Cerita Pasal Perjalanan dan Penginapan di RV KOA Barstow/Calico, California.

Sesi sambung menyambung cerita panjang yang tak berkesudahan kembali lagi. Last stop cerita hari tu is Klamath Falls kan. Lepas frust kena reject permintaan untuk melawat rumah orang. Gila. Tak pernah pernah seumur hidup kena reject untuk melawat bersua muka selama aku hidup di Malaysia. Sekarang merasa pula di bumi Amerika ni. Pengalaman betul.

distance-from-klamath-falls-oregon-to-barstow-caifornia

Next stop kami selepas Klamath Falls, Oregon, is a town called Calico, di California. Jarak pemanduan rumah bergerak dari Klamath Falls KOA campground ke Calico lebih kurang 11 jam lebih. Campur stop by at R&R di sepanjang highway jadilah 12-13 jam. Seharian suntuk jugak dibuatnya.

rv-park-at-calico-barstow008
Ladang Jagung bersebelahan R&R
rv-park-at-calico-barstow001
Rupa paras R&R in most of the highway in United States.

rv-park-at-calico-barstow002rv-park-at-calico-barstow004

rv-park-at-calico-barstow005rv-park-at-calico-barstow009

rv-park-at-calico-barstow007rv-park-at-calico-barstow006

rv-park-at-calico-barstow010

Masa kami masuk zone California ni, fuh, dah start panas. Landskap di kiri kanan lebuhraya bertukar wajah. Tiada lagi rimbun hijau kekuningan. Semuanya gersang, kering coklat keperangan. Rumput semua warna blonde like Donald Trump’s hair. Sayu pulak hati ni bila lihat kiri kanan. Bila aku cakap California, jangan la pula kau bayangkan Los Angeles saja. Itu bandar yang dah dilengkapi prasarana. Jalan kami lalui ni, kira pinggiran. So memang sunyi panas merekah.

Di sepanjang perjalanan, habis sebotol evian face mist. Spray muka badan tak henti henti. Tuala basah memang lepak atas kepala. First time merasa bahang padang pasir kut. Panas Malaysia ampun lagi sebab panas lembab. Panas sini panas kering buat hidung berdarah terus. Maybe first time kan. Badan tengah adapt dengan cuaca mendadak. Kena pulak masa tu aku tengah pregnant baru masuk 2nd Trimester. Dahaga ibu mengandung lain macam. Because I am drinking for two.

PENGINAPAN DI LAKEVIEW TEKAPO
Lakeview Tekapo

Disebabkan kami malas nak buat research dah, otak, minda dah lemau, kami ambik keputusan check in motorhome kami di rangkaian KOA di Barstow/Calico. KOA ni memang besar rangkaian dia. Boleh dikatakan ada di seluruh states di USA. At least kau dah boleh agak rate dia, policy dia semua. Talking about policy, some RV / Motorhome park is only for seniors 55 years and above. Orang muda, pasangan muda yang ada anak, are not welcome. Aku baru tahu. Kiranya tempat resort tu hanya untuk orang tua tua je bercanda. So, kalau kau umur 55 tahun keatas, nak round Amerika dengan Motorhome, chances for you to get spot best lagi besar dari orang orang muda. Resort RV Park dia pun sangat high class tau. Tapi untuk atuk dan nenek je lah. Taraf taraf muda mudi ni aku rasa paling senang pilih KOA saja lah.

rv-park-at-calico-barstow011
Macam biasa sampai sampai dah gelap malam.

KOA Barstow/ Calico ni mempunyai 57 lot untuk motor home, 2 log cabin, 2 Safari Tent dan 17 tapak kemah (kemah pacak sendiri). Tapi aku ada mention tak setiap tapak kemah di mana mana RV Park di USA ada sambungan bekalan elektrik? So tak de la korang bergelap or sejuk walau pacak kemah saja.

rv-park-at-calico-barstow015
Swimming pool dia kali ni fail. Berapa lama tak tukar air pun aku tak tahu. Tapi aku rasa aku faham, area padang pasir ni, mereka sangat sangat berkira dengan air.
rv-park-at-calico-barstow033
Log Cabin yang ada
rv-park-at-calico-barstow016
Game Room
rv-park-at-calico-barstow017
game room macam lebih untuk remaja remaja gitu.

rv-park-at-calico-barstow012rv-park-at-calico-barstow013rv-park-at-calico-barstow019rv-park-at-calico-barstow022

rv-park-at-calico-barstow023rv-park-at-calico-barstow024rv-park-at-calico-barstow026rv-park-at-calico-barstow027rv-park-at-calico-barstow028rv-park-at-calico-barstow030rv-park-at-calico-barstow032

KOA Barstow/ Calico kali ni agak meriah juga. Dia ada banyak aktiviti seperti bike rental , memanah semua. Facilties like free wifi, club house, game room, swimming pool, laundry are available as per usual.


Expedia.com

rv-park-at-calico-barstow020rv-park-at-calico-barstow014

Sebab kenapa kami ambik jalan Barstow/ Calico ni ada dua sebab. First, sebab kami nak lalu DISISI Route 66 (Disisi – sebab Route 66 dah lama tutup. Tapi highway baru is side by side with old Route 66) So boleh la tengok ikut tingkap jalan highway lama tu. Azab. Kedua, Botak bercadang nak melawat Ghost Town di Calico. Cadang je lah. Tak sempat pun. Esok harinya kami bergegas ke Nevada untuk pulangkan dolly yang tarik Jeep Pink belakang motorhome tu. Korang mesti perasan kan kami dok kehulu kehilir tarik jeep pink macam bangkai biawak. Memang bangkai biawak pun. Jeep tu kakak botak punya. Dia laki bini sebenarnya patut dah pindah ke Nevada since last year lagi. Rumah semua dah siap penuh perabot, tapi masih lagi sibuk duduk Alaska. Kakak nya pulak jenis semua benda nak simpan. Nak pos jeep tu dari Alaska ke Nevada sangat la mahal. So botak punya baik hati offer towingkan sampai ke Nevada dari Alaska bawa through Canada. Akhirnya kami terkocoh kocoh kena on schedule sebab rental dolly tu sekian sekian date. Padan lah dengan muka. Roadtrip kami ni sebenarnya lebih kepada gerakan Santa Claus. Tolong orang sekeliling, diri sendiri sempat berhenti kencing dan tidur je. Habis semua plan nak berhenti sana sini lingkup. So kiranya roadtrip kami ni sebenarnya lebih kepada ukur jalan je lah. Bertuah.

8367150290_f64071bebb_o3

Calico/Barstow, California

Comments

comments

Leave a Reply

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com