Lazy Cook: Alat Penting Patut Ada di Dapur Orang Pemalas

Hi! Isteri malas masak tapi ajet ajet suka ke dapur keudara lagi! Tapi kali ni aku tak de la bajet terrer masak bagi resepi ya. Tapi suggestion. Aku pun baru terfikir pasal ni. Selama aku duduk Malaysia berpuluh tahun, aku tak pernah tergerak nak beli benda ni. Sebab aku rasa, resepi dan bahan untuk masak pakai benda ni hanya untuk orang atas atas.. chef chef pakar memasak, isteri isteri yang memang rajin memasak serta cina cina yang kuat maintain minum air herba.

Lepas aku mai duduk Alaska, aku nampak pak mentua aku masak pakai benda alah ni. DAN SANGAT SEDAP hasilnya.

Benda alah yang aku nak ceritakan ini ialah Slow Cooker.

I love slow cooker recipe

Aku tak tahu la korang, tapi sebab kuat kenapa aku malas memasak ialah;

1) Penyediaan bahan
2) Masa berdiri dekat dapur
3) Merecik recik berkecah dapur
4) Nak membasuh periuk belanga lepas masak

Kau nampak tak betapa pemalasnya aku?

Tapi aku still demand nak makan makanan berkhasiat dan lazat dalam malas malas aku tu. Dan aku tahu tak ada sapa yang mampu melayan kehendak orang malas macam aku, jadi aku terpaksa mencari cari cara untuk makan sedap tapi mudah.

Jawapannya aku temui pada Slow Cooker. Slow cooker ni aku suka sebab cara penyediaan makanan adalah MAIN CAMPAK MASUK. Lepas tu, kau prepare malam sebelum kau masuk tidur, esok bangun dah siap dan sedia untuk di makan / di tapau ke tempat kerja. Maksudnya kau tak perlu dok menung tepi dapur gas takut hangit semua. Oooohhhh.. heaven aku rasa. Akhir sekali, rasa masakan tu sangat lazat sebab semua benda macam berperap dalam 6 – 10 jam. Kita semua tahu kan, benda makanan ni, kalau perap (marinate) memang rasa dia sampai ke urat nano.

I love food cook with slow cooker

Dan, kalau kau up sikit rajin kau, buat benda yang sama (tapi resepi lain lah), humban semua bahan dalam periuk tu sebelum pegi kerja, bila kau balik kerja, dah siap tersedia sup stew lazat tunggu dekat rumah. Tinggal goreng ikan atau telur dadar je kut?

I love slow cooker

Kalau kau malas jugak, kau fikir lah untuk anak anak, laki dan diri kau sendiri time sakit. Selera makan tak ada. Tapi bila nak makan ubat, perut kena isi. Aku, time sakit, aku memang sebelum tidur aku akan masukkan beras, air, isi ayam, garam, halia, lada hitam, carrot, kentang dan sedikit batang seleri dan biarkan dia semalaman (dekat Malaysia boleh la kau taruk kiub knorr ke apa. Sini aku tak berani). Esoknya aku bangun dengan tak de selera tapi lapar, dah ada bubur nasi ayam yang sangat lazat dan empuk tersedia. Tunggu senduk masukkan dalam mangkuk saja. Punya lah mudah, kalau kau ada suami jenis tak kedapur, pun kau boleh ajarkan suami kau prepare tu time kau sakit pening tak dapat kedapur dari dok tunggu dia bawak balik roti canai dan mee goreng mamak yang tah hapa hapa tu. Buatnya dia lepak terserampak kawan pulak dekat kedai mamak tu, kebulur lah kau di rumah tunggu dia kan.

Bagi aku, masakan dihasilkan dengan menggunakan slow cooker ni adalah ‘comfort food’. Makanan yang elok bagi orang sakit, tak ada selera, cerewet makan dan pemalas.

Mesti kau ingat slow cooker ni mahal kan? Aku pun dulu ingat macam tu. Tapi cuba kau check dekat SenQ atau Sengheng online sana. Yang saiz kecik tak sampai RM 100. Yang saiz besar cukup untuk satu keluarga tak sampai RM 150. Hai, kasut berpasang pasang kau mampu beli letak dekat kaki. Periuk untuk masak makanan masuk perut kau takkan kau tak mampu beli.
Dekat bawah ni ada beberapa link resipi mudah untuk masak guna slow cooker. Jangan takut kalau bahan bahan macam bay leaves, thyme segala mak nenek tu tak ada kat dapur kau. Ganti je dengan jintan ke bunga lawang ke apa. Tak pun, esok ke tesco, beli la herba kering pekakas mat salleh dalam bentuk serbuk dalam botol macam McCormick tu. Basil lah, thyme lah, oregano lah, Corriander lah. Jangan buat terlampau susah dan malas. Kalau macam tu, kau rebus air dengan telur je lah. Selera ke? Bab sukatan pun tak payah dok kalut. Agak agak je.

Tak apa kalau tak ada semua sayur atau jenama barang tak sama.

http://www.familyfreshmeals.com/2013/10/best-crockpot-beef-stew.html

http://www.familyfreshmeals.com/2014/10/best-crockpot-chicken-noodle-soup.html

http://www.familyfreshmeals.com/2014/06/roast-a-whole-chicken-in-the-crockpot.html

Amazing Slow Cooker Chocolate Cake

Slow Cooker Chocolate Lava Cake

Slow Cooker Creamy Potato Soup

Slow Cooker Classic Pot Roast

 

Semoga post aku ni bermanfaat.

Comments

comments