Confusenya Pantang Bersalin Zaman Sekarang!

Post Penutup bab makan makan. Maklumlah.. esok dah puasa. Merasalah aku for the first time berpuasa dengan ada baby. Kita try test kekuatan ya. Hahaha.

Kata orang, menu makanan orang berpantang sangat sedap. Sedap ke?

 

Semua Orang tahu aku berpantang duduk sorang. Tak ada apa yang pelik pun kan. Mostly Sekarang ramai dah ibu moden berpantang keseorangan. Ada yang Mak dah tak ada, ada kes kena tinggal suami, ada yang jenis tak Ngam dengan Mak mertua, Cuma Sedih sikit lah, bila tengok orang lain di tatang manja waktu berpantang sampai air minuman pun siap berhantar ke katil. Lepas tu penat dia agak lebih banyak dari biasa sebab dari berak kau sendiri sampai ke berak anak kau kau buat semua. Perut kau, perut anak both kena jaga juga.

 

Bagi orang yang berduit, Senang lah, order pakej menu pantang which is aku dah survey.. Paling murah rm60 Sehari. Kalau nak up lagi, tempah pakej satu set terus yang mana, siap ada orang datang Tidur rumah kau, atau balik hari – urut, Tungku bengkung kau, mandikan baby siap memasak sekali. Yang penting, ongkos nya mesti ada.

 

Unfortunately, keadaan aku buat masa Sekarang tak mampu pulak nak tempah order pakej tu. So segalanya sendiri juga lah. Tapi Tuhan Maha Kuasa, di hantar nya sahabat handai datang tak putus putus bawakan makanan, belikan barang dapur, datang memasak, datang jaga kan baby, bawa ubat ubatan traditional & sebagai nya sepanjang 44 hari aku berpantang. Walau tak sesempurna orang yang ada suami Dan emak jaga, aku bersyukur sangat.

Jamu Homemade pemberian adik angkat

 

Cuma satu je problem aku –
Aku confused. Berpuluh sahabat handai yang datang kisah kan aku, berpuluh juga lah nasihat pantang larang aku terima. Aku ni boleh dikatakan agak mendengar kata. Tapi Kalau setiap pesanan & nasihat yang aku dapat keep on contradicting with each other.. Aku rasa aku boleh meninggal dunia.
Ada yang kata ayam & daging tak boleh makan, Ikan je boleh. Ikan pun ada jenis dia.
Ada yang kata ayam & daging boleh makan.
Ada yang kata ayam Kampung je boleh makan.
Ada yang kata ayam & daging boleh makan Tapi kena masak kering kering.
Ada yang kata Ikan tak boleh makan. Nanti miss V Bau hanyir.
Ada yang kata Jangan minum banyak air nanti miss V becak.
Ada yang kata kena banyak minum air untuk elak Sembelit Dan helps with breastfeeding.
Ada yang kata – belasah je. Semuanya ikut badan masing masing.
And the list continues… Hampir buat aku jadi gila.
Jamu, herba, tradisional Sarawak, pemberian member dari Sarawak.
Bila Google, lagi la hampeh. Aku tengok rata rata resepi untuk orang berpantang bukan main lagi lazat cara pembuatan dia. Macam nak bagi makan Tuanku mengidam. Dan barang lauk yang mereka masak tu, termasuk dalam list TAK BOLEH MAKAN MASA PANTANG. Argghhhhhh.
Tapi yang aku pasti – yang Pahit Itu ubat. Yang best best tu semua bawak penyakit.
Ayam masak Kachanma

Aku cakap serious. Aku masih pegang bab petua makan nasi tanpa Kuah. Kering kontang. Lepas tu segenggam je nasi nya. Tapi aku tetap consume banyak air sepanjang hari to stay hydrated. Walau aku tak menyusu macam ibu lain yang punya susu badan macam air terjun Niagara falls, aku tetap dehydrated lepas susukan anak walau tak sampai 30 minit. Lagipun Kalau aku tak cukup air aku boleh sakit kepala. 1st 2 weeks lepas beranak hanya makan nasi dengan serunding daging. Ada pula orang Sedih lihat aku makan tu hari hari.. Serunding tu mahal kut.. Tapi Adik angkat aku yang pos berkilo kilo. Aku tak tahu berapa ratus ringgit dia habis Beli serunding tu bagi aku.
Ini special gila, adik angkat aku from Terengganu lepak rumah aku 3 hari, siap buatkan nasi ayam untuk aku yang berpantang. Ini pantang nampakkk
Tapi aku percaya yang makanan untuk sembuhkan sakit dalaman Memang tak sedap. Tambah lagi Sakit hati pun iya makanan untuk baik sakit ni.
Adik Angkat dari Terengganu siap buat homemade fish ball soup.
Tapi aku ni jenis beruntung. Sahabat handai datang bawak makanan, masakkan menu sedap sedap Tapi pantang compliance to them. So aku belasah lah juga. Tapi Itu bila dah masuk 3rd week after bersalin. Cuma luka aku lambat baik bukan sebab makan. Tapi aku buat kerja rumah, drive sana sini & uruskan baby sendiri bagai beranak ikut lobang telinga gitu. Itu aku tak dapat nak elak sebab aku sorang sorang. Aku terpaksa laku kan untuk kelangsungan hidup (cewahh) sebab aku tak sanggup nak susahkan kawan asyik kena drive aku sana sini. Mereka pun ada life & problem sendiri.
Sekarang aku dah lepas pantang 44 hari. Ada yang suggest Sambung ke 100 hari. Hati aku menangis dalam diam sebab aku dah rindu kan KFC. Tapi dalam masa yang sama, aku teringin juga dalaman aku sembuh macam dara sunti.
Hingga Kini, lauk, makanan pantang yang sebenarnya masih lagi jadi misteri. Bila aku cerita dekat botak, semua bagi dia adalah bullshit. Tapi serious aku cakap. Aku tak pernah seconfuse ni sepanjang aku hidup.
 
Dalam pada aku nak Sambung pantang ke 100 hari, hari ke 45 aku di celebrate oleh member aku dengan Setengah dozen donut Krispy Kreme.
Matilanakkkk.

Comments

comments

Leave a Reply

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com