Jalan Jalan di Las Vegas : Part 4

Salam bulan May tahun 2018. Bulan paling mendebarkan bagi rakyat Malaysia. Walau aku duduk di Alaska, aku pun berkobar juga nak tahu keputusan Pilihanraya Umum kali ke 14. I wish I can watch the voting count live from here.

Aku masih punya few stories pasal Las Vegas. Jadi banyak episode sebabnya banyak gambar dan video sebenarnya. Lagipun kami ulang ke sana sampai 3 kali. Jadi memang banyak lah yang nak di ceritakan. Harap korang tak boring ya.

Seperti yang aku katakan pada post yang sebelumnya, lawatan kami ke Las Vegas kali kedua sangat lah best compared to the first visit. Aku tak tahu la bagi botak dan yang lain lain. Tapi bagi aku, sangatlah seronok. Seronok sebab banyak spent outdoor dari indoor. Jadi pesan aku, kalau datang Las Vegas, banyakkan keluar dari bangunan hotel hotel yang ada. Tiga, empat hari asik tengok mesin judi memang boleh jadi gila walau kau tak berjudi.

Salah satu tempat wajib lawat kalau kau datang Las Vegas ialah FREMONT STREET. Please take note ya. Fremont Street ini lah yang selalu buat Las Vegas nampak very the Las Vegas. Masa mula mula aku jejak ke Las Vegas, aku tertanya tanya jugak.. mana dia tempat yang lampu bergemerlapan penuh orang meriah macam disko. Tak ada pun dekat The Strip Las Vegas. Lepas tu abang ipar botak cakap, itu dekat Fremont. Kena keluar town the strip area ni. Naik cab tambang USD 24 sehala. Hahaha. DAN KAU KENA DATANG SINI WAKTU MALAM. Baru meriah full effect dia.

Bila kau sampai sini, barulah kau betul betul dah rasmi Las Vegas lah. Baru terasa Las Vegas nya. Segala macam filem semua buat penggambaran dekat sini untuk menggambarkan betapa meriahnya Las Vegas. Tempat ni juga di namakan “Fremont Street Experience”.

Apa yang buat Fremont Street is special VIVA VISION – the world’s la,largest video screen sepanjang 1,500 kaki, 12.5 million LED lights dan 550,000-watt sound system. Jangan risau, kepala takkan berdengung sebab dia open space. Haha.¬†It’s like a big tunnel of TV with loud music complete with Zip Line called SlotZilla. Meluncurlah kau belah atas bumbung tu dari hujung sana ke sini. Ticket Zip Line ni start dari USD20 hinggalah USD40 per person. Bergantung pada siang atau malam. Sebelah malam tu la yang USD40. Experience dia lain macam sikit sebab lampu lampu tu kan. Kau boleh check it out dekat website dia ada aku link di SINI.

Tengoklah betapa ramai nya orang datang sini. ini pun tak ada apa apa special day like Halloween ke, St Patrick Day ke, 4th of July ke.. kalau hari special macam tu.. aku pun tak dapat bayangkan. Tapi jangan risau, berasak dia tak macam dekat Pasar Ramadhan. Walau ramai macamana orang, tetap disiplin bagi laluan tak perlu tolak menolak pijak kaki, stop tengah laluan bertepuk tampar dengan kawan kawan macam dekat Pasar Ramadhan ya…

Masa dekat sini la kau betul betul macam rusa masuk kampung la.. terdongak dongak.. ambik gambar bagai. Semua orang dekat sini jalan mendongak lah senang cerita. Haha.

Nasib baik bawak stroller. Suka Athena Sophia baring sambil tengok atas.

Dekat sini memang kau boleh tengok street performance pelik pelik lah. Contohnya mamat ni main gitar karan pakai thong saja. Thong ya. Bukan spender biasa biasa. Kau mampu?

Dan ada pentas untuk mini concert. Malam tu ialah performance Elvis Presley impersonator. Macam biasalah. Las Vegas dan Elvis Presley tak dapat dipisahkan. Maskot kut.

dan dibawah gemerlapan lampu entrance Oscar’s Steak House ni lah macam macam filem romantis di rakam.

Dua kali datang Las Vegas, baru nampak bontot wanita tak pakai seluar. Itupun duduk dekat dalam jaga meja poker. Tak semua tempat macam ni. Kalau tak silap aku, dekat sini sama dekat Paris Hotel saja ada. Pun tak lah macam dekat Phuket tu. Sometimes kau tak perasan pun. Senang cerita macam ni lah. benda yang kita jumpa adalah benda yang kita CARI. Macam ada satu mamat famous tu, pegi Mekah pun dia boleh cerita jumpa tempat pelacuran. Aku tak kata dia cari pelacur dekat Mekah. Tapi mungkin dia mencari sisi cacat di sana. Memang kau akan jumpalah kalau itu yang kau cari.

Aku cuma nak cakap, secara live, lampu lampu ni sangat mempersonakan. Aku dah macam kelkatu nak duduk saja dekat situ. Tapi ye lah.. aku bukan datang situ sorang sorang, nak ada masa berangan dekat situ lama lama.

Kalau korang¬† juga jenis suka bershopping di Premium Outlet, sila lah cari hotel di Fremont Street. Sebab Premium Outlet tu ada di area sini juga. Jadi aku suggest kau stay la di Fremont Street ni dalam 2 malam. Shopping siang, malam melangut tengok lampu dekat sini…

Aku terus terang cakap, sejak datang USA, sekali je aku jejak kaki ke Premium Outlet. Itu pun dekat Laughlin sana aku pegi. Serious aku cakap kau, memang kalau dari segi harga, lebih murah dari apa yang kau tengok dekat Malaysia. Tapi, still, Premium Outlet ni untuk pelancong. Harga dia masih mahal la bagi aku. Sebab? Bila kau stay lama di USA, kau boleh pegi ke tempat lagi murah sebenarnya. Tempat seperti Ross dan Burlington. Situ pun tempat clearance barang barang branded juga. Cuma local saja pegi situ.

Kami dekat sini tak lama. Dalam 2 jam lebih saja. Lepas tu bergegas balik ke The trip area. Bukan apa, Kami belum dinner. So, lapar sangat.

Ini keseluruhan video di Fremont Street.

Athena Sophia sangat happy bila ke kedai makan. Bukan makan sangat pun. Selalu kongsi food dengan mommy saja. Tapi dia suka main dengan sudu plastik.

Kami makan di Paris. Sebab kakak botak nak berjudi dekat sana. Kebetulan pula aku nak tengok aku nak tengok Bellagio Water Fountain – which is one of the attraction in Las Vegas as well. Boleh aku miss masa first visit. Hahaha. Bellagio hotel location bertentangan dengan Paris. So elok la, dekat dekat. So kami yang tak berjudi ni split activity dengan yang berjudi.

Aku tak banyak gambar dekat sini. Sebab sebuk rakam video. Memang gempak la kan visual effect dia. Tak kedekut langsung performance. FYI, semua ni free. Datang je ke pekarangan Bellagio Hotel lake dekat depan tu. Muzik dan Water Fountain dimainkan setiap 10 minit, dari gelapnya langit sehingga pukul 12 malam. Orang memang ramai. So kau pandai pandai la cari spot yang agak ok sikit boleh nampak kesemuanya. Kami stay situ dalam 40 minit sebab aku nak ambik different angle. Macam konsert tau feeling dia. Sebab bila water pressure tolak air tu, berdentum dentum rasanya.

Below is the video that I’ve managed to compile and record for your viewing. Aku ada channel Youtube aku sendiri. Dah lama dah actually aku ada Youtube account. Sama lama dengan belog aku ni. Cuma aku kurang promote. Semua rakamana masa aku travel ada di sana. Sudi sudi lah jenguk ya.

This post is getting too long, as usual. Takat ni dulu, nanti next aku sambung lagi. Seperti biasa, kalau suka post ni, Klik iklan yang ada dalam post ni sebagai tanda penghargaan aku taip cerita panjang panjang. Hahahaha.

 

Las vegas, Nevada USA

 

Comments

comments

Leave a Reply