INTRO: Pengalaman Pertama Jadi Wheelers. Hidup di Jalanan dari Washington ke Arizona, USA.

Sempena Maal Hijrah 2016, aku sekarang pun dalam perjalanan berhijrah ke Arizona, sambil sambil tu, berkelana di jalanan (Road Trip gitu) dengan botak sambil belajar hidup on the move. First time belajar nak jadi ‘Wheelers’ (life on wheels).

Maybe bagi mereka yang biasa merantau, apa yang aku nak cerita ni tak ada lah seberapa wow sangat. Tapi personally, ianya sangat wow bagi diri aku sendiri sebab ini merupakan pengalaman pertama aku dalam hidup. Wow sampai aku stress memikirkan tentang apa akan jadi 5 bulan akan datang hasil dari percubaan ini. Selama ni main main glamping pakai rumah mewah bertayar 6 di sekitar Alaska je. Punya lah aku ketakutan, aku menangis dekat mak mertua yang selama ini, dia dan bapak mertua aku merupakan ‘safety net’ bagi kami sejak aku berpindah ke Alaska mengikut botak. All in all, setelah hampir 3 tahun kami menikah, inilah kali pertama kami betul betul cuba hidup sendiri, jauh dari keluarga masing masing.

rv-park-in-bellavue-seattle020

Botak diberi kepercayaan oleh bapanya untuk ambil alih Motorhome atau RV berukuran 44 kaki (bukan secara percuma, sambung bayar daaaa). Sepatutnya, hidup on the move ni merupakan impian mak bapak Mike selepas mereka bersara. Ye lah, setelah berpenat lelah selama berpuluh tahun menghambakan diri membesarkan, menyekolahkan anak anak, mengorbankan kehendak diri untuk kesejahteraan sebuah keluarga, jadi kini tiba masanya untuk mereka lepas bebas dari sebarang bebanan dan menikmati keindahan bumi ciptaan tuhan yang mereka tak pernah berkesempatan untuk nikmatinya selama mereka hidup. Tapi disebabkan masih terdapat bebanan yang ditanggung seolah bagaikan barah pulak aku lihat, mereka terpaksa menangguhkan impian mereka. Mungkin rezeki aku dan Mike barangkali. Cuma bezanya, kami suami isteri do it in totally reverse. Macam satu test kehidupan pula.

rv-park-in-bellavue-seattle001

Sebelum aku pegi detail kepada susah senang, sedih gembira as a Wheeler, aku rasa eloklah aku bercerita benda yang paling asas dalam proses ni – iaitu the wheel itself. Tak silap aku, aku pernah bercerita sedikit sebanyak pasal Motorhome ni dalam post aku terdahulu. (Baca Sini).

44 foot RV, 100 gallon (diesel) for full tank costs about $175 (depends station kat mana. Lain stesen minyak lain harga) can can go up to 550 – 600 miles (885 – 965 kilometer, depended on road, kalau bergunung ganang, banyak la makan minyak.)

Kelengkapan interior nya boleh aku samakan dengan 1 bedroom studio apartment, cuma bezanya, layout memanjang. A decent queen bed size with plenty of storage cabinet, little bathroom totally separated with toilet bowl, vanity cabinet with sink, little L Shaped kitchen cabinet lengkap dengan Mikrowave, peti ais 2 pintu, 3 stove cooking unit dengan Oven, double sink, pantry storage, ruang makan untuk 4 orang, 3 seater sofa + 1 arm chair di ruang tamu, plenty of window lengkap dengan langsir dan shades, TV, heater system, hot and cold water system, carpeted floor dan yang paling best, isi dalam kelengkapan macam blender, coffee maker, pinggan mangkuk sudu garpu, towel, stokin, selimut, bantal, mak nenek semua mak mertua dah penuhkan beberapa tahun yang lalu. Frankly speaking, rumah apartment aku dekat Shah Alam pun tak selengkap Motorhome ni sebenarnya. Soket elektrik jangan cerita lah, meriah.

Tapi jangan ingat bila kau dah ada Motorhome ni, kau boleh park sesuka hati, hidup rental free. Disposal of wastage dari tangki septik, bekalan air bersih untuk kegunaan harian hanya boleh di buat pada tempat tempat tertentu dengan bayaran. Kau ingat power elektrik untuk kau bakar kek, heater system, caj henfon dan main laptop ni datang dari generator semata ke? Satu je kena ingat, Amerika ni, kalau siangnya panas pun, malam kau akan beku kesejukan tanpa heater.

So perkara kedua penting for Wheelers atau Road trippers ialah – Parking.

rv-park-in-bellavue-seattle022rv-park-in-bellavue-seattle021

Ada juga yang berani berani tahi kambing park dekat parking free wholesale grocery shop macam wallmart, Costco dan sebagainya. Tapi selalunya memang akan kena report la kan. Sebab itu parking awam. Bukan untuk kau buat rumah. Tepi jalan, tepi semak is a no-no. Memang polis cepat je datang suruh kau clear jalan. Tapi ikut nasib juga. Kalau kau nasib baik, malam tu tak ada gangguan la.

rv-park-in-bellavue-seattle019

Pelbagai saiz dan bentuk RV kejiranan kau dekat sini. Dari semewah mewah secanggih canggih ada 60 inci skrin TV

rv-park-in-bellavue-seattle018

Hingga lah sekecil kecil macam pembakar roti. Ada kecik lagi dari ni. Tapi tak sempat ambik gambar daaaaa…

rv-park-in-bellavue-seattle023rv-park-in-bellavue-seattle014rv-park-in-bellavue-seattle002

Hidup di jalanan bagi geng ‘wheelers’ ni sebenarnya bukan cikai cikai jugak. Keselesaan dan keselamatan tetap jadi keutamaan. Aku tak pernah ke Europe, so aku tak tahu keadaan bagi ‘wheelers’ kat sana. Tapi di USA, macam satu lifestyle jugak lah. Sebab tu terdapat banyak RV Park di serata bandar dan highway untuk kau pilih dan plan berapa lama kau nak stay/ explore kawasan tu. Macam hotel jugak, ada taraf bintang jugak la. Ada Inns sampai ke title RESORT.

Buat masa sekarang kami lepak di Seattle. Kenapa Seattle? Sebab Mike dulu belajar sambil kerja kat sini. So dia nak jumpa kawan kawan lama dia, kenalkan bini dia ni, selama ni kawan kawan dia tengok kat FB je. Jumpa 4-5 tahun sekali. Jadi haruslah kami lepak di sini barang 4-5 hari.

Botak pilih untuk stay di luar downtown Seattle. Macam hotel jugalah, kalau dalam bandar lagi mahal rate dia. So Botak pilih area Bellevue. Kami stay dekat parking bertaraf Inns sahaja. Tapi yang penting, lengkap dengan electrical hook ups dan fresh clean water.

rv-park-in-bellavue-seattle002

Walaupun Inns, aku rasa cukup berpuas hati lah. Ianya lengkap dengan Indoor swimming pool, jakuzzi dan Sauna. Tempat mandi dan toilet bersih (Separated for Male and Female), Laundromat, TV room, BBQ area Wifi segala. Aku rasa better than stay dekat hostel lah. Peaceful & quiet adalah keutamaan. Sebab kebanyakan Wheelers ni warga emas. Macam biasa, aku dan botak merupakan peserta termuda dekat sini. Mike pernah buat lawak dekat aku, dia tunjuk penduduk salah satu RV Resort di Arizona punya resident. Dia kata kat aku “these will be your friends and neighbors when we in Arizona”.

660x450_fg-craftsale

Sedih aku. Hahahaha.

rv-park-in-bellavue-seattle004

Basah sikit sebab ada orang baru lepas mandi. Tapi overall memang bersih dan tak ada bau. Aku mandi tengah malam sorang sorang tak rasa takut hantu macam zaman kat hostel sekolah dulu. Hahaha.

rv-park-in-bellavue-seattle005rv-park-in-bellavue-seattle006rv-park-in-bellavue-seattle007rv-park-in-bellavue-seattle008rv-park-in-bellavue-seattle009rv-park-in-bellavue-seattle010rv-park-in-bellavue-seattle011rv-park-in-bellavue-seattle015rv-park-in-bellavue-seattle016rv-park-in-bellavue-seattle017

Rate satu malam dekat sini is $69.24 tax included. Lain bandar lain tax rate dia. Untuk Washington, 9.5% Sales Tax + 5.9% Hotel Tax. Boleh tahan la kan. Tapi setiap Park and Resort ada weekly, monthly, semi annually and yearly rate. Lagi lama stay lagi murah sebenarnya. Jangan tak percaya, memang ada orang stay dekat tempat ni berbulan bulan siap tanam bunga dalam pasu letak dekat tangga Motorhome lah ok? Paling aku suka, Trailer Inns RV Park ni is nearby shops and restaurants. Walking distance je. Malas masak, pi lah Pizza Hut sana. Waktu Check IN 1 pm dan check out 11AM macam hotel jugak.

So, untuk 4-5 hari pertama ni, rasa macam aman sejahtera jugak la kehidupan aku ni. Mengadap muka botak je. Sembang tentang isu dunia yang tak sudah.

Oklah, takat ni dulu. Nanti aku cerita la apa yang aku jumpa masa lepak di Seattle ni on the next post ya.

TRAILER INNS OF BELLEVUE, LLC

15531 S.E. 37th

Bellevue, Washington, 98006

bellevue@trailerinnsrv.com

8367150290_f64071bebb_o3

Bellevue, Washington.

Comments

comments

16 Comments

  1. Wiween Mihad on Facebook

    October 10, 2016 at 6:03 am

    Salam kenal kak nyonya. I am a silent reader of ur blog. ☺

    1. Wiween Mihad on Facebook

      October 10, 2016 at 6:21 am

      Suka baca cerita2 kak Normi Kahar Goodwin dr masa akak duduk di Alaska. sy bru berjinak2 travel. Hehe.

    2. Wiween Mihad on Facebook

      October 10, 2016 at 6:23 am

      Tq kak. Tq for the tips too. Entah bilalah nak jejak kaki ke US. Fulus belum cukup Haha

    3. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      October 10, 2016 at 6:24 am

      Try dekat dekat dulu. Akak first naik kapalterbang melancong ke langkawi je dulu dulu.. Slow slow…

    4. Wiween Mihad on Facebook

      October 10, 2016 at 6:30 am

      Sy first pegi sarawak. Takat ni bru pergi 4 negara luar je kak. Slow2. Kumpul duit sikit2 kan. ☺

  2. Hailey Kamal on Facebook

    October 10, 2016 at 6:12 am

    Selama ni tengok kat tv kisah wheelers ni, now I have better picture what is actually going on behind, good write up!!

  3. Bill Goodwin on Facebook

    October 10, 2016 at 1:47 pm

    Nice pictures, Normi, but can’t read Malay text. Do you still do English translation?

Leave a Reply to Normi Kahar Goodwin on Facebook Cancel