Kes Tolak Hudud

Salam 2 Ramadhan.

Aku tahu aku sebenarnya tak layak untuk membicarakan hal berunsur keagamaan ni semata mata kerana penampilan aku. Tapi ini tak bermakna otak aku mesti berhenti memikirkan tentang isu yang berkait dengan keagamaan dan punya pendapat aku sendiri. Lagipun isu yang aku nak utarakan ni pun just a ‘light’ matter to ponder. Persoalan ringan. Setimpal dengan genre belog aku yang mana more to light read sahaja.

Seminggu sebelum puasa aku dah nampak di news paper, media sosial dan TV kecoh memperkatakan tentang perlaksanaan hudud di Malaysia. Sebenarnya bukan seminggu dia ni saja. Tapi dah berkurun. Cuma sejak dua menjak ni saja nampak makin panas, sepanas mentari di bumi Kuala Lumpur ni.

Aku sebagai seorang muslim yang ‘biasa biasa’ ni cuba baca dan cari tentang apa itu hudud dan perlaksanaannya. Tapi banyak yang aku nampak kecoh bergegar di sosial media is more to kemarahan, kekesalan dan persoalan terhadap non muslim menolak perlaksanaan hudud berbanding dengan keterangan tentang hudud itu sendiri. “Kalau tak bersalah, kenapa takut” itu sahaja yang aku nampak, as if macam kalau bahasa kasar, “shut the fuck up, this is nothing concerns you”. Kalau aku sendiri terpaksa cari dan baca, faham apa itu hudud dan how to implement it, just imagine manusia yang bukan Islam agamanya. Fear of the unknown adalah kebiasaan bagi manusia. Tapi ketakutan mereka terhadap hudud ni aku rasa lagi relevan dan munasabah dari Melayu yang takut dan kecoh nampak salib besar.

Pada aku, orang Islam tak perlu pun rasa offended atau marah bila non muslim tolak hudud. In fact, bila mereka mempersoalkannya itu merupakan gerbang besar bagi para agamawan nan hado untuk memberi pencerahan dan secara tak langsung membuka ruang dan menarik perhatian mereka untuk lebih kenal apa itu perlaksanaan undang undang dalam Islam. Selama ni mereka hanya tahu Islam ni boleh kawin empat, perempuan dia kena pakai tudung dan babi itu orang Islam tak boleh makan.

Tapi dalam masa yang sama, korang pernah tak terfikir kenapa non muslim kecoh menolak hudud? Bagi aku senang sahaja. Sistem syariah yang kita ada ni pun masih tak dipakai sepenuhnya. Benda paling senang – berapa ramai isteri yang di ceraikan dan gagal menuntut nafkah selepas penceraian? Berapa banyak keluhan tetang betapa susahnya nak mintak duit zakat? Belum lagi masuk bab orang Islam di Malaysia membabikan, mengkafirkan sesama sendiri. Membabikan orang luar jangan cerita lah. Jadi, salahkan kalau mereka yang tak faham hudud ni ‘ketakutan’ apabila benda ni bakal di tadbir dan dilaksanakan oleh orang orang dalam kes contoh aku sebut tadi?

Maaf. Jangan salah faham dan cuba spin pendapat aku. Aku sedikit pun tak mencela hukum hudud atau mempertikaikan apa yang tertulis dalam Quran. Apa yang aku cuba katakan, hukum yang tertulis dalam kitab Quran tu memang perfect tiada cacat celanya. Cuma aku bimbang akan pelaksana (officers) yang akan melaksanakan hukum tersebut. Bagi aku, selagi pelaksana tu makan gaji, ada kepentingan sendiri, apa sahaja LAW pun akan tetap jadi tak adil. Bagi aku di Malaysia ni, politik is above everything. Kalau kau tak percaya, kau tengok apa sahaja kes tah hapa hapa di Malaysia ni, kau tengok komen dan pendapat, confirm akan ada blame Najib dan Barisan Nasional. Jadi, kalau kau masih relate semua benda dengan politik, maksudnya kau sendiri mengiyakan yang politik is above everything, bertanggungjawab keatas apa sahaja yang berlaku dalam negara ni.

Kau mesti cakap, sebab tu lah nak ada hudud, supaya benda ni boleh betulkan balik politik dan pemerintahan. Yes, in a perfect world, that is how it should be. Tapi cuba kau tanya diri kau balik, dengan adanya hudud yang dilaksana oleh officers yang makan gaji, boleh gerenti ke kali ni ahli politik dan orang kaya VVIP tidak terlepas? Contoh paling bodoh – tangkap basah / khalwat / kesalahan trafik. Orang biasa biasa macam kau dan aku confirm lah kena bila buat salah. Tapi bagi mereka yang punya kabel besar dan duit besar? Selagi pelaksana hukuman makan gaji dan ada position pangkat nak di kekalkan, maaf, aku rasa impak pelaksanaan ni masih samar samar.

Aku rasa meraka yang beria ia nak hudud di implement di Malaysia hanyalah lebih kearah ‘kuasa’ to show people who’s the boss. Lebih kepada nak tunjuk sapa betul. Itu sahaja. Tapi kau fikirlah, kalau time kau nak implement sesuatu benda baik pun dah buat orang riot dan create tension between kaum dan agama, kau dah boleh agak yang pelaksana tu belum cukup beri gambaran nilai positif untuk orang terima dengan lapang dada. Ada ke orang tolak benda positif yang boleh bagi benefit kepada semua orang dan keamanan? Kau mesti cakap “alah, di Brunei elok je”. Hahaha. Di Brunei sapa ketua agama dia? Berapa kepala? Aku tak tahu sangat pasal Brunei. Tapi dari pandangan aku on the surface, rakyat dia banyak menerima lain lain benefit, bukan hudud sahaja.

Bagi aku, kalau hudud ni masih gagal untuk di implement di Malaysia secara aman bukan sebab yang tak terima tu kurang ajar laknatullah. Tapi hukum hudud tu terlalu suci untuk di perkotak katik kan (dan aku harap tidaklah keterlaluan kalau aku kata, di POLITIKKAN) di Malaysia ni.

Apa apa pun, Allah Maha Mengetahui setiap apa yang sudah, sedang dan akan berlaku.

Ini bulan Ramadhan. Kalau ada sapa tak agree dengan aku dan nak maki aku dengan kata kesat, tunggu lepas Syawal. Tapi when to think about it, lidah kau patut kena potong under hukum hudud sebab kuat sangat memaki hamun orang macam aku dengan kata kata yang di tegah oleh Islam. Ikut hukum pun, sebelum kau nak solat kau bersuci hilangkan najis dulu. So samalah dalam kes kau nak tarbiah, dakwah orang, pastikan tahi bersih dari lidah kau tu dulu.

Selamat menjalani ibadah puasa.

Comments

comments

1 Comment

  1. Suhaili Lin Sulaiman on Facebook

    June 7, 2016 at 4:38 am

    Sucikan kepala otak n lidah ye.. kan.. setuju sgt

Leave a Reply