Cerita Chatting di Whatsapp time Suami kau outstation.

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE

Aku kalau boleh sebenarnya memang cuba sedaya upaya untuk tidak membuka rahsia dalam rumahtangga kami. Apa tah lagi mengwar warkan betapa bestnya suami aku macam lah suami orang lain bangang dan tak ada kualiti. Sejak kebelakangan ni, aku banyak belajar untuk melihat kelebihan yang ada pada orang lain walau pada zahirnya orang itu macam cilaka perangai dia. Tapi aku cuba sedaya upaya untuk tidak membanding bandingkan suami aku dengan suami orang lain. Aku juga belajar kemanisan rumah tangga sendiri tak perlu lah di paparkan di media sosial sebab ia memang akan buat orang menyampah dengan kau. Hahaha.

Mesti korang ingat, chatting kami ala ala porno ke apa, maklumlah, suami aku mat salleh. Pada kaum Melayu, mat salleh ni kerjanya ingat SEX sahaja. Dah kau dok tengok video blue bangsa Mat Salleh, memang mat salleh la dalam video tu. Cuba kau cari video blue Melayu. Melayu la dalam tu. Lepas tuh korang mesti kata, ala, dalam cerita kat panggung tu, mat salleh mudah benar tukar pasangan. Habis tu. Kau tengok drama Gerak Gerak Gerak Khas, kau percaya la yang polis setangkas dan seamanah itu? Kalau iya, kau percaya semua apa dalam TV, jadi aku pun percaya lah korang percaya yang sebotol JOY tu mampu basuh pinggan sebanyak susunan pinggan dari Johor ke Singapura. Basuh pinggan je. Periuk belanga saiz XXL kau tak kira.

whatsapp chat with suami

Tapi untuk post kali ini aku rasa aku patut share pada orang lain sebab aku pasti yang isi kandungan post ini boleh menambah ilmu pengetahuan. Lagi lagi untuk cikgu yang mengajar bahasa dan sejarah. Aku tak pasti kursus yang dilalui oleh seorang individu untuk menjadi cikgu bahasa. Adakah mereka juga belajar tentang sejarah awal bahasa, atau, syllabus bahasa semata. Serious, aku memang tak tahu.

Dalam seminggu, Mike akan outstation, 2 kali. So dalam seminggu, 2 malam la Mike tidur di luar sana. Tapi dia tak pernah fail whatsapp aku update situasi dia dan gambar bilik hotel yang office dia provide sebab dia tahu aku ni minat lain macam sikit dengan susun atur di hotel.

Seperti yang pembaca tahu, aku memang dah start tulis review untuk setiap hotel yang aku duduk masa bercuti atau travel di Trip Advisor. Saja lah, copy dan paste dari blog aku sendiri je pun. So tak de la susah sangat. So, kadang kadang review aku mendapat perhatian dari pihak hotel itu sendiri. Dan review aku dapat undian dari pembaca sebagai ‘helpful’ bagi mereka untuk buat final decision. Disebabkan bukan Paid Review atau penginapan yang disponsor, jadi aku boleh katakan review aku ikhlas dan jujur adanya. Kalau hotel kau tak best, aku memang akan kutuk dan minta perbaiki mutunya. Dulu aku kerja check hotel beberapa tahun lalu. Jadi aku lebih peka bab bab servis dan fasiliti hotel mengikut kadar bintangnya.

Cuma sekali tu aku dapat reply dalam bahasa Spain la. Aku cepat cepat copy and paste bagi suami aku translate kan sebab katanya dia boleh faham bahasa Spain.

trip advisor response

*dah siap siap translate ke bahasa Melayu ni*

Mumu: Ha! Semua ni banyak perkataan yang terlalu tinggi level dia.
ME: I rasa Esperamos maksudnya experience
ME: Comentario ialah comment
ME: Continuar ialah continue
ME: Proceso ialah process
Mumu: “Mereka berterima kasih di atas komen yang diberi”
ME: I rasa dia kata yang mereka dalam proses menaik taraf hotel tu dan moga pengalaman lain kali bila kita pergi lagi ke Mexico lagi bagus.

Mumu: Dan akan sentiasa menyediakan sesuatu yang baru setiap hari
Mumu: dan, ya, seuatu yang baru untuk penginapan di lain kali bila melawat Mexico.

ME: Svarga pun ada reply tapi di Instagram I, cakap terima kasih untuk review dan puji pujian

Mumu: Berterusan bagi menaiktaraf hotel setiap hari
ME: Ah. Ok
ME: Sebab tu la, I rasa I boleh agak dan teka sikit sikit.

ME: Sebab Spain macam English sikit ejaan dan sebutannya.

Mumu: Pengajaran Sejarah: Spanish asalnya datang dari Latin. Bangsa Roman. Begitu juga French. Bangsa Roman menguasai England untuk seketika
Mumu:  Bangsa Norman asalnya dari England dan menakluk satu kawasan di Perancis dan tempat tu diberi nama Normandy kini.
Mumu: .Mereka bertukar jadi bangsa Perancis dan kemudian kembali ke England dan menguasai England.
Mumu: Mereka menjadikan Bahasa Norman French sebagai bahasa rasmi di England.
Mumu: Begitu juga dengan keadaan di Eropah Barat disebabkan oleh penaklukan, perdagangan dan pengaruh Roman.
Mumu:  Bahasa Itali, portugis dan Romanian pun sama, semua nya asal dari Latin juga
Mumu:  Jadi, orang Italali dan Spain boleh faham masing masing bila bercakap.
Mumu: Tapi, Arab pun ada pengaruh dalam sejarah bahasa juga juga yang mana, pengaruh asalnya datang dari India.
Mumu: Sistem penomboran yang kita guna sekarang datang dari mereka.
Mumu: Begitu juga dengan Alkohol dan proses penyulingan.
Mumu: Algebra, Al-kohl, Al-gebra, Al-queda
ME: Al Qaeda?
Mumu: Uh… Yeah
ME: Ha!
ME: Al kohl ialah alcohol?
Mumu:Semua perkataan yang ada ‘AL’ kebanyakkan nya datang dari Arab.
Mumu: Ya
ME: Omg Semuanya dah bercampur aduk!

Mumu: Orang Kulit Putih (Bangsa Arab)
ME: Macam kitalah, perkahwinan campur.
ME: Tak lama lagi I akan cipta bahasa english malay macam ni.

Mumu:  Bangsa Moor asalnya adalah bangsa Arab dari Afrika Utara. Mereka menguasai Spain, Portugal dan sebahagian dari Itali untuk seketika.
Mumu:  Bangsa Roman ingin menjadi bangsa Greek sebagai pada tahun tahun republik
Mumu: Sehingga Julius Caesar menakluki Eropah Barat, kekuatan Bangsa Roman menjadi lebih kuat dari Greek.
Mumu: Tapi terjemahan kitab Bible yang pertama adalah dari bahasa Aramaic kepada Greek
Mumu: Bahasa Greek merupakan bahasa rasmi di dalam keagamaan Kristian di Eropah semasa kenaikan Kristian di Eropah.
Mumu: Maharaja Roman, Constantine (yang pada masa itu tidak mempunyai agama) menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi untuk empayar Roman Kristian
Mumu: Empayar tersebut termasuklah Eropah Barat, Timur Tengah dan Afrika Utara pada masa itu.
Mumu:Istanbul dulu dikenali sebagai Constantinople. Ibu negara Rome.
Mumu:Tetapi, selepas itu, empayar tersebut di pisah belahkan. Ia kekal menjadi ibu negara kepada Rome sehinggalah empayar Ottoman lenyap. World War 1, 100 tahun yang lalu.
Mumu: Timur bertukar menjadi empayar Byzantine yang mana merupakan empayar memerintah yang terpanjang di Rome.
Mumu: Nabi Mohammed menulis (terima ayat ayat suci) Quran pada zaman itu. Dan Islam vs Kristian, dan banyak perkara telah berubah. Dan juga (pada masa itu) Jerman menakluki empayar Roman Barat
Mumu: English merupakan bahasa Jerman
Mumu: Kemudian Spain menakluki dunia dengan Portugal, Perancis, Holland dan England di belakangnya
Mumu: Akhirnya Bangsa Inggeris berjaya memenangi petempuran laut melawan Spain, menjadikan Empayar England sebagai empayar terkuat di dunia.
Mumu: Sebab itulah bahasa kelihatan dan mempunyai bunyi yang agak sama.
Mumu:Ha! Sekarang “rebellious child” (America) Empayar England paling berkuasa buat masa kini. Dengan pengaruh dari ke dua dua negara, maka English merupakan bahasa utama di dunia.
Mumu: Padahal dulu bahasa utama adalah bahasa Perancis, dan Bahasa Spain untuk seketika.
Mumu: Cuma, terdapat gunung yang besar di Asia memisahkan India Timur dan India Barat
Mumu: Jadi, pengaruh India tersebar menerusi Negara China sebelum sampai ke seluruh Asia.
Mumu: dan terus tersebar melalui negara Arab sebelum sampai ke Eropah.
Mumu: Kalau bukan kerana gunung ganang yang besar merintangi dunia, manusia di timur dan di barat sama sahaja, dan senang memahami sesama mereka.
Mumu: Kecuali bangsa yang ‘liar’ yang tinggal di hemisfera barat – iaitu orang Asia.
Mumu: Penduduk asal Amerika Utara datang dari China dan Korea
Mumu:  Penduduk asal Amerika Selatan datang dari Taiwan, melalui Malaysia dan Indonesia.
Mumu: Tapi tiada siapa kisahkan Afrika sehingga sekarang.

Sebelum aku muntah darah, sebab dah pukul 11 malam, aku pun hambat dia pi masuk tidur. Kalau tak, pah ceroh la jawabnya. Asalnya aku nak dia translate komen yang berapa baris tu je. Aku memang tak larat nak baca semua info pengetahuan yang dia feed kat aku dalam whatsapp chatting tu. Memang benarlah kata orang, Melayu memang malas membaca, lagi lagi info ilmiah.

Bukan sekali dua macam ni. Memang selalu. Kalau tak pasal sejarah bahasa, dia cerita sejarah revolusi, kesihatan, senaman, tekanan darah aku dan perang dunia. Kalau tak, dia cerita sejarah nabi nabi. Bab yang paling aku takut bila dia start ialah, politik dan ekonomi. Setenang tenang orang macam dia, tapi bila cakap bab tu, dia macam masuk hantu yang dah sebulan tak sampuk orang. Marah semarah marahnya. Sampai aku rasa menyesal dok depan dia.

Aku harap korang tak menyesal terbaca post ni juga. Kalau menyesal, aku mintak maaf lah ya. Tapi aku pasti, chatting korang dengan pasangan korang mesti lebih best dari apa yang aku kena hadapi….sampai bila bila. Bersyukur lah korang.

Sekian.

 

Comments

comments

3 Comments

  1. Kuat Harimau on Facebook

    June 23, 2015 at 10:58 am

    lepas terawih barubaca ya Sis Normi Kahar Goodwin. hehehe

    1. Kuat Harimau on Facebook

      June 23, 2015 at 11:00 am

      iyolah sis Normi Kahar Goodwin sebab dah nak masuk waktu berbuka puasa kat sini. ada lagi 22 minit

Leave a Reply to Kuat Harimau on Facebook Cancel