Laughlin, Nevada Dalam Kenangan.

Pedih ulu hati sebenarnya nak menamatkan post perjalanan roadtrip aku dari Alaska ke Arizona sebenarnya. Terlalu dalam kepahitan yang kami suami isteri lalui dalam percubaan untuk berhijrah ke Arizona which is, a total failure. Namun begitu, kegagalan juga merupakan satu pengalaman yang boleh dijadikan sempadan. Botak juga mengaku yang he is mad and sad about Arizona.

 

Aku jadi sentimental sakit jiwa bila tengok balik gambar gambar trip notorhome kami. Macamana ya untuk aku gambarkan perasaan aku masa tu ya.. Hhhmmm. Ok. Masa tu aku pregnant 3 bulan, tengah loya loya, rindu nak makan makanan Malaysia. Berhijrah dari sejuk Alaska ke Padang Pasir. Kau just imagine, dah biasa dengan hijau summer di Alaska dan indahnya salji di winter season, tiba tiba tukar dengan padang pasir yang kering kontang. Kekontangan lanskap Arizona pun dah cukup buat jiwa kau rasa kosong dan sedih.

 

Konon nya nak buat banyak stop tapi, macam banyak stop dekat R&R highway saja. Duit savings isi minyak motorhome macam puting beliung perginya. Segala plan kami berdua untuk settle down di Arizona punah ranah. Serious aku cakap, sepanjang aku dekat padang pasir ni, aku menangis setiap hari. Nasib baik Athena Sophia lahir sebagai baby yang happy mudah terhibur. Aku ingat keluar muka sedih nak menangis saja budak tu.

 

Panjang pulak mukadimah aku kali ni. Ok lah. Sambung cerita yang tergendala bapak punya lama tentang perjalanan kami dari Alaska ke Arizona. Kali ni kami stop di Laughlin, Nevada. Laughlin ni merupakan stop kami yang terakhir sebelum kami menjejakkan kaki ke Arizona. Dan, Laughlin ni juga merupakan stop kami yang paling leisure dan normal setelah kami settle hantar jeep kakak botak. So dapat lah stay dekat area Laughlin 2 malam sambil gedik gedik di situ.

 

Apa ada di Laughlin? Well, for a start, Laughlin is a town built by Don Laughlin. Bukan Don Sinclair yang berak di Osaka tu ya. Bandar yang terletak di antara sempadan Nevada – Arizona. Actually jarak Laughlin ke Las Vegas is about 158km. So close yet so far. Dah dekat macam tu pun, kami still unable to visit Las Vegas. Just imagine how mad I was. Di bandar Laughlin ni ada Casino, not as big as what they have in Las Vegas and Reno. But, the feel is there. Cuma apa yang boleh aku katakan, Casino di Laughlin ni more for old people lah. Dan Las Vegas tu kau pun tahu kan pengunjung dia macam mana. Memang dekat Laughlin ni, aku rasa aku dengan Mike pasangan paling muda kut yang bertamu ke sini dengan RV.

Dapat tengok sign board jalan ke Las Vegas pun jadi lah…

 

Mike registering the RV at the Riverside RV Park di Laughlin.
View from our RV parking lot. Bulan mengambang masa kami sampai di Laughlin.

 

Di Laughlin kami stay dekat RV Park Riverside, owned by Riverside Casino. Bapak luas RV park dia. Paling besar dalam sejarah hidup aku menginap di RV Park sepanjang aku di USA. Ada 740 lot semuanya. Rate dia dalam 27/ 30 dollars satu malam tak silap aku. Tapi facilities dia up sikit. Dia ada free shuttle bus angkut kau dari RV park ke Casino. Sebab lokasi RV park ni tinggi atas bukit. So kalau kau nak menapak turun ke Casino area memang berpeluh lah. Dah la aku masa tu pregnant kan. So happy jugak lah bila mereka ada free shuttle.

Pemandangan sekitar RV Park di Riverside RV Park, Laughlin.
Jangan tak percaya, tempat tunggu free shuttle adalah bangunan yang menempatkan rest room (Toilet). Tapi tak ada bau ya.
Kumpulan easy rider ber BBQ di RV Park. Big rides like this will be your everyday view especially in Nevada – Arizona
Restroom / Laundry cum Bus Stop is possible in this country. Kalau di negara ku, boleh melugai nak tunggu bas sampai. kan? Hahaha.

Selain dari Casino, tak banyak aktiviti yang boleh buat dekat Laughlin selain dari River Cruise dan sewa jet ski. Tak banyak benda aku buat dekat sini tapi memori yang paling mahal ialah aku berendam dalam Colorado River. Even aku tak dapat sampai ke Horseshoe Bend serta Grand Canyon, dapat merasa air yang lalu ke tempat tempat impian aku tu pun jadi lah.

Pinggir sungai dekat padang pasir ni persis pantai. Or maybe more like an oasis. Maybe because of the appearance of the palm trees. Sungai nya jernih, bersih, sejuk dan arusnya sangat laju. Jadi kalau kau tanya kenapa aku tak ke tengah sungai, paras lutut pun aku rasa macam dah nak terbang. Dekat area sungai ni ada disediakan BBQ pit. Boleh lah nak berkelah kelah. Ada orang main jet ski, itik itik berenang.. Kiranya aku mandi dengan itik padang pasir la hari tu. Airnya very the sejuk gedi. Aku rasa Athena Sophia dalam perut aku masa tu pun terkencing dekat dalam. Tapi, mungkin sebab tu juga, Athena Sophia sangat suka air. Bath time is the most fun time for her now. Berendam saja dia tersengih sengih dalam bath tub plastik dia tu tanpa banyak bunyi.

Lepas tu kami jalan jalan dalam Casino. Tak teringin pulak aku nak main slot machine tu kan. Aku tak ambik gambar dekat dalam tu. Whether it was prohibited or I was unimpressed, I’m not really sure.

 

Next to the Riverside Casino, there is All American old antique car display. Not just the cars, also, old school cash register as well. I don’t think they are selling the cars. But I think they sell those antique cash register.

Seperti yang aku cakap tadi, memang tak banyak aktiviti di area Laughlin ni. Sebab dah dekat sangat dengan Las Vegas, Grand Canyon and all, so pengunjung memang akan lajak saja ke sana dari Laughlin ni

 

It was a full moon when we were in Laughlin. Merasalah tengok bulan mengambang di padang pasir. Terang, besar. Cuma kamera phone aku tak dapat menghasilkan dreamy picture macam kamera berharga 50 ribu ringgit yang rata rata di pakai oleh National Geographic Photographer.

Belah malam kami jalan jala cari makan. Sorry lah nak cari halal restaurant disini. Paling murah pun, In and Out burger yang ada. The rest is more like fine dining restaurant yang hidang lobster, steak pada harga yang atas atas.

 

Tak banyak gambar aku ambik masa dekat sini. Well, that’s what happen when I am not happy. Malas nak ambik gambar.

 

With this, that’s the end of my road trip from Alaska to Arizona. From Seattle, Washington to Arizona, to be exact.

 

Kosong.

 

Ramai orang sangka, bila berhijrah ke negara asing, pasti hidup akan berubah. Tapi bagi aku, bukan hidup yang berubah. Tapi kau akan makin kaya dengan pengalaman dan kenangan dan MINDA kau berubah. Jangan ingat bila kau berkahwin dengan orang asing dan meninggalkan tanah air sendiri, everything will be better. NO. Tapi kelebihan yang kami berdua ada ialah, when we failed to excel in our tryout, Botak always have USA to fall back to. His job in Alaska. And as for me, I always have my beloved Malaysia to fall back to – for free medical (haha), home and friends.

However, this is not the end of our try out. Kami berdua dan Athena Sophia akan terus cuba dan mencuba untuk bina hidup di tempat yang baru dan asing. Kenapa? We are living this life to the fullest. Kami hanya akan berhenti setelah Tuhan ambil semula nyawa yang dipinjamkan Nya ini. Sementara nyawa masih ada – hidup mesti berani mencuba.

Comments

comments

Leave a Reply

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com