Cerita Sewa Rumah di USA

Hi, tertunggu tunggu belog post update aku ke tuuu.. hahaha. Sorry lah, aku ni, untuk ke seribu kalinya nak bagi tahu … busy ya amat tahu.. cuma aku tak cerita detail je apa yang aku buat sampai busy sangat kan. Tapi yang pastinya – busy means money. Gitu.

Actually aku ada beberapa post tengah queue. Cuma tak ada masa nak edit go through semua sebelum post out. Kau ingat aku main taip then click ‘publish’ ke? Kalau sesenang itu, tak ada la korang ketagih duduk inbox, comment, message aku suruh keep on update belog ni. Ada lah perencah serta mandrem sihir yang aku letak sesambil. Kah kah kah.

Ni ha, post update kenalah ikut susunan. Setelah aku cerita aku dah pindah kawasan, jadi post seterusnya ialah proses pindah rumah. RUMAH SEWA. Belum masih mampu lah nak berpindah ke rumah sendiri buat masa sekarang ni di USA. Di Malaysia ya aku dah ada rumah lah. Tapi itu di Malaysia. Ini cerita di USA.

Aku bukan nak menunjuk nunjuk ya. Aku cuma nak kongsi pengalaman melalui proses menyewa rumah di USA. First time bagi aku. Selama ni menumpang duduk rumah family suami sahaja. Memang pengalamannya agak lain sangat dari apa di Malaysia. Aku sebagai tuan rumah di Malaysia, dan juga berpengalaman menyewa rumah dengan orang, merasakan peristiwa aku lalui untuk menyewa rumah di USA sangat sangat lah WOW. Sampai seronok sangat lah gila aku nak bercerita ni.

Seperti yang korang tahu, sekarang ni kami tinggal di apartment. Dan kami cari rumah ni bila kami dah sampai di Spark. Aku mula mula tu gelabah tetek la jugak fikir, biar benar laki aku ni. Nak cari rumah dalam sehari dua sebelum dia masuk kerja tempat baru. Sebab kalau dekat Malaysia.. kelam kabut begini memang takkan dapat yang puas hati lah kan. Dah la tu, nak mencari rumah hari weekend. Management office bukak ke?

So segalanya terjawab. Yes, management office (atau dekat sini, mereka panggil ‘leasing center’) memang bukak 7 hari seminggu. Tapi yang buat aku surprisenya, cara nak sewa rumah dekat sini, macam NAK BELI RUMAH! Baik dari segi presentation nya, layanan nya, prosesnya.

Total apartment yang kami survey dan jenguk ialah 5 tempat. Kami buat dalam masa 3 hari. Semuanya melalui leasing office. Tak ada satu pun direct dengan tuan rumah. Lepas kau dah identify kawasan yang kau nak tinggal, check la apa yang berdekatan, walking distance. Selalunya orang yang berkeluarga ni, akan pilih grocery store berdekatan area rumah lah. Tak perlu shopping center besar besar. Janji fresh food supply tu, boleh dapat dalam jarak 10 – 15 minit jalan kaki. Kemudian, kena baca review tentang keselamatan / kadar jenayah area tu. Kalau semua dah puas hati, kau terus pegi ke website apartment yang kau nak tengok. Dekat situ akan ada ruang untuk kau isi untuk appointment. Time and date dan tinggalkan nombor contact kau. Mereka akan reply email kau untuk confirmkan, atau call kau.

Gambar di atas ialah salah satu leasing center apartment yang kami nak sewa. Terkejut badak aku. Itulah aku kata macam nak beli rumah. Sebab aku bayangkan management office nya macam dekat Malaysia lah. Nan hado je kan. Ini siap bagi air mineral dalam botol, offer snacks untuk anak kau kut kut anak kau bosan dengan proses viewieng rumah, dan siap house and area TOUR! Macam nak beli rumah aku cakap kau!

Dan semua leasing center ni akan berlatarbelakangkan pool area kawasan tersebut. Rasa macam kau nak check in resort hotel pun ada.

Bila kau masuk masuk saja. mereka sambut dengan senyuman manis dan layanan mesra. Tak kira lah kau nampak macam orang miskin ke, bukan local ke apa. Mereka akan tanya datang dari mana, plan nak pindah bila.. nak cari berapa bilik, berapa orang dalam family… kira sembang icebreaker la gitu. Kemudian mereka akan jemput duduk dalam office dan keluarkan flyers. Flyers tu akan lengkap dengan unit floor layout plan, apa yang ada dalam apartment unit, apartment amenities, community amenities, Sewa setiap unit dan yuran yuran sampingan serta deposit.

Bila mereka bagi flyers ni, tidak lah bermakna mereka habis di situ sahaja. Mereka tetap akan bawak kau ke unit yang kau nak sewa tu. Tapi tak semua unit lah. SATU sahaja. Kalau kau berniat nak sewa 3 bedroom, mereka akan tunjuk unit yang 3 bedroom lah. Kalau 1 bedroom, 1 bedroom lah. Dalam masa berjalan ke unit untuk view, mereka akan tunjukkan area area lain dalam area properties mereka seperti swimming pool, tempat buang sampah, gym area, recreational area dan macam macam lagi. Masa tu kau boleh la tanya tanya segala apa yang kau ingin tahu. Aku selalu akan tanya berapa ramai family duduk situ compared to single, working people. Sebab aku prefer community yang berfamily. So bila anak aku bising ke apa, orang sekeliling boleh faham.

Mari aku tunjukan beberapa gambar yang aku sempat ambik masa house viewing.

1st apartment, ialah new deveopment properties. Baru siap tahun ni. Masih bau kedai kata orang. Walking distance dari Factory Outlet dan shopping mall besar. Banyak kekosongan. Sebab masih baru. Siap buat offer 1st month rental FREE. Tak payah bayar sewa bulan pertama ok. Punya lah nak tarik orang menyewa di situ. Ini gambar nya;

LIVING AREA
KITCHEN
BILIK AIR UTAMA
BILIK AIR KEDUA
CLOSET UNTUK MASTER BEDROOM
WASHER & DRYER SPACE
SWIMMING POOL AREA

Oh, untuk pengetahuan kau, baik kau membeli rumah atau menyewa di USA, setiap rumah baru atau lama, memang wajib akan full kitchen cabinet set dengan peti ais, microwave, dapur berserta oven, dish washer dan cloth Washer & dryer (mesin basuh/ pengering). Itu memang pakej dia. Seronok ke tidak? Tinggal sekarang ni, sama ada kau perangai macam monyet guna barang orang macam binatang atau jaga seperti manusia berakhlak berakal yang normal, memasak, mengemas jaga macam harta sendiri sahaja. Tapi jangan ingat kalau kau rosakkan, kau lepas macam tu sahaja macam dekat Malaysia ya.

Apartment ni memang tempting untuk kami sewa. Especially ada offer free 1st month rental. Rental dia ialah $1695 (dollars) sebulan. Dekat dengan shopping mall. Tapi yang buat kami tak jadi sebab, dia tak ada ground floor unit. Ground floor semua di jadikan storage space atau garaj kereta. So, semua unit untuk di sewa terletak pada 2nd & 3rd floor. Tinggi oi tangga dia nak memanjat bila beli barang dapur, angkut perabut. Itu tak apa lagi. Kami risaukan BALKONI. Kami ada anak umur 2 tahun yang kuat memanjat. So faham faham sajalah.

Apartment No. 2 ni pun berdekatan dengan grocery store. Tapi bukan shopping mall besar lah. Viewing unit nya dah lengkap ada perabut. Tapi ini memang showing unit. Dia tak sewakan. Sebab tak ada unit kosong buat masa tu. so dia tunjuk unit sample.

LIVING AREA
MASTERBEDROOM
2ND ROOM
KITCHEN
MASTER BATHROOM
2ND BATHROOM
WASHER & DRYER UNIT SPACE
SWIMMING POOL AREA.

Kadar sewa yang ni adalah $1700 (dollar) sebulan. Actually aku agak suka sebab square footage dia agak besar dari yang pertama. Tapi Mike tak suka swimming pool area dia yang kecik. DAN mereka juga tak ada ground floor. Lagipun, unit available for rental lagi sebulan baru kosong. Sedangkan kami nak kena pindah dalam minggu tu juga. So, yang ni pun reject.

Apartment ke tiga, aku tak ada ambik gambar. Sebab ingat memang kami akan menyewa dekat situ. Sebab dia ada ground floor, sewa agak murah iaitu $1500 sebulan. Betul betul sebelah resort casino dan seberang tasik yang aku pernah buat live FB dulu. Pun walking distance dari big shopping malls. Athena Sophia siap jatuh berdarah lutut masa on the way ke unit kami nak sewa tu. Dia punya nangis sangat panjang sambil pegang lutut dia. Sedih aku. Ingatkan tempat tu akan jadi “tempat jatuh dikenang” untuk Athena Sophia. Somehow, bila kami balik hotel, Mike ubah fikiran kata, macam macam yuran dekat situ macam melampau sangat tak masuk akal. jom check the one next to Target (Grocery Store). Mike tahu aku suka sangat dengan Target. Target ni kalau dekat Malaysia macam Aeon la.

Apartment ke empat, sebelah Target tu, pun aku tak dapat ambik gambar. Sebab tak ada unit kosong pun untuk view. Tak ada show unit as well. Next available vacant unit pun lagi sebulan lebih. Masa kami sampai tu, mereka tengah renovate kawasan leasing center. Memang serabut gila. Athena pula mengamuk dengan keadaan bising tu.

Apartment ke lima, adalah apartment yang akhirnya kami pilih untuk memulakan kehidupan baru kami bertiga di bandar Sparks. Padahal apartment ni tak termasuk pun dalam list asal. Mike tergerak hati nak view sebab ternampak masa lalu kawasan ni. Dia check map, dekat dengan Safeway, iaitu grocery store. Walau Safeway bukan di antara grocery yang murah untuk beli barang basah (taraf Jaya Grocer la kalau dekat KL), tapi at least lengkap la untuk aku dan Athena Sophia. Mike fikir bab barang dapur sebab bini dia ni memasak. Bini dia ni cerewet bab makan makan. Bini dia dah biasa senang nak dapat barang basah masa dekat Malaysia. Dan bini dia dapat pegi sendiri ke kedai beli apa yang dia nak tak perlu tunggu lakinya off day.

Aku sebenarnya dah cuak.. dah start tak berapa happy sebab dah 3 hari view rumah, tak dapat dapat lagi decide mana satu. Duduk hotel lama lama pun bukan seronok sangat. Selesa lagi duduk di rumah. Dengan kehulu kehilir kereta kami penuh luggage. Homeless gila rasanya. Tapi itulah kan.. jangan di sangkal gerak hati keputusan sang suami. Sebab dia yang menyediakan segala. Mestilah dia nak yang terbaik untuk anak isteri. Sang isteri kena sabar sikit sahaja. Gitu.

So kami pun pegi lah jenguk. Mula mula jejak tu aku rasa macam, biar benar, mampu ke. Nampak macam mahal je. Tapi aku diam kan saja. Staff yang sambut kami sangat sangat peramah. Dalam semua staff leasing center aku jumpa, minah ni paling best aku rasa pun. Mesra dia macam boleh buat madu. Choiiiii. kah kah kah.

LIVING AREA – Mike tengah termenung ambik feel kut.
KITCHEN
MASTER BEDROOM
MASTER BATHROOM – ini feature yang paling aku suka. Sebab ada ruang mandi besar. Bukan berdiri mandi dalam bath tub. Bath tub ni sekali sekala best lah. Atau untuk anak anak.
2ND ROOM (BILIK ATHENA) & HER SPACIOUS WALK IN CLOSET
2ND BATHROOM
WASHER & DRYER AREA SPACE (SANGAT BESAR)

LARGE PATIO

Walau apartment bukan new development, tak silap aku tempat ni dibina pada tahun 2009, tapi surrounding dia mendamaikan. Ground floor unit is a bonus. Dan sewanya merupakan paling murah berbanding dengan semua apartment yang kami jenguk. $1404 (dollars) sebulan. 976 squarefeet. Dan layout dia agak sama dengan apartment no. 2 yang aku suka sangat tu. Lepas tu pulak, dia ada promotion, kalau pindah sebelum pertengahan bulan June, siap dapat debit card bernilai $250.

Setiap apartment akan bagi pilihan sama ada kau nak sewa 6 bulan, 9 bulan atau 12 bulan. Dan certain tempat, kalau lagi pendek tempoh sewa, lagi mahal sewa bulanannya. Tapi ada juga tempat yang charge same price tak kira sewa sekejap atau lama. So memang banyak faktor kau kena ambik tahu, compare dan study bila nak sewa rumah dekat USA ni. Dah macam nak beli rumah kau tahu.

So kami pun bersetuju lah. Suka.

But wait. Jangan ingat bila kau dah suka, kau boleh sign contract agreement hurey hurey esok angkut barang. Tidak ya. Hahaha. Ni aku nak bagitahu. Dekat sini mereka akan buat background check penyewa. Both Mike and I kena isi borang macam nak beli rumah. Salinan ID, social security number semua kena letak (by the way aku dah ada social security number kat USA. Dah boleh kerja dah sebenarnya kat sini, dah boleh bukak akaun bank sendiri). Check kau ada rekod jenayah atau tidak. Lepas tu mereka check credit score (kalau dekat Malaysia, check dengan Bank Negara la sama ada kau ada black list dalam hutang dengan bank). Kemudian mereka akan mintak nombor contact penyewa kau sebelumnya. Mereka akan buat cross reference, adakah kau penyewa bermasalah ke macamana. Last sekali, mereka nak tengok surat perlantikan kerja dari syarikat kau bekerja. HAMBEK KAU.

Tapi segala background check tu ambik masa sehari sahaja. By tomorrow you can know whether you are eligible or not.

Next day (1 Syawal), permohonan kami approved, mereka hantar contract sebanyak 45 (EMPAT PULUH LIMA) muka surat untuk kau sign dan initial EVERY PAGE melalui email yang kau provide. Bukan satu, tapi contract tu asing antara aku dan Mike. Masing masing atas nama asing asing ya. Cuma Athena Sophia je tak perlu sebab dia kanak kanak underage. Orang lain beraya ketupat rendang, kami beraya sign contract rumah sewa. Huhu.

Tapi contract tu kau sign secara elektronik sahaja. Tak print out pun. Paperless gitu.

Lepas kau dah sign semua, perjanjian telah termetri. Kau merupakan ahli penduduk di situ secara official. Kau ada akaun dengan mereka. Segala benda mak nenek, nak pindah masuk, perlukan lori ke, nak pasang cable TV ke, internet ke, ada kerosakan ke, ada hantu setan ke, tukar alamat rumah dari rumah lama ke rumah baru ke, semua kau email je mereka melalui akaun login kau, mereka akan arrange segera untuk kau.

Deposit 2 bulan upfront. Satu lagi, dekat USA, kau nak apply untuk menyewa pun kau kena bayar ‘application fee’. Setiap apartment tak sama. Tempat ni charge $45 PER PERSON application Fee. Tu buat kerja background check, house tour semua tu, ingat free ke? Kalau kau ada pet (binatang peliharaan) lagi kau kena top up pet deposit dalam $150 – 200 per pet. Dan Setiap pet ada kadar sewa dia macam manusia juga ya ok. Ikut saiz. Kalau binatang tu bawah 23 kilogram, sewa sebulan $35, kalau besar dari tu, $45 sebulan. Baiklah kau bela anak manusia kalau begini. Itu kira murah la tu. Ada tempat lain aku tengok sampai $80 sekor. Hoi.

Tapi disebab kan mungkin rezeki Athena Sophia, segala mak nenek application Fee, admin Fee semua waived. Kami tak perlu bayar. Lepas tu kan, patut rumah tu boleh move in 7th June, dia cakap nak masuk awal pun tak apa. Dia tetap kira start 7hb.

Actually masa hari viewing tu, aku tengok Athena Sophia terkedek kedek dekat laman playground dalam area kawasan ni pun aku dah start suka apartment ni.

Tak lama untuk kami sesuaikan diri di tempat baru. Begitulah kalau dah jodoh… tak perlu gelabah, tak perlu gaduh…semua Tuhan dah tulis..rezeki, jodoh, maut. Kalau kau pegang tu, sentiasa ingat tu, kau akan lebih tenang dan kurang menyalahkan orang lain atau diri sendiri sebenarnya.

Dah sebulan kami dekat sini. Dan aku akui, aku sangat sangat happy dengan tempat ni, dengan bandar Sparks. Tak keterlaluan untuk aku katakan, semua ni mengubat segala kerisauan, kebosanan duduk di negara orang, kerinduan pada tanah air sendiri. It well paid off. Tak sia sia aku sabar dengan keputusan Mike dalam dia mengatur kehidupan kami di sini.

Aku tak mintak banyak dari korang yang rajin baca kisah aku di belog ni, Aku tak minta duit untuk bayar sewa, makan pakai kami, aku tak minta puji pujian. Cuma aku minta korang doakan kami baik baik sahaja di sini.

Amin.

Alhamdulillah.

Comments

comments

2 Comments

  1. Nisa Chik

    July 11, 2019 at 2:30 pm

    Salam perkenalan kak. Been following u thru blog, ig, fb..hehe..Semoga Allah lindungi akak sekeluarga. Sy lahir di Ohio, dah lama tak balik US. Looking fwd to meet u and athena kalau ada rezeki ke US lagi.. 😊

    1. heartboxx

      July 19, 2019 at 5:28 am

      Salam. Contact contact lah kalau balik USA. Terima kasih sebab baca belog tak seberapa ni..

Leave a Reply