Kaum Ibu Memang Hobinya Bergaduh Pasal Makanan Terbaik Untuk Bayi

Belum lagi masuk bab bedung, bab buah dada kau gred B tak mampu keluarkan susu, bagi anak kau minum susu formula, kau ibu tak guna sebab anak tidur tak lapik bantal dan bermacam macam lah lagi.

Kaum Hawa memang sangat kuat level competitonnya. Kau ingat segala fesyen dan mekap di luar sana kaum hawa bergaya untuk tarik perhatian lelaki? You are wrong. Kaum Hawa bertanding segala benda  dengan sesama kaum Hawa sendiri. Lelaki tak ada dalam ini cerita. Baik Fesyen, Mekap, Makanan, Anak anak, Kenduri Kendara, Saiz payu dara mahupun kaler kuku.

Salam seminggu lagi nak ber Hari Raya.

Aku ni bukannya tak ada modal nak update belog. Cerita aku tentang Nevada/ Arizona pun masih menimbun tunggu di upload dekat sini. Tapi aku terpaksa skip sekejap beri laluan kepada post yang ini. Aku terpanggil untuk menulis ni sebab dah lama aku dok perati dekat media social, terutama golongan ibu ibu yang nak beri terbaik kepada anak mereka sehinggakan merasakan cara dialah paling bijak dan terbaik. Bila komen dan cadangan mereka di bantah, dituduh pula kita yang acah bijak dan konon anak kita pula paling baik dari anak orang lain lalu melarat larat kepada isu rogol, 1MDB, Global Climate Change serta Api Neraka. Semua di letak atas kepala kita apabila tiada persefahaman di dalam komen Facebook.

 

Sejak aku dapat tahu diri aku mengandung, aku cuba elak join group ibu ibu. Ada sekali terjebak dalam satu group namanya “Info ibu ibu hamil” tak silap aku di Facebook. Dia punya tips merapu serta hentaman, cercaan antara sesama kaum ibu dekat ibu muda yang hanya bertanya pasal jenis diaper, membuatkan aku serik lalu bertaubat takkan lagi join mana mana group ibu ibu.

Tapi sekali sekala wall feed aku terlintas juga sebab friendlist aku ada join group haramjadah tersebut. Bila mereka komen or share, aku terlihat juga sekali sekala.

Aku tak join group group tersebut bukan sebab aku rasa aku dah cukup bagus. Tapi kalau join sesuatu kumpulan yang boleh buat kau sakit otak, buat apa kau join? Kata mereka, sharing is caring. Kongsi info yang bermanfaat apa salahnya. Memang tak salah. Tapi yang jadi salah ialah bila kau tak setuju dengan info info yang di beri, kau nerakan orang tersebut sampai keluar bahasa bahasa yang tak sepatutnya seorang ibu keluarkan. Padahal ceritanya hanyalah pasal MAKANAN untuk anak. Tak ke bangang tu?

Aku memang jarang sangatlah share info how I raise Athena Sophia. Aku cuma share gambar gambar dia yang aku ambik setiap hari. I hardly share what kind of food I gave her or early learning that I apply to her unless someone private message me and asked. Still aku rasa ragu ragu untuk share the info. Bukan kedekut. Tapi aku bukan pakar dan setiap anak tak sama. Apa yang aku buat pun, aku dapat dari pembacaan aku di page page ilmiah, ditulis oleh pakar nutrisi ataupun Pediatric yang bertauliah. Memang sejak mengandung lagi, aku hanya refer pada buku yang diberi oleh Klinik di sini tentang perkembangan janin, serta do & don’ts.

Nak jaga dan besarkan anak jadi manusia memang bukan mudah. Benda jadi lagi payah bila kau jenis pemalas. Malas masak dan malas mengajar anak masih boleh lagi di tolong sebab sekarang banyak benda yang dah sedia ada di luar sana, program pembelajaran di channel TV seperti Baby First TV serta deretan makanan berlabelkan Organic lulus FDA di rak rak supermarket banyak membantu. TAPI KALAU KAU MALAS MEMBACA dan MENGKAJI, memang aku boleh gerenti kau dan 7 keturunan kau akan bangang sampai bila bila.

Aku tak pandai pun. Belajar aku hanya sampai Bachelor Degree in Accountancy di UiTM sahaja. Kerja pun dalam 18 tahun dari serendah rendah kerani sehinggalah posisi Manager aku merasa. Kemudian aku berhenti kerja, jadi fulltime housewife sejak tahun 2015. Tapi aku masih mampu dapat info melalui pembacaaan tentang IKAN BILIS TU ADA GARAM serta di mana untuk dapatkan bahan makanan organic untuk anak aku. Aku malas nak tulis bab ikan bilis ada garam. Tapi kalau  kau nak ubah jadi Melayu yang berilmu, rajin rajinkan lah membaca. Boleh rujuk sini dan sini. Dekat situ ada ajar how to make ikan bilis benefited to your child. Dan juga cara cara dapatkan MSG semulajadi a.k.a ‘perasa’ kalau nak rasa sangat. Kalau Malas juga, pegi la beli brand yang establish, lulus ujikaji FDA sebagai makanan tambahan pada anak. Kata sayang anak…

Lepas tu kau kata mana ada masa nak pegi membeli. Online paling senang. Lazada kan ada. Kau type je “organic food for baby”. Berderet keluar jenis dan brand. Jangan terus beli. Ambik nama brand tersebut, google sikit pasal produk tersebut. Tengok review mak mak lain. Ini memang aku praktikkan masa aku sorang sorang jaga Athena Sophia tanpa suami for the first 6 months lepas beranak.

Aku juga tak pernah claim diri aku ibu yang rajin memasak segala yang fresh untuk anak. Tapi aku applykan pengetahuan yang ada untuk shortcut kan process, walau dalam malas, benda tetap ada. Serious aku cakap. Aku pun malas memasak. Tapi malas aku tidaklah sehingga pegi beli barang nutrisi untuk anak dari individu yang tidak mempunyai latarbelakang kepakaran dietician menjual di Facebook. Aku tahu ada di antara korang anti vaksin. Sehinggakan nasihat pakar doktor masa kau dekat hospital pun kau reject lalu kau pilih penjual makanan bayi melalui Facebook untuk bagi anak kau sihat dan kuat. Dan bila kau kena tipu, kau marahkan penjual tu. Penjual tu memang la tak fikir halal haram dah dalam meniaga begitu. Tapi kau tu pula macamana? Tak ada salah langsung ke? Aku rasa kau percaya bulat bulat barang makanan yang di rumus oleh individu yang tak ada latarbelakang pendidikan khusus bab pemakanan bayi pun dah salah teruk. Siapa Cik Nuie tu? Dia pernah tunjuk makmal makanan serta sijil sijil penyediaan makanan bayi ke?

Ya. Tuk nenek kau dulu tak ada latarbelakang pakar nutrisi bagi mak kau dan cucu cicit makan elok ja pandai sampai Oxford dan Harvard. (Sampai Oxford dan Harvard ke?). Tapi Tuk Nenek kau tak keluarkan claim apa apa dan jual secara commercial siap label produk lalu ambik order dengan bergaya. Benda ni sama macam produk kecantikan Timbang Kilo. Kalau kau boleh dapatkan decent product dekat Watson or Guardian, kenapa pilih individu yang tak ada background Esthetician dan Skin Expert? Sebab dia cantik? LOL.

Ya. Aku beruntung sebab Athena Sophia is an easy baby. Makan tak berkira apa pun tak berkira. Tapi kau ingat, apa reaksi Athena Sophia terhadap makanan dan environment ni, turun dari langit kah? Semuanya adalah didikan. Kau ingat, baca Quran hari hari masa baby dalam perut dah cukup ke? Kau mesti ingat kau dah ajar macam macam train supaya anak kau makan tak memilih dan tak meragam, bila tak jalan jugak, it’s the end of the road. Ramai orang lupa, satu titik ‘thought’ and ‘assumption’ terlintas di otak dan hati seorang ibu, terhadap anak, adalah sangat KERAMAT. Apa lagi kata kata yang terzahir. Kalau kau risau benda yang belum jadi, kau terfikir saja benda tu, takut anak kau tak nak – tahniah. Kau dah channelkan vibe tu bagi anak kau. Memang akan jadi. Kalau kau sebagai ibu tak boleh nak TRUST anak kau yang putih bersih boleh terima kebaikan, maaf. Jangan kau tuduh ibu lain fikir anak dia bagus dari anak kau. Sebab kau tu yang bermasalah. Anak kau tak salah apa apa. Kau confuse banyak untuk membezakan antara langkah berjaga jaga dengan syak wasangka.

Aku tanya kau, breast milk & baby formula sedap tak? Kau pernah rasa tak? Tapi kenapa anak kau boleh telan for the 1st 6 months without a fuss? Allah dah jadikan manusia sebaik baik makhluk. Perfect kejadian Allah ni. Baby dicipta react to salty taste at 5 months old so, why introduce the taste bagi anak makan sedap sesedap tekak kau sebaik sahaja kau introduce soft food to them?

Ok lah, anak kau still fussy eater. Sebab memang dah kejadian anak kau turun dari langit memang Tuhan buat dia fussy eater. tapi, betul ke tindakan kau pegi beli barang nutrisi untuk anak dari seseorang yang tak tahu hujung pangkal background kepakaran dia bagi makan anak kau? Apa pula kena mengena orang kena rogol, tetap salahkan mangsa “why you pegi jalan kat tempat sunyi sorang sorang? dengan decision kau beli makanan tambahan untuk anak kau di Facebook dari individu yang tak ada kelulusan? Aku pun kadang kadang bodoh juga. Dan jumpa pelbagai jenis kebodohan. Tapi bila kau samakan decision beli makanan tambahan untuk anak dengan victim blaming, aku rasa kau perlukan pertolongan dari segi mental dan spiritual secara total. Boleh pulak kata aku sokong perogol out of nowhere. Apa benda ni? Kau tak kenal aku. Aku ni lagi Feminist dari  Aisyah Abd Jalil.

Aku sokong kau nak bagi organic food to your child. Aku juga sokong mak pemalas tapi masih ada usaha nak bagi all the best pada anak anak. Aku cuma tak sokong bila kau claim ikan bilis elok untuk baby tanpa kau tahu the process to extract the good out of Ikan bilis itself then blindly go buy it from someone yang meniaga semata mata nak untung tanpa ilmu. I can agree to disagree but I can’t when people take my opinion OUT OF CONTEXT. Dan, Ikan bilis dan ayam bukan lah hanya dua perkara yang Allah jadikan di atas mukabumi ini baik untuk sumber khasiat anak cucu Nabi Adam. Malas satu hal, claim tak ada masa nak memasak tapi melangut dekat Facebook mengata sana sini ada pulak masa. Such a hypocrite.

Comments

comments

2 Comments

  1. dila

    June 22, 2018 at 4:02 am

    nasib baik masa pregnant dulu takde fb so x taula psl group ibu2 ni so redha je ikut mak ckp huhu

    1. heartboxx

      June 25, 2018 at 6:39 am

      Alhamdulillah… Tak payah join mana mana group mak mak ni.. nanti kena kecam je.. hahaha.

Leave a Reply