Lawatan 5 Hari 4 Malam Ke Las Vegas Secara Percuma.

Kata orang, what happens in Vegas, stays in Vegas. Itu tagline orang yang buat benda tak senonoh di Vegas saja. Aku ni, kalau tak cerita, macam mana pula orang yang nak tahu serba sedikit pasal Las Vegas, atau merancang nak ke Las Vegas nak dapat clue.

The Faboulous Flamingo – Built in 1946, was the third resort to open on the Strip and remains the oldest resort on the Strip in operation today. Centrally located on the Strip, surrounded by Caesar Palace, Bellagio, Paris, The Mirage, easy access to EVERYTHING. I recommend this hotel if you wanted to experience real Las Vegas. One of the hotel that have botanical garden with beautiful bird and fish species. Good for family with kids. #lasvegas #vegasnightlife #vegasstrip #vegas #igers #neon #jalanjalan #travelwonder #outdoor #bloggers #malaysianblogger #bloggermalaysia #blogger #blogger

A post shared by Malaysian/USA (@normikahar) on

Aku, sebelum sampai Las Vegas ni, aku bayangkan Las Vegas ni bagaikan lembah maksiat dan segala benda yang tak baik semuanya di sini. Well, tak boleh nak salahkan juga sebab Las Vegas ni mendapat jolokan nama SIN CITY. Tapi Sin City bukannya bermaksud – alcohol, drugs and sex semata. Sejarah Las Vegas ni kalau korang betul betul study, was built by the mafia gang. Sapa tengok filem God Father, sila goyang badan. Banyak pertumpahan darah berlaku di sini. Tapi bila kau sampai sini, kau rasa Patong Beach Phuket dan Bangala Road di Phuket tu lagi lucah, tak sesuai untuk mak bapak bawak anak anak.

Lepas seminggu kami sekeluarga kena selesema, kami kembali ke Las Vegas untuk kali kedua. Serious lah aku cakap, Lawatan kali kedua ni is better than the first visit. Terus terang aku katakan, our second visit is the best lah. Kebetulan cuaca pun kurang sejuk dah. And the visit was longer. 5 days. So we had plenty of time to rest and explore on our own pace. kalau korang muda lagi, mampu tidur 3 jam sahaja sehari, boleh la lawat Las Vegas 3 Hari 2 Malam. Tapi bila dah peringkat beruban macam aku dengan botak, tambah pula ada anak kecik, memang slow mellow lah. Cungap pun iya.

Hotel tempat kami tinggal kali ni pun, the best so far in term of location and history. Kami stay di The Flamingo. The Flamingo ini kiranya di antara hotel paling first buka di Las Vegas by Gangster Bugsy Seigel dan Mob Boss Meyer Lansky pada tahun 1946. Elvis Presley, Frank Sinatra merupakan house performer pada waktu tu.

Jangan kau tanya berapa semalam. Sebab segala perbelanjaan trip ni di sponsored sepenuhnya oleh kakak botak. Korang ingat kami mampu ke nak ulang alik ke Las Vegas ni selang seminggu? Korang boleh la viral melancong ke Sydney hanya dengan RM1,000 untuk 6 hari 5 malam 3 beranak, aku pun acah je la tajuk post Melancong ke Las Vegas 5 Hari 4 malam FREE.” Frust ke? Tapi memang betul la free. Kakak Botak sponsor.

Seperti yang pernah aku bagitau dulu, memang kau takkan jumpa bilik kecik di hotel hotel di Las Vegas ni. Ni kira standard size la ni. Bilik kakak botak paling atas sana, lagi besar dari rumah apartment aku di Shah Alam aku cakap kau. Siap ada bilik air untuk tetamu, TV dalam bilik air. Tak payah cerita la kan. View dia pun sangat lah best.

The view from my sister in law’s room

Selain dari lokasi, apa yang membuatkan The Flamingo ni paling best bagi aku, dia ada Taman Botanika dia sendiri, complete with wildlife. Mereka ada 60 jenis exotic bird, 20 jenis turtle dan 300+ jenis ikan ikan yang cantik. So, kalau korang ada anak anak kecil, elok la stay sini. Boleh la anak anak spend time dekat Taman ni sambil belajar tentang wild life habitat. Siap boleh bagi makan makan lagi tau. Refer brochure below;

Esoknya kami melawat Taman Botanika ni. Tak jauh langsung. Memang dekat luar hotel tu saja. Aku siap pakaikan Athena Sophia baju sama kaler dengan Burung Flamingo. Pink. Aku pun jakun juga tak pernah tengok burung Flamingo in real life kan. Tak sangka dapat tengok bila datang ke padang pasir Nevada.

Nampak macam patung kan? Aku ada letak Video dekat instagram post aku di @normikahar  

So kalau kau nak live update tentang lawatan dan pengembaraan aku di USA ni, boleh la follow aku dekat Instagram. Belog ni kira cerita basi dah, lebih kepada detail.

Anyway, ni ada short video aku rakam masa dekat garden.

Serta boleh bergambar dengan Parrots. Tapi kena bayar. Jadi kami skip lah. Segala aktiviti berbayar, kami skip. baru lah boleh maintain status Melancong 5 Hari 4 Malam ke Las Vegas secara Percuma kan.

Ikan ikan dia besaq sungguh kau tahu. Panjang dia sama dengan Athena Sophia. Gemuk dia pun macam Athena Sophia.

Selain dari Taman Botanika, The Flamingo juga ada private garden untuk Wedding Chapel yang diberi nama “Garden Chapel”. Masa aku jalan sorang sorang, aku terjumpa. Wahhh, rasa macam Secret Garden tau. Cepat cepat aku cari Botak dan ambik Athena Sophia untuk bergambar. Cantik sungguh taman dia. Elok kalau korang  nak buat post wedding photoshoot dekat sini.

Seperti yang aku bagi tau dalam post terdahulu, setiap hotel ada kedai cenderahati yang bertemakan dekorasi dan imej hotel itu sendiri. I must say that, The Flamingo hotel’s souvenir shop has the cutest items! Semua tema flamingo!

Suka sangat la aku dengan kaler pink, baby blue dan gold ni. Very refreshing.

Tapi satu apa pun aku tak beli. Bukan keperluan. Lagipun mahal harganya. Botak siap suruh aku tunggu mak dia belikan baju baju ni semua bila datang balik untuk family trip. Bertuah betul bapak Athena Sophia ni kan.

The Flamingo street View

When the night comes, don’t forget to stroll along the bars and shop next to the hotel (The Flamingo hotel la). Memang rasa macam pegi State Fair pun ada. Sebab high roller (Ferris wheel) running on the background.

Um, apa lagi best stay dekat The Flamingo ni? Selain di kelilingi oleh hotel 5 bintang yang gah untuk kau lawati seperti Bellagio for the Water Fountain, Caesar’s Palace untuk tengok Anita Sarawak menyanyi Spring Garden Exhibition, The Mirage untuk posing posing dan The Paris untuk suasana night photograpy yang sangatlah awesome. dan tak lupa juga senang nak cari kedai makan Halal. Sebelah hotel tu juga.

Bagi aku la kan, Stay dekat The Flamingo ni, banyak aktiviti kau boleh buat dalam masa sehari. Lagi hari, akan aku ceritakan on the next post.

to be continued.

Las Vegas, Nevada

Comments

comments

Leave a Reply