Day Trip to Lake Havasu City, Arizona.

Back to my road trip in the desert.

Untuk pengetahuan semua, rumah kakak Botak located in Tri- State Area. Di mana, sempadan nya dengan 3 negeri lain just 20 minutes drive away. So, lokasi rumahnya di Laughlin, Nevada. bersempadan dekat sangat dengan Arizona dan California. Sebab tu lah masa road trip aku di sana, sekejap sekejap di Arizona, sekejap sekejap di California. Macam banyak duit benar nak ulang alik ke tiga tiga kawasan tu. Padahal, sebelah tu je pun.

This time I would like to write about my experience visiting Lake Havasu City, Arizona. The two main things that really stand out here is the LONDON BRIDGE and the ISLAND. I was like, really? A London Bridge in the middle of the small town in Arizona, USA? Really? an Island with a beach in the state that is well known for its dry land? Pelik sangat tau.

Lake Havasu City ni boleh dikatakan bandar percutian dan persaraan. Dekat sini memang ramai orang yang dah retire beli property. Style orang Amerika ni, kerja kuat kuat masa muda, bila dah bersara, mereka akan beli rumah/ hartanah di luar kawasan hiruk pikuk dan settle down (dan juga menghabiskan sisa sisa hidup) di tempat yang tenang, bercuaca selesa serta punyai lanskap yang indah. Bagi aku, kiranya reward to themselves lah. Selepas kerja kuat, besarkan anak anak, bayar hutang loan sana sini …

So, bila kau datang sini, 70% boleh dikatakan orang tua lah penduduk / pengunjungnya. Memang boleh lihat keadaan dimana anak anak datang melawat ibu bapa mereka time springbreak, bawak cucu jumpa atuk nenek, dan mereka jalan jalan di bandar ni, quality time sangat.

Our road trip crew 🙂 is having brunch. Tapi sorang dah tidur
Decent food price for decent taste and portion.

It’s a beautiful, tranquil town with beautiful waterways and layout. Very the tranquil. Tengok la sikit punya relax itik ituk tu berenang…Not too many crowds or traffic. Pada mereka yang suka pose, memang elok benar. Aku yang dah lama tak pose due to post labor, pun tergedik nak posing sikit. Kannn.

About the London Bridge, memang jambatan ni datang dari London. IT WAS ORIGINAL LONDON BRIDGE BUILT IN 1831 OVER THE RIVER THAMES IN LONDON! Not A replica! It was dismantled and the blocks was numbered, shipped to USA via port in California and then to Lake Havasu City. Reassembly look place in 1968. Macam pasang lego.

Tiang lampu di sepanjang London Bridge ni, adalah dari  besi meriam tentera Napoleon Bonaparte yang di cairkan. Dan ada orang cakap, jambatan ni berhantu pada tengah malam. Tapi tak ada la hantu sampai orang eksiden mati berdarah darah macam dekat negara kita. Cuma nampak bayangan polis British jalan ke hulu kehilir serta ‘woman in black’. Uuuuuwwww…..

Enough about eerie story about this London Bridge. Aku tak kena sampuk or tak ada benda pun mengikut balik lah. Cuma aku nak tunjuk betapa indahnya pemadangan di kiri dan kanan, dari atas bridge ni ok?

Cuaca terbaik. Nampak terik ubat jeragat tapi angin sejuk nyaman sepoi sepoi language. Memang hilang serabut kepala otak.

Dekat sini pun ada trend kunci padlock. Tapi bukan kau kunci cintaku di dalam hati mu dia punya message. Tapi padlock ini lebih kepada memperingati mereka yang meninggal dunia. Ahli keluarga tersayang yang dah pergi..

Lepas kami habis brunch di seberang sana, kami melintas jambatan London Bridge tu ke sebelah sini. Sebab sebelah sini have more shops and area to stroll.

Salah satu aktiviti kau boleh buat dekat sini ialah naik boat pusing pusing sungai ni. Tak silap aku dalam $30 per ride. Kami tak naik boat tu. Kelihatan beberapa kumpulan remaja berbikini di sini, meraikan cuti Springbreak. Air sejuk gedi, boleh pula mereka berbikini mandi manda.

Gelato ice cream $3 per scoop.

Bukan setakat London Bridge sahaja, there is a water fountain area that is decorated with British flavor.

Seperti yang aku cakap berpuluh kali, yang kami sekeluarga belum pernah sampai ke Eropah mahupun Kota London, so jadilah dapat merasa situasi Kota London di sini walau secoet.

Kan.. korang pun bergambar dengan red phone booth ni dekat London city kan? Hahaha. Cuma bezanya aku bergambar dekat Arizona je.

Kemudian kami drive sikit untuk ke PULAU. Memang pulau ni tak ada nama. Memang nama dia ISLAND sahaja.

If you ever wonder about the ‘island’ in Arizona, below is the screenshot to make you understand where the name came from. Ianya salah satu pulau di dalam Colorado River. Dan kalau kau perasan, seberang sungai Colorado tu adalah California.

Kalau tengok keadaan sekeliling, angin, rumah api, memang terasa bagaikan pulau di lautan. Kalau tak faham lanskap dan geografi, atau dalam tidur tiba tiba buka mata sampai sini, memang kau akan ingat kau dekat pulau. Until you taste the water. Tawar.

Next, aku akan ceritakan pengalaman melawat ‘Ghost Town’ yang namanya ‘Oatman’. Very wild wild west koboi style gitu. Tapi busuk.

okbai.

Comments

comments

2 Comments

  1. Scha Nazri

    April 15, 2018 at 2:10 pm

    Hi. Cantiknya Arizona. Cuaca dia panas tak? Ke breezy je? Cantik betul airnya. Jernih je.

    Just discovered your blog! Excited to read more!

    1. heartboxx

      April 17, 2018 at 2:53 pm

      Hi, Terima kasih baca belog saya. Cuaca nya panas start bulan June. Ada heat wave. Depa padang pasir macam dekat Iraq. Tapi masa awal tahun dan hujung tahun memang nyaman la.

Leave a Reply