Lazy Cook : Easy Chicken Shepard Pie

Hellurrr, aku ingin kongsikan resepi yang telah di modified untuk mereka yang malas tapi bajet nak memasak juga. Yang penting SENANG tapi SEDAP serta BERKHASIAT ya.

Seperti biasa lah, sukatan barang masakan ni aku memang tak de actual sangat. Aku bukan professional macam chef chef dalam TV tu. Tapi kalau korang biasa ke dapur, korang akan dapat agak agak lah kan. Orang kampung style – Campak dan berdoa ianya menjadik.

Bahan Utama/ Mesti ada:
4 Ketul kentang saiz besar
2 Ketul dada ayam

Bahan picisan:
Seleri 3-4 batang
Karot 1 batang
Bawang besar separuh labu
Bawang putih 3 – 4 ulas
Tomato puree atau Sos Prego dalam tin tu – 3 – 4 sudu besar
Susu rendah lemak setengah cawan
Butter 2 sudu besar
Garam dan lada hitam secukup rasa.
Tepung gandum sesedu dua
Keju Parut (Cheddar dan Parmesan) sesuka hati. Sebab benda ni mahal. So, kalau nak tebal tebal, bayar lebih je lah kan.

Cara buat:
1 Satu periuk rebus kentang dadu sampai empuk.
how to make simple shepard pie
Lepas dah empuk, tos, LENYEK dengan butter dan susu rendah lemak. Letak garam dan lada hitam secukup rasa (masa ni pun kentang lenyek dah sedap nak mampus. Mash potatoes gred baik punya ok?)
Letak tepi.

how to make simple shepard pie 3

1 periuk lagi rebus dada ayam sampai empuk juga
how to make simple shepard pie 1
Lepas dah empuk, keluarkan dan racik isi ayam tu pakai garpu. Air rebusan simpan ya. Perasa asli. Masakan aku memang tak pernah letak ajinomoto atau past sedap atau apa apa je lah. Sebab aku kedekut dan suka benda organik.

how to make simple shepard pie 2

Seleri, karot, bawang besar dan bawang putih – hiris halus. Goreng dengan isi ayam racik tapi jangan layu sangat!

how to make simple shepard pie 4

Masukkan air rebusan ayam dalam 2-3 sudu dan tomato puree/ sos Prego. Masukkan garam ke apa sampai kau rasa sedap lah ya.

how to make simple shepard pie 5

Lapik mangkuk cantik kau dengan mash potatoes dalam 1cm
how to make simple shepard pie 6

Masukkan bahan goreng tadi bersama gaulan tepung gandum.
how to make simple shepard pie 7

Tutup dengan keju parut
how to make simple shepard pie 8

Last sekali tutup kemas dengan balance mash potatoes yang ada. Kau bentuk bentuk la bunga ros ke, lukisan kubah masjid ke apa suka hati kau lah. Aku tak nak tahu. Spray dengan cooking oil pada permukaan mash potatoes tu. Kalau kau tak ada cooking spray, kena buat manual lah. Kau beruskan lah minyak olive oil ke seluruh permukaan. Leceh.
how to make simple shepard pie 9

Ok, yang ni aku tak pasti ketuhar kau ada button BROIL. Kalau ada button BROIL tu, sila tekan. Dan bakar dia under setting BROIL tu 5 minit.

Kalau tak ada button BROIL, maknanya kau kena setkan kepanasan ketuhar kau pada suhu paling tinggi, MAXIMUM dan bakar. Sebab kita nak mash potatoes tu terbakar dan agak rangup ya. Kalau set pakai Bake punya setting memang sampai esok pun takkan dapat.

how to make simple shepard pie 11

Selepas 5 minit.

Apa lagi, makan lah. Memang kenyang.

how to make simple shepard pie 12

P/S: Pak mak mentua aku makan mereka kata sedap.

P/P/S: Bahan picisan tu boleh kau tolak tambah. Kau nak letak daging ke, cendawan ke, baked beans ke, noodle pasta ke, Cencaluk ke, Budu ke, capati ke, suka hati lobang tekak kau ok? Aku tak paksa.

Let’s Cook and be Creative!

A recipe has no soul. You, as the cook, must bring soul to the recipe. -Thomas Keller

Comments

comments

Leave a Reply