Instagram Worthy Christmas Set Up at Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

Dua tiga hari lepas, kami sekeluarga buat sessi menjelajah big shopping mall di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Memang dah jadi hobi sejak masa aku single lagi, bila musim perayaan, aku sibuk ke shopping mall tengok dekorasi di ruang utama mereka. Setiap orang lain minatnya. Dan aku, aku ni jenis sangat minat dan menghargai skill dalam extravaganza elaganza over the top themed decoration type. ‘Less is more’ isn’t my cup of tea. Excessive, intricate, glitz and glam ornate is more I like it.

??? @klcc.my #justbaby #justbabies #baby #mixedbabies #mommydiary #athenasophia #babygirl #diaper #diapers #happybabygirl #onesie #out #outdoors #igers #blogger #bloggers #malaysianblogger #bloggermalaysia #cute #cheeky #cutemoment #moment #xmastree #xmas

A post shared by Malaysian/USA (@normikahar) on

Too bad masa Chinese New Year dan Hari Raya, aku tengah sarat dan dalam pantang (keseorangan). So aku tak berpeluang untuk buat benda yang sama. Cuma kebetulan Oktober – December 2017 ini lah hidup aku agak lengkap dengan suami disisi. So,memandangkan kami 3 beranak asik terperap di rumah, jadi kami luangkan sedikit masa memandu ke dalam arus trafik jahanam Kuala Lumpur. Serious aku cakap, aku hanya ke Bukit Bintang area hanya setahun 3 kali. Begitulah antinya aku terhadap hiruk pikuk Kuala Lumpur sejak mencecah usia 40-an.

Among of all mega shopping mall (Pavillion/ Suria KLCC / 1 Utama / The Gardens / Mid Valley / Sunway Pyramid) it is no doubt that Mid Valley MegaMall always appear as a winner in festive themed decoration. Memang kalau ke Mid Valley Megamall time time musim perayaan, standby kamera bagus sajalah plus sedikit kesabaran.

Dia punya prop setting game memang strong. They able to bring another world into their center court and turns everybody into a child. Masa ni lah kau boleh tengok lelaki macho pose cute cute. Sampai tersenyum aku dibuatnya.

It is so perfect, their lighting set turns your shot into agfa mode. Very Christmasy and studio like gitu. Boleh buat poskad. So pada sapa sapa nak ambik family picture shot dengan background yang awesome dan free, sila lah datang ke Mid Valley Megamall.

Kebetulan aku tak pernah upah fotographer untuk ambik gambar Athena Sophia di Studio macam mak mak lain, letak anak dalam bakul, dalam besen siap berkostum udang karang, (Bukan aku tak suka, aku tak sanggup nak spend duit ikut situ sebenarnya), set up macam ni lah aku ambil peluang untuk rakam kodak moment untuk Athena Sophia.

Ini pun aku tak beria bawak kamera Sony aku. Just guna phone One Plus 3 aku yang skrinnya retak seribu dan edit sikit sikit guna software Photoscape di laptop.

Tapi, bila dah free macam ni, kau kena sabar sikit lah. Orang dia bukan sikit ok. Beratur nak posing for Instagram like. Belum lagi dengan manusia yang tak reti beratur. Main terjah saja walau nampak kita dah tercongok dekat situ tunggu giliran. Memang boleh mendatangkan strok otak kalau tak sabar kau tahu?

So, ini adalah antara gambar gambar yang sempat aku rakam sebelum botak naik angin. Botak berpeluh. Lampu spotlight tu panas ok. Athena Sophia pun tak lah senyum sangat. Mood dia pun macam bapak dia. Bosan dengan crowd plus dia pun sibuk juga nak mengamati keindahan dekorasi sekeliling. So, mana nak senyum lagi, mana nak posing lagi kan.

Kau tengok lah betapa ramai nya manusia. Some of the pictures aku terpaksa edit buang orang nak bagi nampak Athena Sophia sahaja dalam gambar. (very novice skill though, haha)

Akhir sekali, aku sudahi post ini dengan Athena Sophia melambai tangan ‘no more picture please,’ pose.

Haha.

Kuala Lumpur, Malaysia

 

Comments

comments

Leave a Reply