Jalan Jalan Di Seoul : Gyeongbokgung Palace

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE

Sebelum tu aku nak cerita, pergerakan aku dan Mike semasa di Seoul 50% pakai train dan 50% lagi pakai kaki dua batang ni. Sistem subway bandar di Seoul amat terbaik macam di Jepun. Mereka ada 18 line dan setiap line diwarnakan berlainan warna. Stesennya sampai kesetiap ceruk. Bukan ke shopping mall sahaja. Kemungkinan sesat – ya. Kerana subway mereka ni 3 – 4 tingkat lapisannya. Tapi kau takkan sesat sampai ke Taiwan lah. So, kena cekap baca map laluan subway. Kalau iya sesat pun, elok juga. Bukankah pengalaman sesat dalam mencari sesuatu itu juga merupakan pengalaman dan menambah ilmu?

Bagi yang tak puas hati dengan sistem train dalam bandar di Kuala Lumpur/ Selangor, boleh lah datang ke Seoul ni naik train puas puas macam kekonon masuk dalam taman tema Disneyworld ya. Sungguh seronok dua ronok.

visit gyeongbokgung seoul 10

train in seoul 1

train in seoul 2

Boleh dikatakan 99% tempat wajib lawat di sekitar Seoul memang boleh sampai pakai subway train. Sila ambik map panduan melalak di persekitaran Bandar Seoul di Airport (kalau tak sabar lah) Sebab kebanyakan yang ada di hotel, versi bahasa Inggeris selalu tak ada/ habis. So, kepada budget traveler aku suggest beli City Pass macam dalam gambar ni. City Pass ni boleh di beli di mana mana subway station. Nilai dia KRW3000 dan kau boleh top up di mana mana vending machine yang ada SIGN “T-MONEY” di stesen Subway macam beli air coke je. Kelebihan City Pass ni banyak;

1) Caj dari satu point to another jadi flat rate
2) Caj dari satu point to another lebih murah dalam KRW100-300 dari tambang biasa
3) Boleh pakai untuk semua line hingga ke airport dan bas
4) Boleh pakai di seluruh South Korea. Aku guna kad ni di Busan dan Jeju Island (Bas) jugak.
5) Wallet kau ringan sebab tak payah simpan syiling
6) At the end of the day, sebelum balik, kau boleh pulangkan kad ni ke dalam vending machine dia dan dia pulangkan segala baki duit yang kau ada dalam tu.

train in seoul

Aku sebenarnya tak ada lah excited sangat pasal lawatan ke Istana Gyeongbokgung ni. Sebab keadaan persekitarannya saling tak tumpah macam Istana di Forbidden City di Beijing. Tak banyak beza. Cuma istana Gyeongbokgung ni wujud 25 tahun awal dari Istana di Forbidden City di Beijing tu. Tapi memandangkan manusia ni stereotype, jadi nak lah jugak masukkan lawatan ke istana ni dalam list bila datang ke Seoul.

visit gyeongbokgung seoul 9

Subway : Gyeongbokgung Palace Station (Seoul Subway Line 3), Exit 5

visit gyeongbokgung seoul

visit gyeongbokgung seoul 1

visit gyeongbokgung seoul 2

visit gyeongbokgung seoul 11

Ramainya orang, jangan lah cerita. Tapi agak best sikit sebab belakang istana Gyengbokgung ni selalunya ada live show. So kau boleh lepak lepak minum kopi ais, beli souvenir dan duduk tengok persembahan muzik tradisional Istana Korea sambil rehatkan kaki yang dah lenguh menapak. Al maklumlah, kalau keluasan bukan beratus hektar, bukan istana namanya. Dan kalau kau jalan lagi ke belakang istana ni, ada taman dan tasik berlatarbelakangkan gunung Bugaksan. Kalau kau pegi kena pada masanya juga, kau dapat tengok pak guard tukar tempat depan pagar utama istana ni.

visit gyeongbokgung seoul 17

visit gyeongbokgung seoul 19

visit gyeongbokgung seoul 28

visit gyeongbokgung seoul 5

visit gyeongbokgung seoul 4visit gyeongbokgung seoul 7

visit gyeongbokgung seoul 6

Seperti biasa, lokasi istana sememangnya the best. Kalau kau belajar Fengshui, memang perletakkan dia memang terbaik. Mike selalu cakap kat aku, Raja dan Istana selalu dapat lokasi yang paling best dalam satu satu peta. Mau tidaknya, perletakkan sentiasa di puncak tertinggi dan berlatarbelakangkan pemandangan alam semulajadi yang indah. Pendek kata, kalau demam, terus jadi baik kalau duduk tempat macam ni. Fengshui istana memang terbaik.

visit gyeongbokgung seoul 22

visit gyeongbokgung seoul 20

Yuran kemasukan KRW3000 seorang (RM12). Kalau memang ada niat nak round seluruh kawasan, kasut flat gebu amatlah disarankan untuk cik kak cik kak fashionista ya. Untuk pengetahuan cik kak cik kak fashionista, rakyat South Korea pakai kasut sukan atau kasut flat je setiap hari. Yang korang tengok kasut cantik cantik tu semua artis K-pop je pakai masa show. Kalau rakyat South Korea pakai pun, sebab ada event ke apa..bukan buat pakai berjalan keliling bandar atau ke pasar.

visit gyeongbokgung seoul 21

visit gyeongbokgung seoul 29

visit gyeongbokgung seoul 27

visit gyeongbokgung seoul 26

visit gyeongbokgung seoul 25

visit gyeongbokgung seoul 24

visit gyeongbokgung seoul 23

For more info tentang Gyeongbokgung Palace ni boleh baca disini

visit gyeongbokgung seoul 16

visit gyeongbokgung seoul 15

visit gyeongbokgung seoul 3

visit gyeongbokgung seoul 8

visit gyeongbokgung seoul 12

visit gyeongbokgung seoul 14

visit gyeongbokgung seoul 13

Selepas puas melalak di persekitaran, (sebenarnya kami ada pergi beberapa tempat sebelum dan selepas Istana Gyeongbokgung ni)kami balik ke hotel untuk makan malam. Terlalu letih nak cari makanan halal di bandar, kami memilih menu vegetarian di hotel kami. Kebetulan mereka ada promo, murah sangat. KRW 5000 semangkuk besar ramen nya. Hotel kami stay semasa di Seoul ialah Hotel Ramada di Dongdaemun. Review pasal hotel hotel aku menginap di Seoul, Jeju dan Busan akan aku postkan ntah bila. Haha.

visit gyeongbokgung seoul 30

visit gyeongbokgung seoul 31

Lepas dinner, rehat rehat, kami sambung keluar balik naik train cari Banpo Moonlight ‘Rainbow Bridge’. Ia merupakan Jambatan yang mempunyai air pancur terpanjang di dunia. Sebab dalam gambar dia macam cantik la sangat kan. Tapi bila tengok sendiri, nan hado je. Masa aku kesana, tak ada kedengaran sebarang muzik pun. Tak payah la pegi. Tapi pengalaman menyusuri lorong rumah dalam bandar penduduk tempatan lebih berharga dari tengok jambatan tu sebenarnya. Bersih sangat lorong lorongnya. Rasa selamat walau keadaan agak suram. Orang jogging dan berbasikal ada di mana mana sahaja di bandar Seoul ni. So tak la takut. Kalau korang nak pegi jugak:

Subway : Dongjak Station (Seoul Subway Line 4) exit 1 atau 2. Bila sampai, cari sign board. Jalan kaki 1.5km dari stesen ke jambatan ni.

rainbow bridge seoul

rainbow bridge 1

To be continued.

8367150290_f64071bebb_o3

Seoul, South Korea

Comments

comments

Leave a Reply to Normi Kahar Goodwin on Facebook Cancel