Lazy Cook : Easy Chocolate Bark.

Resepi malas 101 dari queen of lazy cook bersiaran lagi. Kali ni nak kongsi cara pembuatan ‘Chocolate Bark’. Bark tu bukan yang anjing menyalak tu. Tapi kulit kayu. Kulit kayu yang menggerutu tu. Cuba pegi google tengok. Resepi ni bukan sahaja mudah, cepat dan sedap, ia juga untuk orang yang malas nak membega bega bentuk biskut cantik cantik tapi last last kunyah telan begitu saja. Elok bikin ni kalau nak buat sebagai buah tangan bila melawat sedara mara atau pot luck.

Kalau anak anak suka makan coklat, aku rasa resepi ni bagus dan menjimatkan kos pembelian coklat. Sebab coklat mahal. Resepi ni menghasilkan lebih banyak coklat dan aku rasa lebih berkhasiat sebab kita dah kurangkan (dilute) bahan awet/ kimia yang ada dal am coklat yang kita beli dekat luar. Aku buat Chocolate Bark ni masa Krismas hari tu.

easy recipe for chocolate bark

Bahan – bahan (Resepi ni untuk baking pan berukuran 7.5 in x 11.5 in)
Pretzel
2 cup gula
1 cup butter
1 cup Hershey kisses
Baking chocolate
Sunflower seeds/ Almond/ Pecan/ kacang kacang – pilih lah yang mana korang suka utk tabur kat atas coklat tu nanti.

Nota*
Pretzel – (kalau dekat malaysia tak ada pretzel, boleh ganti dengan biskut yang di salut garam)
– sukatan dia, agak agak cover seluruh dasar pan, ok le. (jangan lupa pecah pecahkan)
Cup – (sapa sapa biasa baking, memang akan ada penyukat cup ni)
Gula – Aku pakai 1 cup brown sugar dan 1 cup white sugar. Takut diabetes la kan.
Butter – (salted atau unsalted, ikut suka korang. Aku pakai unsalted)
Coklat – (sepatutnya 2 cup. Tapi aku nak kurangkan diabetes – boleh guna coklat apa sahaja kalau dekat Malaysia hershey kisses mahal, pakai je lah cadbury ke apa apa)
Baking Chocolate – selalunya memang tawar/ pahit. So aku pakai ni untuk ganti coklat Hershey kisses yang aku kurangkan. Kalau korang pakai 2 cup coklat manis, baking coklat boleh di lupakan.

easy recipe to make chocolate bark

Cara Pembuatan
1. Pecah kan pretzel/ biskut dan ratakan sampai tutup dasar baking pan
2. Dalam periuk, cairkan butter dan gula sehingga cair
3. Tuangkan butter dan gula cair kedalam pan yang dah penuh dengan pretzel, bakar 5 minit dalam ketuhar pada suhu 375C
4. Selepas 5 minit, keluarkan dan masukkan coklat. Ratakan coklat tu. Jangan Gaul
5. Goreng tanpa minyak bahan kekacang. Tabur atas coklat.
6. Biar sejuk. Esok baru boleh makan ni. Patah patahkan ikut sesuka saiz korang.
7. Sedap.

Kalau korang rasa resepi ni / cara pembuatan ni tak cukup simple, aku sarankan korang rebus telur je lah. Haaa, yang itu simple.

Selamat mencuba and let’s be (cooking) creative

Comments

comments

Leave a Reply