Tempat Patut Dilawati Di Jeju Island : Seongsan Ilchulbong Peak

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE

Kalau nak melawat South Korea, aku suggest lepak sehari dua saja di Seoul. Rentikanlah belajar masak kimchi sebab melambak ada di jual di Malaysia dalam paket dah siap. Rentikanlah nak ber hanbok sebab baju kurung pahang lagi lawa aku rasa. Tapi kalau korang memang nak gedik meng K-POP, duduk je lah di Seoul tu jangan balik balik Malaysia lagi dah.

Tour map of Jeju

paid survey
Jawab Survey, Terima bayaran dalam USD

Ni, nak cerita pasal Pulau Jeju. Sila lah spend masa di Jeju barang seminggu dua. Aku menyesal sebab stay sini 3 hari sahaja. Dah lah 3 hari, tak sewa kereta pulak tu. Laki aku tak percaya bila aku kata polisi memandu untuk pelancong di South Korea sangat ketat. Bukan cincai macam Malaysia atau Thailand. Kena apply International Driving lesen dulu sebelum sampai sana. Bila dah sampai Jeju, baru dia terdiam bila kaunter mintak tunjuk menatang tu. Aku nak marah pun dah letih sebab dah berpuluh kilo meter berjalan kaki sepanjang berada di sini.

Kalau nak melawat South Korea, dan anda bangsa bukan nak shopping, sila lah spend more time di Pulau Jeju. 4 Hari minimum. DAN SEWALAH KERETA. Memang tak dapek la kalau nak menapak di pulau ni. Laki aku ingat macam Gili Trawangan la saiznya kan. Boleh pakai kaki. Hampeh.

Pada pendapat aku, Pulau Jeju ni sangat cantik berbanding dengan pulau pulau yang berada di South East Asia. Kalau di Thailand dan Philipine ada air membiru dan pasir putih, Di Pulau Jeju ada lebih dari setakat pantai sahaja. Aku punya lah bengang tak dapat keliling pulau ni, aku mintak Mike plan lagi datang sini lain kali DAN SEWA KERETA. Eeeeiii… bengang betul lah aku kali ni.

Aku bukan propa ikut sedap mulut aku lah. Memang Jeju ni cantik dan special sehingga pulau ni di anugerahkan beberapa pengiktirafan oleh UNESCO seperti World Nature Heritage, UNESCO Biospehere Reserve, 7 Wonders of Nature dan lain lain lagi. Di pendekkan cerita, Pulau Jeju ni sebaris dengan Amazon Forest (South Amerika), Iguazu Falls (Argentina/Brazil), Komodo Island (Indonesia), Halong Bay (Vietnam), Puerto Princessa Underground River (Philippines) dan Table Mountain (South Africa)

Masa aku di Seoul tu, aku tak dapat sangat menikmati lanit biru. Kelam saja. Lebih kurang macam Beijing gitu. Tapi di Jeju, aku boleh gerenti yang memang bersih dan langit membiru.

Seogwipo
Bandar Seogwipo dari rooftop hotel
seogwipo 2
Bandar Seogwipo dari rooftop hotel
Seogwipo 1
Bandar Seogwipo dari rooftop hotel

Kalau datang ke Pulau Jeju, di sarankan tinggal di area SEOGWIPO, di mana, ianya terletak di belah selatan pulau. Stay lah di sini dalam 3 hari. Sebabnya, banyak tempat menarik untuk dilawati dengan hanya BERJALAN KAKI di sekitar Seogwipo ni seperti Jeongbang Waterfall, Cheonjiyeon Waterfall, Saeyeongyo Bridge dan pulau kecil Saeseom. Pusat bandar di Seogwipo ni pun boleh tahan urban nya. Masih boleh la kau nak shopping semua. Dan kalau rajin dan ada lebih hari lagi, stay lah di Jeju city center sana (terletak di utara pulau) dalam 2 hari.

Aku mulakan cerita Pulau Jeju aku dengan kisah Seongsan Ilchulbong dulu ya. Sebabnya, tempat ni lah yang paling aku dan Mike nak pegi bila sampai di Jeju. Sebabnya, kejadian Ilchulbong ni adalah alami. Terhasil dari letupan gunung berapi dalam laut 5,000 tahun yang lalu. Kalau kami banyak duit, memang stay 2 minggu dekat sini dan panjat gunung Hallasan sekali. Yaaaa…para peminat hiking dan climbing, sila lah atur acara di Jeju ni. Sama mahal dengan Panjat Gunung Kinabalu kut kos dia.

jeju

Memandangkan kami tak sewa kereta, jadi kami naik bas. Jarak tempat kami tinggal di Seogwipo ke Seongsan Ilculbong ni dalam 43 kilometer. Tapi bila naik bas, dia punya stop dari bus stop ke satu bus stop (ada la dalam 30 hentian kut) mengambil masa 2 jam perjalanan. Matila nak. Aku sampai tertidur dalam bas. Kalau tak silap aku, tambang nya KRW 3000 satu arah. Pegi balik KRW 6000 lah. Dah la lama perjalanan nya, driver bas tu sangat kekwat, tak bagi aku ambik gambar dari atas bas !!??? Rasa macam di North Korea pulak. So, disebab kan keboringan, aku memang terlelap dalam perjalanan pegi balik.

ilchulbong peak jeju
one and only gambar ambik dalam bas. lepas tu terus kena warning

Sesampai je di hentian Seongsan ni, memang agak senang nak cari mana pintu masuk ke puncak Ilchulbong ni. kena jalan mendaki sikit. Disebabkan 2 jam atas bas dan jenuh berjalan kaki, kami berhenti sebentar minum kopi di kafe berdekatan. Korang pernah minum kopi pisang tak? Dekat sini ada jual. Rasa dia macam minum pengat pisang. Hahahaha.

ilchulbong peak jeju 1

ilchulbong peak jeju 2

Bayaran masuk ke kawasan ni ialah KRW 4,000 (RM15). Ramainya orang, jangan lah cerita. Rombongan bas Makcik Kiah dan Ahsoh Cheng ber bas bas datangnya. Jadi nak ada gambar sorang sorang memang harem takkan dapat.

ilchulbong peak jeju 3

Tapi memang cantik tempat ni. Kebetulan kami datang dah petang. So keadaan agak mendung. Kalau ada kereta sendiri, memang pacak kat sini subuh pagi. Katanya pemandangan matahari terbit paling cantik adalah di sini. Dekat sini boleh lah buat mini hiking bagi beginner. Ketinggian dia 180 meter dan tangga untuk naik ke atas tersangatlah cantik. Tapi aku tak daki sebab aku dah jenuh berjalan turun naik tangga subway masa 5 hari di Seoul. Jadi aku tunggu Mike di bawah saja. Memang kejap je si Mike ni pegi naik dan turun. Tak sampai 30 minit walau di papan kenyataan kata 50 minit.

ilchulbong peak jeju 5

ilchulbong peak jeju 6

ilchulbong peak jeju 4

ilchulbong peak jeju 7

Kalau datang awal, boleh tengok pertunjukan ahli selam wanita dia menyelam kutip oyster tanpa tong gas oksigen pada pukul 1 tengahari dan 3 petang. Berangin sejuk dekat sini boleh tahan la. Tapi aku memang tak dapat bayangkan ketahanan wanita penyelam tu.

ilchulbong peak jeju 11

ilchulbong peak jeju 13

ilchulbong peak jeju 10

ilchulbong peak jeju 14

ilchulbong peak 18

ilchulbong peak 17

ilchulbong peak jeju 15

ilchulbong peak jeju 9

ilchulbong peak jeju 12

ilchulbong peak 16

Kau memang takkan dapat ambik gambar penuh puncak ni melainkan naik helikopter. Dan, aku pula, terpaksa ke lapangan parking bas untuk dapatkan gambar tanpa mak cik makcik dan pakcik pakcik yang memang bukan sedara mara dengan aku. Memang tak banyak pekara kau dapat buat kat sini kecuali menikmati keindahan dan kesegaran udaranya. Selebihnya jadi agak bosan sebab orang terlalu ramai dah macam Batu Caves. Itu je hampehnya.

ilchulbong peak 18

ilchulbong peak 22

ilchulbong peak 21

ilchulbong peak 19

Aku tertanya tanya, apa ke bendanya benda alah panjang tergantung macam taik kering ni. Rupanya boleh patahkan mengikut kesukaan tekak kau dan isi ais kerim dalam tu. Aku tak berani cuba sebab terdedah sangat dengan udara. Geli la sebab mesti ada orang bersin dan tak gosok gigi ke apa bernafas lalu lalang kat situ. Eeeekkkk.

ilchulbong peak 20
Souvenir di Jeju

Aku jadi fed up nak tulis post ni bila mengingatkan betapa ramainya orang dekat Seongsan Ilchulbong tu. Ok lah. Aku stop dekat sini saja. Hahahahaha (bagus tak alasan aku?)

8367150290_f64071bebb_o3

Jeju Island, South Korea

paid survey
Jawab survey, terima bayaran dalam USD

Comments

comments

4 Comments

  1. Rusiha Abd Rasid on Facebook

    November 9, 2015 at 5:13 pm

    Lain kali jika ada peluang pergi jeju, boleh try Olle (walking trail) atau hiking oreum – aktiviti utk siapa yg suka nature πŸ™‚

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      November 9, 2015 at 8:32 pm

      Itu lah siha. Mmg nk kena pegi balik time kaki mmg fresh. Hari tu sebab dah bnyk menapak dkt Seoul mmg kaki dah sakit. Lagipun 3 Hari Tanpa sewa kereta mmg payah kejar masa…

  2. Rusiha Abd Rasid on Facebook

    November 9, 2015 at 5:15 pm

    btw, really nice pictures of Seongsan Ichulbung … I’m not a good photographer, selalu disappointed gambar x secantik yg dilihat mata ..hahahha

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      November 9, 2015 at 8:33 pm

      It will be nicer if the skies was brighter. Masa pegi dah senja dan cloudy πŸ™ thanks anyway πŸ™‚

Leave a Reply