LAZY COOK – Holy Moly, Guacamole!

Dah lama aku tak share posting masak memasak kan? Maklumlah, sejak ada anak, aku memang malas nak mampus memasak. Nasib baik ada suami yang gila dengan makanan macam macam dekat luar sana (especially bila dia di Malaysia), jadi aku boleh dikatakan ‘terselamat’ la sikit dari kemurkaan sang suami.

Jadi semalam aku ada share pasal homemade applesauce di Facebook. Sebab Botak ada beli sebungkus apple. Dia ingat aku suka makan apple. Aku bagi tau dia “I only like to eat apples while I was pregnant to Athena Sophia. Now, I hate apple” 

Terbeliak mata dia.

Jadi sapa nak makan apple tu semua? Botak tak suka apple. Athena masih tak ada gigi penuh lagi. So, dari pada buang apple tu, dia buat applesauce. Athena memang suka makan puree buah pun. Termasuk applesauce. Lagipun, kalau kau ada apple yang dah lembik, boleh buat applesauce. Buah Pear, apricot pun boleh buat sauce bagi baby makan. Elok. Very organic. Lepas botak dah siap buat, dia paksa aku try pula. Angin aku satu badan. Siap bawak masuk bilik paksa aku try. Hmm, Sedap la pula. Tapi itu untuk Athena Sophia. Apple sauce ni boleh simpan lama dalam peti ais. So boleh la buat banyak banyak sekaligus. 

Lepas tu aku cakap dekat dia, “why don’t you make guacamole? I love guacamole.” Terbeliak mata botak. “ah yes, I know how to make it. I used to make a good guacamole.” Balasnya pada aku.

Esoknya, aku bangun dari tidur, aku pegi dapur. Nampak dia tengah mengesahkan avocado. Wah? Buat guacamole ke? You bet he is!

Apa itu guacamole? Guacamole ni adalah Avocado lenyek, di campur dengan tomato, perahan limau nipis, bawang, cili dan cilantro. Ianya adalah merupakan sajian Mexico. Aku teringat ada salah sorang blog reader aku pernah request dekat Facebook “Akak! Nanti share resepi sihat namati”. Jadi aku rasa, guacamole ni merupakan salah satu resepi mudah, sihat dan sedap.

Guacamole ni elok la untuk orang yang nak eat clean. Boleh makan begitu sahaja, or cicah tortilla bakar (capati), atau cicah dengan Nachos chips (ada dekat supermarket, Nachos tu diperbuat dari jagung) atau nak lagi special, campur dengan chicken grill dan wrap dengan wrap, panaskan kejap. Sangat lah sedap. Wrap gandum tu ada je dekat Giant. 

BAHAN BAHAN:

Avocado (yang agak lembut isinya) : 3-4 biji – Lenyek

Bawang Besar sederhana : 1/2. – Cincang dadu

Tomato besar : 1 biji – cincang dadu

Limau nipis : 1-2 biji – perah

Cilantro : suka hati. – Cincang

Cili padi: Suka hati ikut level kepedasan korang – Cincang

*actually kan, sukatan tu boleh di ubah. Kalau kau suka bawang lebih..masam lebih..tomato lebih… kau boleh taruk lebih lah.

CARA CARA:

Gaul semua.

Siap.

Kah kah kah. Mudah  kan? Tak de kena api pun. Ini bukan memasak!

Boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk  penggunaan seminggu. Tapi aku boleh gerenti, korang akan habiskan dalam hari tu jugak lah. Sebab sedap dia… Umpphhh. Botak tak letak garam. Actually kalau letak garam memang akan lagi sedap. tapi tak jadi sihat la pulak kan?

Senang kan?

Aku makan dengan wrap. Nak bagi rangup wrap tu, aku goreng manja manja minyak tipis olive oil. Then cicah macam makan capati. Elok la untuk makan malam bagi mereka yang nak kawal berat badan bawah 60 kilogram. Nak pergi tengok fashion show tak?

Kalau korang ketagih, jangan salahkan aku.

P/S: Sorry lah gambar tak artsy. Sebab tak plan pun nak buat guacamole dan share. So main snap je. Stail kampung la katakan. Lapar pun iya.

Kalau kau rasa resepi ni sedap, sila klik iklan dalam post ni. Hahahaa.

Comments

comments

Leave a Reply