Jalan Jalan di Seoul : N Tower dan Myeongdong Night Market

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE.

Tips: Kalau datang ke N Tower, sila bawak mangga kunci murah siap siap dari rumah.

Macam orang orang lain juga, bila aku pergi melawat satu satu bandar tu, aku mesti tak lepaskan peluang untuk berada di puncak yang paling tinggi untuk melihat keindahan bandar tersebut melalui pandangan burung. Maklumlah, nak sewa tour naik heli tak mampu. Jadi ini je lah yang mampu aku lakukan. Dan sebolehnya aku pilih waktu senja hingga ke malam untuk melihat kerlipan panorama metropolitan sebab belah siang selalunya sama ada banyak kabus atau asap pencemaran.

Untuk baca koleksi aku melawat puncak tertinggi sesuatu bandar, boleh le klik kat bawah ni:

MELBOURNE, AU BANGKOK,TH  / TOKYO, JP / SINGAPORE  / SEATTLE  / MEXICO

Aku ada la pegi Taipei 101 kat Taiwan. Tapi aku tak pernah habiskan cerita trip aku ke Taiwan. Pehal ntah 🙁

Untuk ke Namsan Tower (N Tower) amat lah senang. Naik train dan stop di MYEONGDONG Subway Station. Tapi kalau korang memang stay area Myeongdong, memang cantik lah. Just jalan kaki je untuk ke N Tower. Jangan gusar, memang sign board ada di mana mana tunjuk direction ke N Tower tu.

Myeongdong Subway Station on LINE 4 : At Myeongdong Station, choose EXIT 3

road to N tower seoul 1

Selain dari train, korang boleh juga naik bas. Haaa Kalau bas, memang dia akan hantar korang sampai ke puncak dan tak lah letih kan. Tapi memandangkan kami memang nak merasa naik cable car ke puncak, so kami pilih naik train. Train – Jalan – Cable Car Station – N Tower. Tak jauh pun mendakinya..dalam 10 minit saja.
road to N tower seoul 2
namsan guest house
road to N tower seoul

Bagi yang travel bajet tu, banyak guest house di sepanjang jalan menuju ke N Tower ni. Rate dia aku tak pasti. Tapi surely murahlah dari hotel. Serta lokasi berdekatan/ walking distance dengan Myeongdong Night Market. So elok sangatlah untuk kaki shopping.
Visit N tower in seoul 2
road to N tower seoul 3

Kami sampai dekat area N Tower ni pada waktu senja. Tapi sayang, kabus agak tebal so keindahan senja/ sunset tu memang tak ada lah.
Visit N tower in seoul 1

Ini pemandangan bandar dari stesen Cable Car. Hahaha, so boleh bayangkan jugak lah agak tonggeknya aku mendaki bukit Namsan untuk sampai ke atas ni. Cungap la jugak. Aku tak bohong.
Visit N tower in seoul 3

Tambang naik cable car ni ialah KRW 6,300 / RM 23 untuk round Trip. Kalau korang nak adventure lagi, ambik lah one way naik. Masa turun jalan kaki. Cantik sebenar pemandangan sekitar bukit Namsan ni. Tambang one way cable car ialah KRW 4,800 / RM 18

Ni Video masa naik cable car.

Visit N tower in seoul 29

Dah sampai ke puncak, still kena naik tangga ok. Sejuk. Kebetulan masa aku pegi ni, baru nak masuk Autumn. Angin dia sejuk gigil la. Sila bawak jaket/ sweater tebal sikit.

Visit N tower in seoul 4

Seperti biasa, tempat tempat touristy macam ni, banyak lah perangkap duit dia. Contohnya LOVE Padlock ni. Aku tak tahu la konsep cinta stail kau kunci cintaku di mangga ini. Mike dah berbulu bila aku nak pegi dekat timbunan padlock ni sebab dia risau la tu aku nak beli jugak dan gantung cinta kami kat situ. Alhamdulillah, aku pun bukan jenis menzahirkan perasaan cinta melalui mangga kunci kan. So selamat lah kan. Murah tak murah la Padlock ni. Harga mengikut saiz. KRW6,800 – 10,000

Visit N tower in seoul 5
Visit N tower in seoul 6

Jadi aku SARANKAN korang bawak lah mangga 3 RM 10 dari rumah kalau teringin letak kat sini jugak. Keh keh keh. Kaler emas lagi kan? So, logik tak tips aku kat atas tu?

Visit N tower in seoul 7

Visit N tower in seoul 25

Visit N tower in seoul 26

Sapa pernah naik Tokyo Tower di Jepun, atau Umeda di Osaka, Haaaa.. sama je lah keadaan dia di N Tower ni. Memang orang Jepun dan Korea ni penuh perasaan cinta lah aku rasa. Hari hari cinta. Asal naik tempat tinggi je, ala ala cloud nine gitu. Bulan Madu di Awan Biru bagai lagu kumpulan Search. So, kalau korang baru break ke.. bercerai ke.. tak dak marka ke… kena kental sikit la jiwa kalau naik ke N Tower atau tower tower yang berkonsepkan kasih sayang ni. Orang sekeliling kau semua beromantika d’amor. Kecuali aku dengan laki aku. Macam tak dak perasaan.

Visit N tower in seoul 8

Untuk naik ke Observation Deck, bayar KRW 9,000 / RM 33 seorang. Tapi kebetulan kami dapat kupon diskaun masa beli City Pass, so dapat la 10% off. Actually, ada juga beberapa pakej N Tower ni. Ada pakej termasuk popcorn dan minuman serta lawatan ke Teddy Beaar Museum semua. Ada pakej Dinner dan ada pakej Lunch. Sebab atas N Tower ni ada 3 Restoran yang mana, harganya tidak lah murah. Salah satu restoran tu macam KL Tower la, berpusing.

Memandangkan tujuan kami naik ni nak tengok bandar Seoul dari ketinggian 236 meter, jadi kami beli tiket ke Observation Deck saja lah. Macam biasa, sampai sampai je, kena paksa ambik gambar. Nak beli tak nak, tetap kena ambik gambar tu.

Visit N tower in seoul 10

Tapi kami terperangkap jugak lah dengan perangkap ni. Kami beli. Hihi. KRW10,000 / RM37 sekeping. Mahal kan? Tapi ok lah sebagai kenangan. Dari beli mangga kunci lepas tu tinggal kat situ.

Visit N tower in seoul 9

Visit N tower in seoul 18

Visit N tower in seoul 20

Visit N tower in seoul 19

Visit N tower in seoul 21

Dekat Observation Deck ni hanya ada kedai jual kudap kudapan serta cenderamata. Itu saja lah. Berikut beberapa gambar aku ambik dari menara observation N Tower.

Visit N tower in seoul 16

Visit N tower in seoul 15

Sekali tengok macam lahar gunung berapi pun ada.

Visit N tower in seoul 14

Visit N tower in seoul 13

Visit N tower in seoul 17

Visit N tower in seoul 12

Visit N tower in seoul 11

Kalau dah naik ke atas ni, JANGAN LUPA MASUK TOILET DIA. Setakat ni, ini lah toilet yang punya view yang sangat cantik. Lama la jugak aku dok dalam ni. Bukan sebab pakai lipstik, betul kan mekap ke apa, tapi sebuk ambik gambar aku selfie sorang2 kat sini. Gambar selfie tu..tak perlu lah aku letak kat sini. Biarlah ia menjadi koleksi berangan ku sendiri. Kikiki.

Visit N tower in seoul 23

Visit N tower in seoul 22

Kami kat atas ni dalam 30 minit je kut. Lepas tu turun bawah balik. Lapar. Masa untuk mencari makan malam lah kan. Tapi sebelum tu sempat la jugak mintak sorang student Korea ni ambikkan gambar kami berdua, ala ala love birds gitu. Mana tahan tengok pasangan beromantika sedangkan kami tak de langsung bergambar berdua. Tapi hampeh, aku set kamera AUTO pun budak ni boleh goyang blur habih the one and only gambar kami di luar N Tower. Hampas kelapa betul lah!

Visit N tower in seoul 27

Visit N tower in seoul

Visit N tower in seoul 28

Memandangkan Myeongdong Night Market kat bawah kaki bukit Namsan ni, so kami pegi je lah. WOOOOOOO… macam Pasar Malam Jalan TAR aku cakap kau. Maksud aku, kekecohan manusia kat situ. Membeli belah macam tak ada esok hari. Tapi, aku memang suggest korang datang la sini kalau nak beli apa apa MADE IN KOREA. Memang murah dan banyak pilihan. Fening… fening…Dan aku bertembung dengan RAMAI Melayu kat sini, kiri kanan tangan sarat dengan beg plastik. Haha.

meyongdong

myeongdong 1

Visit N tower in seoul 30

Kalau korang nampak outlet Olive Young ni, sila lah masuk. Kalau korang tak rasa pening dan tamak haloba meruap ruap rasa nak beli semua, korang memang malaikatmaut. Aku bukan nak puji lebih, tapi barangan kosmetik dan penjagaan muka made in Korea ni memang tersangat BAGUS lah kualiti dia. Kau bayangkan, aku beli moisturiser dan BB cream ni dekat 7 Eleven je sebab aku nampak dia murah KRW 800 – 1,000 sepeket. Aku terkejut dengan result dia. Memang best gila pakai menatang alah ni! Aku memang dah biasa pakai Clarins, yang mana harga dia memang tak payah cerita la kan, boleh di samakan result dia produk Korea yang harga dia 1/10 lebih murah. Jadi, kepada siapa yang memang gila dengan barangan penjagaan diri dan muka, sila la standby bawak duit hanya untuk shopping ni. Yang ni, AKU SUKA.

korean facial care

myeongdong 5

Satu lagi, seperti pasar malam di Malaysia, Myeongdong ni pun banyak la di punya gerai makanan ringan. Masa kami sampai tu, lapar nak mampus. Food sampling is a must. So kami pun try setiap makanan gerai yang ada yang kami pasti ingredient dia memang tak ada daging.

myeongdong 4

myeongdong 3
Macam lah tak pernah makan goreng pisang. Cuma pisang goreng Seoul nampak cantik gila presentation dia. Yum!

myeongdong 2

Yang ni macam pastry portugese tart tu. Cuma ada telur kuning dalam dia.

petite poisson (1)

petite poisson (2)

Tapi, dalam banyak banyak kudapan Seoul, aku jatuh cinta dengan pastry berbentuk ikan ni. Aku jumpa dia dekat subway kat mana tah. Nama kedai tu ‘Petite Poisson’ (french) bermaksud si ikan kecil. Mike yang bagi tau yang Poisson tu maknanya ‘Ikan’. Dia tahu bahasa Perancis sikit sikit. Pastry rangup di selaputi gula tabur dan dalamnya cream cheese. Kami jumpa lagi gerai biasa jual pastri si ikan kecil ni dekat Itaweon. Kami beli dan beli lagi makan sambil jalan jalan. Yum!

ze cookies in seoul

myeongdong 7

Dan, kalau melawat ke satu satu negara tu, wajiblah try masakan tradisional dia. Makan apa rakyat tempatan makan. Kalau risau bab halal, boleh try seafood style. Aku tak menyesal try Dakgalbi ni. Tak silap aku, KRW10,000 seorang. Sos dia macam sambal nasi lemak. Di gaul dan goreng dengan udang, clam, sotong, Kobis, carrot dan sayur sayuran yang aku dah lupa. Memang BEST! Dan kalau korang tak kenyang lagi, boleh mintak nasi. Nasi tu akan di gaulkan pada stage last, jadi macam nasi goreng. SEDAP!

myeongdong 8

myeongdong 9

myeongdong 6

Eh, terpanjang pulak post aku kali ini. Ini tak boleh jadi. Aku kena stop di sini. So, summary untuk post kali ini ialah:

1) Mangga kunci / Padlock
2) Barangan Kosmetik murah di Seoul
3) Dakgalbi dan Pastri Si Ikan Kecil

Toodle-oo!

8367150290_f64071bebb_o3
Seoul, Korea

Comments

comments

Leave a Reply