makan, minum & tip kasi driver. Dan dan tu jugak hati aku jadi keras naik train je lah masuk bandar Shanghai. Kan.

Selamat mencuba.

Next post: Gambar Cerita tempat yang aku lawati di Shanghai.

8367150290_f64071bebb_o3

Shanghai, China

Comments

comments

3 Comments

  1. Rezza Ichlass on Facebook

    July 15, 2016 at 12:11 am

    X mo p shanghai…nak p alaska… 😀

  2. Apa ada dengan Shanghai – Short transit trip di Shanghai. | Bittersweetbyte.com

    July 20, 2016 at 9:06 pm

    […] lah. Hari tu dah cerita macamana nak tour Bandar Shanghai secara mudah dan murah. Sekarang aku nak ceritalah berapa banyak tempat yang aku dapat jelajah masa transit tour hari […]

Leave a Reply