Japan Revisited – A Transit Story

Salam Bulan March.

Aku berjaya mengotakan janji aku untuk update belog satu post setiap bulan. Hehe. Bukan senang tau bila hidup berpindah randah sambil nak update story. Punya kelam kabut sampai nak post dekat Facebook pun tak sempat lately. Siap kena set timing baru boleh nak post itu ini.

As you know, now we are in Nevada USA, settle down here for a week or two at Mike’s sister in Laughlin. So we were making plans to visit Las Vegas, Grand Canyon and everything in a meantime. Sebelum aku kehilangan masa free secara total once Botak return back to work, baik aku update belog secara ringkas dan padat dulu.

 

Balik USA kali ni, kami ambik flight American Airlines, codeshare with MAS. Bila American Airlines, Transitnya di Tokyo, Narita. We purposely choose 11 hours transit in Narita so that we are able to do day tour while in Tokyo. Saja nak bawak Athena Sophia jalan jalan. Dia tak pernah sampai Tokyo. Aku dan Botak been to Tokyo in year 2012 masa dating dating dulu. Kami pergi ber-4. It was Osaka – Kyoto – Tokyo. You can read it in HERE , HERE and HERE

Sebelum tu nak cerita la kan, ini first time kami fly long hours flight dengan baby. Agak nervous juga. especially bab what if baby menangis dan berak. Hahaha. Tersangat nervous sampai kami bawak penuh stroller barang kelengkapan baby.

Tak cukup dengan diaper bag, there is more in the stroller compartment. Kami terpaksa bawa selimut fleece Athena Sophia sebab dia tak boleh tidur tanpa selimut fleece. Kebiasaannya, sebelum tidur, Athena Sophia akan hisap ibu jari dia sambil gentel selimut fleece dia tu, baru lah tertidur.

Bersuka gembira dulu dekat airport. Bagi dia letih sikit.

Aku nak share sedikit information yang aku juga baru tahu / belajar. Kepada ibu bapa yang travel dengan infant (baby below 1 year old) with lap seat (atas riba), your baby has 10 kgs check-ins on its own, free of charge. Jadi kami pilih untuk bawa car seat Athena Sophia yang kami beli di Malaysia ke USA. So we do not have to buy another car sear in USA. Thus, save us some money. Di USA kau tidak boleh tidak beli car seat. Masuk penjara kau kalau bawak anak tanpa car seat ya. Lagipun car seat Athena Sophia ni convertible, boleh pakai sampai dia usia 6 years old. Apa yang perlu korang buat hanya lah wrap (it costs RM 14 to wrap a car seat) dan check in together with your other luggage. Stroller baby serah dekat pintu sebelum boarding dan bassinet untuk baby tidur boleh request masa beli tiket dan reconfirm at the counter.

Athena Sophia happy saja bila onboard.

While other baby cries during take off and landing, Athena Sophia, happy happy sahaja. Alhamdulillah. Sebelum tidur, tonton Harry The Bunny dulu di Kindle Fire dia. Lepas tu tidur sampai ke Narita, Tokyo. Total flight dari Kuala Lumpur ke Narita hanya 7 jam sahaja pun.

Lepas tukar baju agak tebal sikit, Athena Sophia kembali tidur dalam stroller dia. Kami pusing pusing area airport, beli tiket train untuk ke Tokyo City.

Pada awalnya kami plan hanya untuk melawat SKYTREE. Sebab masa tahun 2012, Skytree Tokyo masih lagi dalam construction. Hanya itu saja yang kami tak sempat tengok selain Mount Fuji. Tapi transit 11 jam nak ke Mount Fuji, sila berangan lah. So kami naiklah train laju Keisei Line from Narita Airport to Oshiage. Tapi akibat kebangangan, kami salah ambik train, which is going to UENO. Dah kena adjust fare bagai.

Satu lagi, keputusan untuk tour Tokyo dengan baby kecik di bulan Febuari amatlah tidak sesuai. Febuari di Tokyo suhunya 1 Celcius. Pakej hujan dan berangin. Certain area siap snow turun memutih. Sejuk ketar jangan cerita. Kesian Athena Sopia terkejut cuaca.

Bila tengok cuaca luar hujan renyai berangin, kami batalkan niat kami untuk ke SKYTREE. Jadi kami tukar hala tuju kami ke Shibuya. Konon nak tengok orang crossroad walk yang ramai orang tu. So episode tukar tukar train line dan stesen bermula. 

Sampai di stesen Ginza, kami mengantuk letih. Coffee break dulu. Masa minum minum kopi, there is a Japanese lady came approached us, asking about Athena Sophia. Rupanya dia pun ada baby juga sebaya Athena Sophia. Nama baby dia Tsubaka something like that. Semangat baby dia.

So kami sembang sembang la dekat situ dalam 10-20 minit. I can see that she wanted to practice her English. And her English wasn’t bad at all. Bagus Jepun ni. Aku tanya dia nak kemana? Katanya nak ke Zoo tengok panda. I was like.. “in this kind of weather?” . Dia gelak. Dia cakap memang la sejuk. Tapi dah biasa dan dia hanya ada masa free masa tu. So saja nak bawak anak dia jalan jalan tengok Panda. Sabar je lahhh.

Dia offer ambik gambar kami bertiga.

Aku kadang kadang lupa yang aku dah bergelar ibu beranak satu. Aku lupa yang bila kau ibu beranak satu, actually will have more chances to meet another mom, bercakap tentang anak masing masing tanpa perlu kenal antara satu sama lain.

Tak cukup dengan stroller foot muff, Kami balut lagi Athena Sophia dengan fleece blanket dia. Sejuk berangin sangat!

Ok, Biar lah aku cerita. Disebabkan oleh cuaca, mengantuk dan sesat naik train, kami berdua bad mood. Kami ambik keputusan untuk balik ke airport semula. Memang aku ada keluar pegi ke Shibuya crosswalk road tu. Tapi hujan berangin ya rabbi memang tak boleh buat apa. Satu gambar dekat luar aku tak ada ambik. Sesat sana sini, dalam masa 4 jam kami buang  20,000 yen (RM 750.) hanya untuk tukar tukar train sahaja! Menyesal nak mampuih.

Lebih baiklah pusing pusing airport saja macam ni. Atau ambik bilik hotel dekat airport, TIDUR! Japan bukan untuk quick transit trip lah aku rasa. Terlalu mahal dan terlalu confusing.

Back at the airport, kami jalan jalan jenguk souvenir shop dan makan.

Harga SD card di Tokyo. Saja kongsi. Tak de mood nak ambik gambar siut.

Jalan jalan tengok Hello Kitty product. Memang tak shopping. Perjalanan masih panjang nak.

Dan ini adalah pakej makanan termurah yang kami dapat di Airport. Dalam RM45  sedulang. Nasib baik teh hijau tu free. Hahaha.

Kalau korang rasa cerita aku di Tokyo ni tak best, aku faham. Sebab aku dengan botak lagi tak best siap buang duit 20,000 yen dekat sini hanya untuk berhujan berangin kesejukan. It was the most expensive train ride tour for both of us in our whole life lah! So kalau korang frust baca post ni, kami lagi frust tahu??!!

Jadi marilah frust bersama sama.

Sekian.

Narita, Tokyo.

 

Comments

comments

Leave a Reply