Kubur Lampu Neon di Las Vegas

Aku kalau bab bab kubur, muzium, pameran barang lama, memang akan buat aku sentimental sikit. Gitu.

View this post on Instagram

Was at Neon Graveyard today. #usa #roadtrip #travel #outdoor #out #sightseeing #jalanjalan #igers #bloggermalaysia #bloggers #building #casinos #highroller #neon #eiffeltower #malaysianblogger #blogger #landscape #lasvegas #vegas #neon#outdoor #samsungphotography #samsungnotefe #samsungnote #samsungphonecamera #museum

A post shared by Normi Kahar (@normikahar) on

Aku mengaku masa dulu dulu (masa muda), bila berjalan di luar sana, orang akan pandang atas bawah. Tak kiralah apa dalam kepala otak mereka, kutuk atau puji. Tapi yang pasti, ada yang memandang tak kira tua, muda, lelaki, perempuan. Aku bukan selebriti pun, tapi jangan tak percaya ada orang nak bergambar dengan aku dan curi curi tangkap gambar aku. Apa tujuan mereka, nak buat kenangan atau melancap, aku tak nak tahu. Tapi yang pasti, aku pernah merasa moment itu.

Dulu dulu masa muda, bila ke kaunter pendaftaran bagi mendapat kelulusan sesuatu, aku tak payah bersusah payah. Cuma dress up sikit dan bawa sekuntum senyum dibibir. Bukan sekadar kelulusan segera yang aku dapat, sebaik habis waktu kerja, aku akan terima text message dari pegawai yang memproses permohonan aku tu bertanya khabar, disusuli dengan “bila you free, I ajak keluar minum boleh?”

Weekends aku sentiasa penuh. Kalau ada orang nak ajak keluar, orang kena tanya sebulan awal. Aku selalu jadi pilihan kawan kawan tak kira lelaki atau perempuan untuk menemani mereka ke majlis majlis baik kenduri kawin atau Annual Dinner rasmi syarikat. I make them look good and feel good, they said. Pernah juga ada cubaan mengejut bawak aku jumpa orang tua mereka. Alih alih , salah aku pula konon aku ini “playgirl” bila aku terus terang kata aku suka berkawan dengan mereka. Kawan. Tak lebih dari itu.

Tapi saat tu dah berlalu. Memang terasa lain keadaannya. Aku kena gunakan facts dan my rights to get what I want. Kini giliran aku pun memandang sayu gadis gadis remaja cantik menganjal lalu di depan mata. Kehadiran aku makin tak disedari kecuali kalau ada Athena Sophia disisi. LOL.

Panjang mukadimah post aku kali ni. Tapi itulah yang aku rasa bila aku sampai ke Kuburan Neon di Las Vegas ni. I can imagine how every piece of neon lights here were the very main attraction 50 – 80 years ago. They made Las Vegas, Las Vegas. Malam malam di Las Vegas indah kerananya. But now, sitting in the dark corner at a boneyard, and only few people, like me, still willing to pay to see it, appreciate the beauty, the history behind it. Jangan tak percaya, tempat ini juga di panggil Neon Graveyard selain dari “Neon Museum” dan “Neon Boneyard”

Lokasi nya hanya 15 minit pemanduan dari tengah bandar Las Vegas yang bergermerlapan. It costs $20 for general admission (until 3PM) and $42 for guided tour and night time. Agak mahal untuk melihat lampu neon lama (some of these pieces were from year 1930) tapi kalau kau peminat hasil kerja filem Baz Luhrmann especially musical seperti Moulin Rouge serta The Great Gatsby, old neon lights display like this will let you recreate your imagination that you had for those movie.. DAN, agak Instagram worthy. Cuma rakaman video tidak dibenarkan di sini. Tempat ini juga popular untuk wedding dan Pre-wedding photoshoot.

…and “the show girl” in me, definitely loves neon lights. New, old, broken ones, regardless.

Tak ramai orang datang ke sini. Macam muzium atau kuburan, tempat ni sunyi. Orang dekat sini cakap berbisik bisik. Aku tak tahu sama ada kerana peraturan, ataupun gaya peminat barang ‘berseni’ memang begitu. Walau kau tak ambik guided tour, kau masih boleh bertanya tentang sejarah lampu lampu ni semua dekat staff yang berdiri di setiap sudut ruang pameran.

At least something different kan tempat ni. Asik berjudi, mabuk, shopping, melalak je bila orang datang Las Vegas. Aku memang nak datang sini sejak aku tahu tempat ni wujud di Las Vegas. Aku dapat tahu ni masa tahun 2017. Tapi biasalah, bukan semua orang termasuk laki aku minat. Last last hanya aku dan adik ipar yang pegi. Tu pun aku paksa dia dan dulukan entrance fee. LOL.

Kanak kanak pun boleh masuk sini. Janji kau kena jaga supaya jangan bagi lah mereka panjat sana sini.. lagi pun kaca kaca lama tu semua kan..

Sangat lah sukar untuk ambik gambar Athena Sophia dekat sini atau di mana mana dah sekarang ni. Kerja nya asik berlari kesana kemari.

Cuaca agak sejuk bila menjelang petang. Athena Sophia pun kembali ke sarang beroda dia berbungkus. Kami dekat sini dalam 2 jam juga. Ye lah, 1st one hour sibuk ambik gambar. The remaining hour tu baru lah round lagi sekali perati satu satu… menikmati, mengamati seni yang terkubur sepi.

Kalau korang datang belah malam, korang dapat tengok separuh dari display lampu neon ni di nyalakan. Effect dia lagi cantik dalam gambar aku rasa. Cuma entrance fee dia lebih lah.

So kalau korang ingin mencari kelainan aktiviti untuk “things to do list in Las Vegas”, boleh la masukkan Neon Boneyard / Museum ni dalam list.

Sekian.

Comments

comments

Leave a Reply