Happy Mother’s Day (to me)

Happy Mother’s Day to everyone!

Actually tahun ni dah 2nd time aku jadi lalu Mother’s Day ni. Nothing special pun. Aku sakit kepala 2 hari. Tak ada la dapat hadiah bunga ke apa. So teori yang mengatakan dapat suami mat salleh ni Romantik, prihatin segala tu tidak lah benar sama sekali. Tapi botak memang cadang nak bawak aku makan dekat restoran Thai hari ni. Tapi restoran Thai yang konon sedap tu tutup pula hari Ahad.

Ok la, aku dapat 1 tangkai bunga. Tu pun mak mertua aku bawak balik dari Church Ahad dia. Church sini bagi bunga setiap wanita yang pegi sana hari ni. So Mak Mertua aku bawak balik 3 tangkai. Aku satu, dia satu, dan satu lagi sure for anak perempuan dia yang meroyan tu. 

Botak tolong mandikan Athena Sophia adalah merupakan hadiah bagi aku on this Mother’s Day. Hahaha. Special kan?

Ok lah, Athena Sophia masuk bilik dengan sehelai kertas yang dia kaler sendiri. Botak printkan konon Mother’s Day card and let Athena Sophia choose the crayon color, color it and handed it to me masa aku masih lagi atas katil. Cair hati aku. Tu belum lagi pandai berkata kata bodek bagai. Mesti aku nangis terus.

Ok la, botak sanggup tunggu dekat Target hari ni sebab aku nak jalan jalan tengok barang mekap. FYI, dekat USA ni tak perlu pegi ke Sephora untuk beli barang mekap. Dekat Target pun kau boleh berjam jam dalam situ. So aku dapat la beli eye shadow sama baju untuk Athena Sophia hari ni. Haha

To those who have no kids, you are still a mother too. Ada kucing, you are  a mother to your cats. Yang dah kawin Tapi belum ada anak, you are a mother to your husband who, 80% of the time they are acting like a kid. Kan? Dan pada mereka yang jaga anak anak sedara.. you are a mother too. There is a mother in all of us women, with or without biological child. Please remember that. 

Meanwhile, trees in Alaska has started to spring up. Ku lihat hijauuuuu..Tapi still la, langit mendung, cuaca sejuk. Still aku tak boleh buat apa apa aktiviti menarik dekat sini.

So, oklah. Tahniah kepada ibu ibu yang dapat hadiah gelang emas pada Hari Ibu Hari ini.

Comments

comments

2 Comments

  1. Najihah

    May 15, 2018 at 2:58 am

    Cute nya Athena!

Leave a Reply