Kenapa Balik Beranak di Malaysia? Kenapa Tak di USA ?

Ramai masih tertanya tanya kenapa aku balik beranak Athena Sophia di Malaysia instead of USA. Sanggup melalui waktu berpantang tanpa suami and all. Firstly, SANGGUP keseorangan masa berpantang tu tak lah. Tapi more to TERPAKSA. Dari keterpaksaan itu, aku jadi terpaksa kuat mental dan fizikal. Tak ada siapa sanggup sebenarnya. Tapi kalau dah begitu jalan cerita hidup aku, aku just lalu saja lah. Merungut pun bukan dapat apa.

 

Dekat sini aku cuma nak cerita pengalaman aku melalui proses pre natal care and clinic visits semasa aku di USA. Seronok dan perit pengalamannya. Seronok – environment serta merasa layanan para doktor serta nurses di negara maju yang sangat professional dan penuh kasih sayang. Perit ialah bila first time tahu cara pengiraan bil di sana.

 

Di sini aku lampirkan a few bills yang aku dengan botak kena bayar semasa check up di Alaska.

 

Untuk pengetahuan kau, ultrasound sahaja costs us 1000 dollar. Itu di Alaska. Di Alaska semuanya super expensive. Kalau di Arizona, costnya akan jadi half price. 500 dollar untuk sekali ultrasound. Kau tahu tak benda yang cucuk jari untuk ambik darah kau setitik? Alahhh.. dekat KK selalu cucuk jari kau untuk ambil bacaan HB dan Kadar paras gula tu. Dekat USA mereka charge 20 dollar untuk benda alah tu sahaja.

 

Untuk pengetahuan kau, di USA tak ada hospital kerajaan. Semuanya berbayar. Kalau ada hospital khas pun, dibangunkan oleh badan badan non profit atau individu persendirian. Mostly untuk kanak kanak istimewa dan kanak kanak berpenyakit kronik. Based on donation orang ramai.

 

Cara pengiraan bil mereka sangat UNIK (jadah unik)

 

1) Consultation serta check up satu bil which is you will get at the end of the visit.

2) Bil dari lab (makmal) untuk ujian air kencing, setitik darah dan analisa scan kau. Yang ini agak surprise lah. Kau hanya akan tahu berapa kos dia bila bil sampai rumah.

3) Additional lab test dari semasa ke semasa, mereka akan suruh kau pergi ke lab yang mereka suggest. Mereka tak buat di klinik yang kau buat check up tu. Ini kau kena bayar masa nak buat.

 

Ubat ubatan/ Vitamins/ suntikan? Mintak mahap – sila ke farmasi beli sendiri. Tak ada istilah keluar klinik dapat seuncang vitamins free.

 

Dekat USA doktor yang check up kau takkan buat semua kerja macam doktor di Malaysia macam pegang alat scan, scan perut kau. Tukang scan orang lain which is you have to schedule another appointment for it. Sometimes yang check up kau pun pembantu dia. Doktor hanya tampil berjumpa kau bila segala result report di tangan dia untuk dia buat ulasan on the next appointment.

 

Cerita pasal appointment. Bukan macam dekat Malaysia ya.. bagi date, jam berapa, kau tetap kena ambik nombor giliran kan? Dekat USA tak ada istilah nombor giliran. Bila kau set appointment, dia bagi date dan time. Kau datang sharp dengan time yang dia bagi, sampai je, terus masuk bilik. Tak ada istilah beratur di hospital USA. Kalau kau kena tunggu pun, mungkin dalam seminit dua sebab dia kena register dalam sistem la kau dah tercongok dekat situ. Dekat USA tak ada sistem terjah terjah jumpa doktor. Atau mintak doktor scan perut bila kau rasa rindu nak tengok baby dekat dalam ya. Kalau emergency turun darah ke, jatuh ke, memang kau ke ER. Bukan ke klinik yang kau buat check up tu. ER tu kira hospital lagi bapak besar dia. Masa dekat ER tu mereka akan tanya “who is your care provider” – which is clinic yang kau pergi untuk check up sebelum tu. Mereka akan update clinic tu on your latest condition. Dekat USA mereka boleh berhubung between clinics/ hospitals update patient punya latest conditions ya. Bukan macam dekat Malaysia, aku nak mintak report check up aku dengan UMRA (private hospital) untuk transfer ke hospital gomen, depa mintak RM80.

 

Satu lagi, hospital dan klinik di USA sangat paperless. Once kau dah register dengan mereka, mereka bagi kau login akaun ke website mereka. Di situ kau dapat tengok result report kau, siap boleh save and print. Reset appointment date and time serta macam macam lagi dekat portal tersebut. Kiranya, apa yang kau bayar, termasuk segala information dan report yang mereka produce. Mereka takkan charge lagi kalau kau nak print hardcopy medical report kau kalau kau nak pindah ke klinik lain. Macam aku hari tu, pindah dari Alaska ke Arizona. So that kau boleh je continue check up tanpa ulang sekali lagi sebab report terdahulu dah ada. Sistem mereka sangat menyenangkan hidup orang.

 

Kenapa tak ada hospital bersubsidi (Kerajaan) walau rakyatnya membayar cukai yang tinggi – jawapannya : hampir semua duit cukai pergi military dan sara orang malas bekerja atau gelandangan, Sebab tu jet mereka terbaik. Tapi untuk sorang dua naik. Gelandangan mampu hidup sampai beratus tahun (kaau umur panjang) di USA. Dapat kupon macam macam. Kupon beli belah barang dapur untuk mereka kadang kadang lagi mewah dari orang yang bekerja makan gaji, kau tahu?

 

Korang tanya lagi, eh, kan ada insurans? Bak sini aku tanya kau balik, dekat Malaysia, semua orang mampu beli insurans kah? Bab mampu tak mampu ni, satu dunia sama sahaja. Kau tanya lagi pasal Obama Care. Obama Care tu bukan free. Free untuk gelandangan dan mereka yang malas bekerja hidup dengan welfare. Orang yang rajin bekerja dan pendapatan tahunan mencapai certain % kena bayar premium yang mahal, untuk menampung keperluan kau serta tolong bayarkan untuk gelandangan dan orang malas bekerja dapat medical free. Bijak kan sistem Obama Care tu?

 

Kau tanya lagi – eh, bukan ke kalau tak ada insurans tak boleh masuk hospital di negara Barat? Hahaha.. kau salah. Itu di Malaysia. Di Malaysia kau tak ada insurans, sila beratur di klinik RM1. Aku tak tahu di Eropah. Tapi di USA, kau sentiasa di terima bila ke hospital. Biar bil kau berjuta, kau tetap boleh keluar dari hospital tanpa kena gadai rumah dan tanah. Mereka allow monthly installment payment mengikut kemampuan kau. Further more, kalau kau bayar sendiri (self pay) kau automatik entitled 40% discount on total bill berbanding pakai insurans claim. So, kau nampak tak permainan insurans di sana? Pada aku, insurans seluruh dunia is just a scam. Mengkayakan mereka sahaja sebenarnya.

 

Aku memang tak ada isu dengan layanan serta professionalism bahagian perubatan di USA. Mereka layan setiap ibu mengandung yang datang macam kau saja lah yang mengandung dalam dunia ni. Punya lah mereka happy dengan kau, bagi kata kata semangat dan manis manis belaka. Sepatah pun tak ada kata kata yang menakutkan.

 

Seperti hospital swasta di Malaysia, setiap maternity clinic di USA pun menyediakan pakej delivery. Tapi tak ada la fancy siap dengan level executive, Deluxe, VIP bagai macam di Malaysia. Mereka hanya ada 2 price which is C sect dan Vaginal delivery serta harga diskaun sekiranya dapat selesaikan full payment sebelum beranak. Kemudian mereka akan aturkan hari untuk tengok bilik ward kau. Aku tak ada gambar. Tapi semua bilik dia macam pakej VIP di Malaysia lah.

Jadi, kenapa aku still balik Malaysia setelah apa yang aku ceritakan?

 

Eh, kan aku ada cerita downside dekat sana. Lagipun, aku punya visa visit dah up genap 6 bulan. Aku masih lagi belum apply green card di USA. Jangan tanya aku kenapa tak apply lagi. Kau tanya botak actually mana dia nak stay. Dia tu sebenarnya nak duduk Malaysia atau negara selain dari USA. Cuma keadaan kami masih tak mengizinkan. Mostly kerja lah. Mike masih try to figure it out the way to stay abroad and making money at the same time. So hidup lah aku ni back and forth keluar masuk USA sebagai pelancong berlakikan rakyat Amerika. Kalau kira memang aku nak beranak sana. Tapi time dah up. So balik lah aku ke Malaysia beranak kan si Athena Sophia di sini.

 

Cerita bab proses pre and post natal di klinik dan hospital di Malaysia, I dont think the need to elaborate about it in here. You should know kan? Dia terbalik la kan. SERONOK – bila tengok bil. PERIT – bila berdepan dengan layanan staff dan nurses nya.

 

Ini bil dari Hospital Kerajaan Daerah Seksyen 7 Shah Alam. Kalau di lihat dari segi kos asalnya, pakej VIP di Hospital UMRA atau SALAM. Gitu. Kadang kadang aku terfikir juga, empati datang bersama dengan harga yang dibayar. Jika murah bayarannya, kuranglah empati nya. Macam vending machine manusia sekarang ni. A bag of soul less item.

 

Kalau kau tanya aku, aku tak 100% kutuk sistem perubatan di negara sendiri. It’s more love hate feelings gitu. Mixed feelings kata orang. Kalau bukan kerana ubatan dan vaccination free di Malaysia, memang akan jadi hate hate feelings la. Anyway, aku harap satu hari nanti aku dapat merasa pengalaman beranak di USA. Doakan Athena Sophia dapat adik in the future. Hehe

 

Benar kata orang, jauh berjalan, luas pandangan dan pemandangan. Ambik yang manis sebagai kenangan, yang pahit sebagai pengalaman. All in all, it’s a bittersweet experience. Memang belog aku pun bittersweetbyte kan. Pahit manis pengalaman, dapat aku rasa. Dan kalau aku rajin,ada masa terluang, aku akan kongsi kan untuk semua.

Comments

comments

2 Comments

  1. Siti

    August 6, 2017 at 6:14 am

    Saya pulak alasan balik beranak di Malaysia sebab malas nak susah2 nak kena apply citizenship esok2. Tu je la jawab klu org tanya.

    1. heartboxx

      August 29, 2017 at 5:36 am

      Ha, itu pun satu hal jugak.

Leave a Reply to Siti Cancel