Lazy Cook : Easy Butter Caramel Banana with Ice Cream

SCROLL DOWN FOR ENGLISH

Aku tak nafikan yang sejak aku dok di perantauan, aku dah pandai me reka reka resepi mudah untuk lobang tekak aku ni. Pertamanya, ye lah, aku ni malas masak. Tapi aku still kena masak or else aku mati kelaparan. Keduanya, Tak semua masakan resepi mat salleh, tekak aku berkenan. Ketiga, tak semua bahan ada. jadi aku terpaksa jadi kreatif sikit lah guna apa yang ada.

Easy Banana Butter Caramel desert recipe 3

Percaya atau tidak, aku tak suka makan pisang begitu sahaja. Tapi kalau kuih, smoothie, kek, atau apa sahaja diperbuat dari pisang, aku memang teramat suka. Pelik kan? Paling aku suka ialah pengat pisang. Hari tu mak mertua belikan susu santan dalam kotak sebab aku bagi tau dia aku nak buat pengat pisang. walau susu santan tu tak pekat, boleh lah..ada rasa santan. So aku jamu depa ni makan pengat pisang made in Malaysia for the first time. Suka la juga depa makan. Tapi depa suka letak aiskerim.

Kek pisang boleh dikatakan aku buat seminggu sekali. Bila ada pisang terbiar dah nak hitam, aku cepat cepat ambik buat kek pisang. Jadi tak de la terbuang kan.

Bila tiba tekak aku rasa nak makan benda diperbuat dari pisang, aku start mereka reka sebab, malas siut nak buat pengat or kek pisang. Too much la pulak. So, aku cuba reka resepi yang tak sampai 2 minit pun dah siap. Tangan tak kotor, dapur tak berterabur. Itu yang penting. Hehe.

Bahan-bahan nya ialah:

2 Biji pisang

1 Sudu besar Butter

1 sudu besar Gula Perang

Cara caranya:

Panaskan butter, masukkan pisang yang dah dipotong tiga dan di belah dua. Tabur gula perang. 30 saat, setiap side. Masa tu bau dia meruap satu rumah sangat manis dan sedap.  Angkat, dan hidang kan dengan ice cream vanilla. Baki butter dan gula perang dalam kuali tadi jangan buang! Tuang sekali dalam mangkuk tu sebagai kuah. Ada masin sikit..manis. Makan masa panas + Aiskerim belum cair. Pehh.

Easy Banana Butter Caramel desert recipe

Easy Banana Butter Caramel desert recipe 1

Senang kan? Masak meggi pun tak senang macam ni (sebab aku masak meggi aku tumis bawang, letak udang, ayam, sayur bagai)

Sekian.

Easy Banana Butter Caramel desert recipe 2

 


Ingredients:

2 bananas

1 tablespoon SALTED butter

1 tablespoon Brown Sugar

Preparation steps:

Heat the pan with butter.

Cut banana into 3 parts and slice it into two. Put the banana into pan and sprinkle brown sugar on top of it. 30 seconds each side. Serve with Vanilla Ice cream. Pour in the remaining butter and brown sugar in the pan into the bowl. Eat while its still hot.

YUM!

I don’t believe in low-fat cooking.

Nigella Lawson

Comments

comments

Leave a Reply